Kelompok berfungsi

Dalam kimia organik, kelompok berfungsi (atau kumpulan berfungsi, bahasa Inggeris: functional group[1]) adalah kumpulan atom tertentu dalam molekul yang bertanggungjawab terhadap sifat tindak balas kimia bagi molekul itu. Kumpulan berfungsi yang sama akan melalui tindak balas kimia yang sama atau serupa tanpa mengira saiz molekul.

Dengan menggabungkan nama kelompok berfungsi dengan nama induk bagi alkana menjanakan satu penamaan bersistem bagi sebatian organik.

Kelompok berfungsi bagi atom bukan hidrogen sentiasa disatukan dengan atom yang lain atau molekul yang lain melalui ikatan kovalen. Apabila kumpulan atom disatukan dengan molekul lain melalui daya ion, kumpulan itu akan dipanggil sebagai ion poliatom atau ion kompleks. Semua ini pula dipanggil radikal, yang menunjuk maksud seperti istilah radikal untuk radikal bebas.

Atom karbon yang pertama selepas karbon yang terikat dengan kelompok berfungsi dipanggil karbon alfa.

Kelompok berfungsi terikat kepada tulang belakang karbon bagi molekul organik. Mereka menentukan sifat dan tindak balas kimia suatu molekul itu. Kelompok berfungsi jauh kurang stabil berbanding tulang belakang karbon dan lebih cenderung untuk terlibat dalam tindak balas kimia.

Jadual umum kelompok berfungsi sunting

Berikut merupakan senarai kelompok berfungsi yang lazim. Dalam rumusan yang ditunjukkan, simbol R dan R' sering menyatakan hidrogen yang terikat atau rantaian sisi hidrokarbon bagi sebarang kepanjangan, tetapi ia kadangkalanya juga merujuk kepada sebarang kumpulan atom.

Hidrokarbon sunting

Kelompok berfungsi yang berubah berasaskan bilangan dan tertib ikatan π menunjukkan bahan kimia yang berbeza. Setiap penyenaraian di bawah mengandungi ikatan C-H, tetapi setiap satunya berbeza jenis tindak balas.

Kelas kimia Kelompok Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Alkana Alkil RH   alkil- -ana  
Metana
Alkena Alkenil R2C=CR2   alkenil- -ena  
Etilena
(Etena)
Alkuna Alkunil RC≡CR'   alkunil- -una  
Asetilena
(Etuna)
Terbitan benzena Fenil RC6H5   fenil- -benzena  
Kumena
(2-fenilpropana)
Terbitan toluena Benzil RCH2C6H5
RBn
  benzil- 1-(gantian)toluena  
Benzil bromida
(1-Bromotoluena)

Kumpulan berhalogen sunting

Haloalkana adalah satu kumpulan molekul yang ditakrifkan oleh ikatan karbon-halogen. Ikatan ini mampu menjadi lemah (dalam kes iodoalkana) atau agak stabil (seperti untuk fluoroalkana). Secara amnya, dengan pengecualian sebatian berfluorin, haloalkana melalui tindak balas penggantian nukleofilik atau tindak balas penyingkiran. Penggantian pada karbon, keasidan proton bersebelahan, keadaan pelarut, dll. semuanya mempengaruhi hasik tindak balas..

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
haloalkana halo RX   halo- alkil halida  
Kloroetana
(Etil klorida)
fluoroalkana fluoro RF   fluoro- alkil fluorida  
Fluorometana
(Metil fluorida)
kloroalkana kloro RCl   chloro- alkil klorida  
Klorometana
(Metil klorida)
bromoalkana bromo RBr   bromo- alkil bromida  
Bromometana
(Metil bromida)
iodoalkana iodo RI   iodo- alkil iodida  
Iodometana
(Metil iodida)

Kumpulan beroksigen sunting

Sebatian yang mempunyai ikatan C-O yang masing-masing mempunyai kereaktifan yang berbeza bergantung kepada kedudukan dan penghibridan ikatan C-O, kerana kesan pelepasan elektron bagi oksigen sp² terkacuk dan kesan pendermaan oksigen sp³ terkacuk.

