Kelip-kelip Di Kota London

Kelip-Kelip Di Kota London ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Murali Abdullah dengan lakonlayar oleh Nurull Halawati dan diterbitkan oleh Zeel Production. Ia dibintangi oleh Hafidz Roshdi[1] dan Hanna Aqeela dan bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 8 Mac hingga 5 April 2018.[2][3][4]

Kelip-kelip Di Kota London
GenreDrama, cinta
Ditulis olehNurull Halawati
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Hafidz Roshdi
Hanna Aqeela
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitHaji Fadzil Teh
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal14 Mac 2018 – 5 April 2018

SinopsisSunting

Mengisahkan seorang jejaka kacak dan berharta, Syed Syaufiq yang merupakan seorang jejaka penggemar hiburan. Kekayaan Syaufiq diwarisi daripada syarikat perniagaan tekstil Al-Haffiy milik ayahnya, Syed Mukhriz. Demi menyiapkan anaknya dengan ilmu keusahawanan, Syed Mukhriz menghantar Syaufiq ke Universiti Cambridge, London. Di sana, hati Syaufiq terpahat apabila melihat Nur Insyirah yang sedang solat di satu penjuru taman rekreasi.

Terpukau melihat kecantikan Insyirah, Syaufiq mula mendekatinya dan mengenalinya. Seperti jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, Syaufiq juga mula mendekati agama Islam melalui dorongan dan ajaran Insyirah sehingga mereka mendirikan rumah tangga. Namun, sebaik sahaja berita pernikahan mereka tiba di Malaysia, Syed Mukhriz mula menerangkan wasiatnya yang tertulis harta warisan Al-Haffiy hanya akan jatuh kepada Syaufiq sekiranya Syaufiq menikahi Sharifah Jasmine dan mendapatkan seorang anak lelaki.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

  • Fendi Seman sebagai Abang Mat
  • Sharifah Nur Syamin sebagai Jannah
  • Syed Shafiq sebagai Amran
  • Asmawi Aziz sebagai Spy London
  • Anis Azira sebagai Wartawan
  • Muntazar Ghufran sebagai Saddiq Kecil
  • Abil Q sebagai Peguam
  • Zulkifli Mohd Salleh sebagai Bapa Maream
  • Nurhisyam Abu Bakar sebagai Bapa Saddiq
  • Asyraf Dasley sebagai Doktor 1
  • Nor Azam sebagai Doktor 2
  • Siraj Alsagoff sebagai Doktor 3
  • Atiqah Zul sebagai Doktor 4
  • Fizi Amer sebagai Org Upahan 1
  • Sam Suhaid sebagai Org Upahan 2
  • Muhd Shareef Muhd Zaki sebagai Baby Newborn
  • Putera Ziqri Abd Razak sebagai Baby 8 Bulan
  • Bazly Hanif sebagai Pengawai Sprm 1
  • Nawi sebagai Pengawai Sprm 2

Pelakon undanganSunting

Runut bunyiSunting

Berikut ialah OST Kelip-kelip di Kota London.

  1. "Kisah Kuinginkan" (Siti Nurhaliza dan Judika)
  2. "Selamat Tinggal Sayang" (Haqiem Rusli)

RujukanSunting

Pautan luarSunting