Kelmarin Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Jamal Khan dibintangi oleh Shukri Yahaya, Reen Rahim dan Intan Ladyana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Drama Okey (Slot TV) (TV Okey) bermula 13 April 2021. [1]

Kelmarin Cinta
Genre
Ditulis oleh
  • Azlina Pa'wan
  • Nana Khalil
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Cinema Stage Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 April 2021 – 18 Mei 2021

Sinopsis sunting

Kelmarin Cinta mengisahkan dua sahabat karib iaitu Wan Nur (Reen Rahim) dan Milah (Intan Ladyana) yang berkawan sejak kecil. Milah berasal dari keluarga berada dan berperwatakan lemah lembut manakala Wan Nur pula dari keluarga sederhana serta berperwatakan kasar dan tomboy.

Masalah terjadi apabila Taufik (Azri Sabri), abang sepupu kepada Milah yang baru pulang dari luar negara telah jatuh hati kepada Wan Nur dan hal ini mengecewakan Milah yang telah lama menyimpan perasaan kepada Taufik.

Wan Nur tidak berminat untuk bercinta dan apabila mengetahui perkara ini daripada Milah, Wan Nur cuba mengelak bertemu Taufik. Milah pula semakin serabut apabila ibubapanya menyuruh beliau untuk menerima pinangan dari Pak Long (Hafidzuddin Fazil) untuk anaknya Azhar (Shukri Yahaya).

Pak Long telah lama menetap di luar negara sebelum membuat keputusan untuk balik ke Malaysia dan tinggal di Cameron Highland. Pak Long risau sekiranya Azhar mencari isteri dari kalangan orang bukan Melayu dan oleh sebab itu beliau cuba menjodohkan Azhar dengan Milah.

Apabila Pak Long menjemput Milah dan Wan Nur datang ke Cameron Highland, Milah mula membuat rancangan dengan Wan Nur untuk menukar identiti mereka berdua. Misi mereka berdua adalah untuk membuatkan Azhar tidak jatuh cinta dengan Milah dan rancangan perjodohan tersebut tidak terjadi.

Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila Pak Long sudah berkenan dengan Milah (yang sebenarnya adalah Wan Nur) apabila gadis tersebut memenuhi ciri-ciri wanita Melayu yang Pak Long mahukan sebagai menantunya.

Adakah Azhar boleh menerima Wan Nur dan setuju dengan rancangan bapanya itu ?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Kelmarin Cinta MyInfoTaip. Dicapai 14 April 2021.