Kelenjar prepus ialah kelenjar eksokrin yang terletak di hadapan genital sesetengah mamalia (termasuk mencit)[1] dan mengeluarkan feromon. Kelenjar prepus pada haiwan jantan juga dikenali sebagai kelenjar kulup sementara pada haiwan betina, kelenjar ini juga dikenali sebagai kelenjar kelentit atau kelenjar klitoris.

Kelenjar prepus yang paling dikaji ialah yang pada mencit rumah dan tikus mondok, kerana kedua-dua spesies ini ialah organisma model penting dan kerana kelenjar prepusnya adalah hampir serupa strukturnya dengan kelenjar minyak pada manusia.[perlu rujukan] Kelenjar prepus pada rusa kesturi jantan mengeluarkan kesturi berbau kuat yang berkepentingan ekonomi kerana digunakan dalam pewangi.[perlu rujukan]

Homolog manusia sunting

Ada perdebatan tentang sama ada manusia mempunyai homolog berfungsi kepada kelenjar prepus. Kelenjar prepus pertama kali diperhatikan oleh Edward Tyson[2] dan pada 1694 selengkapnya digambarkan oleh William Cowper yang menamainya kelenjar Tyson sempena Tyson.[3][4] Ini digambarkan sebagai kelenjar minyak terubah terletak di antara korona dengan permukaan dalaman kulup zakar manusia. Kelenjar ini dipercayai paling kerap dijumpai di dalam sulkus balanoprepus.[5] Rembesannya mungkin merupakan salah satu komponen smegma.

Sesetengah, termasuk Satya Parkash,[6] mempertikaikan kewujudannya.[7] Sementara manusia mungkin tidak mempunyai taraan anatomi sebenar, istilah ini mungkin kadang-kadang digunakan untuk jerawat kuning keputih-putihan kecil kadang-kadang dijumpai pada korona glans zakar. Nama betul untuk struktur ini ialah papul zakar kemutiaraan (atau papiloma hirsutoid). Menurut pengkritik, ini bukan kelenjar tetapi hanya tebalan kulit dan tidak terlibat dalam pembentukan smegma.[8][9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Martin-Alguacil N, Schober J, Kow LM, Pfaff D (Disember 2008). "Oestrogen receptor expression and neuronal nitric oxide synthase in the clitoris and preputial gland structures of mice". BJU Int. 102 (11): 1719–23. doi:10.1111/j.1464-410X.2008.07989.x. PMID 18793302. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-05. Dicapai pada 2014-02-07.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Kruger L (Disember 2003). "Edward Tyson's 1680 account of the 'porpess' brain and its place in the history of comparative neurology". J Hist Neurosci. 12 (4): 339–49. doi:10.1076/jhin.12.4.339.27915. PMID 15069865.
  3. ^ Cowper, W (1694, 1724), Myotomia reformata; or, An anatomical treatise on the muscles of the human body, London Check date values in: |year= (bantuan)
  4. ^ Tyson's gland di Who Named It?
  5. ^ Batistatou A, Panelos J, Zioga A, Charalabopoulos KA (Oktober 2006). "Ectopic modified sebaceous glands in human penis". Int. J. Surg. Pathol. 14 (4): 355–6. doi:10.1177/1066896906291779. PMID 17041207.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Parkash, Satya (Ogos 1973). "Human subpreputial collection: its nature and formation". The Journal of Urology. 110 (2): 211–212. PMID 4722614. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ "Surgical Temptation: A chance to cut, a chance to cure? | National Sexuality Resource Center (NSRC)". Dicapai pada 29 November 2009.
  8. ^ Hyman AB, Brownstein MH (Januari 1969). "Tyson's "glands." Ectopic sebaceous glands and papillomatosis penis". Arch Dermatol. 99 (1): 31–6. doi:10.1001/archderm.99.1.31. PMID 5761803. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 2014-02-07.
  9. ^ Parkash S, Rao R, Venkatesan K, Ramakrishnan S. Sub-preputial wetness: its nature. Ann Natl Med Sci India 1982; 18: 109-12 Fulltext