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Asil halida Haloformil RCOX   haloformil- -oil halida  
Asetil chlorida
(Etanoil klorida)
Alkohol Hidroksil ROH
 
Hidroksil
hidroksi- -ol  
Metanol
Keton Karbonil RCOR'   keto-, okso- -on  
Metil etil keton
(Butanon)
Aldehid Aldehid RCHO   aldo- -al  
Asetaldehid
(Etanal)
Karbonat Ester karbonat ROCOOR   alkil karbonat
Karboksilat Karboksilat RCOO
 
Karboksilat

 

karboksi- -oat  
Natrium asetat
(Natrium etanoat)
Asid karboksilik Karboksil RCOOH   karboksi- asid -oik  
Asid asetik
(Asid etanoik)
Eter Eter ROR'
 
Eter
alkoksi- alkil alkil eter  
Dietil eter
(Etoksietana)
Ester Ester RCOOR'   alkil alkanoat  
Etil butirat
(Etil butanoat)
Hidroperoksida Hidroperoksida ROOH   hidroperoksi- alkyl hidroperoksida  
Metil etil keton peroksida
Peroksida Peroksi ROOR   peroksi- alkil peroksida  
Di-tert-butil peroksida

Kelompok bernitrogen sunting

Sebatian yang mempunyai Nitrogen dalam kategori yang mempunyai ikatan C-O, seperti kes Amida.

Kelas kimia Kelompok / kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Amida Karboksamida RCONR2   karboksamido- -amida  
Asetamida
(Etanamida)
Amina Amina primer RNH2   amino- -amina  
Metilamina
(Metanamina)
Amina sekunder R2NH   amino- -amina  
Dimetilamina
Amina tertier R3N   amino- -amina  
Trimetilamina
Ion ammonium 4° R4N+   ammonio- -ammonium  
Kolina
Imina Ketimina primer RC(=NH)R'   imino- -imina
Ketimina sekunder RC(=NR)R'   imino- -imina
Aldimina primer RC(=NH)H   imino- -imina
Aldimina sekunder RC(=NR')H   imino- -imina
Imida Imida RC(=O)NC(=O)R'   imido- -imida
Azida Azida RN3   azido- alkil azida  
Fenil azida
(Azidobenzena)
Sebatian azo Azo
(Diimida)
RN2R'   azo- -diazena  
Metil oren
(asid p-dimetilamino-azobenzenasulfonik)
Sianat Sianat ROCN   sianato- alkil sianat
Isosianida RNC   isosiano- alkil isosianida
Isosianat Isosianat RNCO   isosianato- alkil isosianat  
Metil isosianat
Isotiosianat RNCS   isotiosianato- alkil isotiosianat  
Alil isotiosianat
Nitrat Nitrat RONO2   nitrooksi-, nitroksi-

alkil nitrat

 
Amil nitrat
(1-nitrooksipentana)
Nitril Nitril RCN   siano-

alkananitril
alkil sianida

 
Benzonitril
(Fenil sianida)
Nitrit Nitrosooksi RONO   nitrosooxy-

alkil nitrit

 
Amil nitrit
(3-metil-1-nitrosooksibutana)
Sebatian nitro Nitro RNO2   nitro-    
Nitrometana
Sebatian Nitroso Nitroso RNO   nitroso-    
Nitrosobenzena
Terbitan piridina Piridil RC5H4N

 
 
 

4-pyridyl
(pyridin-4-yl)

3-pyridyl
(pyridin-3-yl)

2-pyridyl
(pyridin-2-yl)

-piridina  
Nikotina

Kumpulan bersulfur dan berfosforus sunting

Sebatian yang mengandungi sulfur dan fosforus menunjukkan sifat kimia yang unik kerana kebolehannya membentuk lebih banyak ikatan berbanding nitrogen dan oksigen, suatu analog yang lebih ringan dalam jadual berkala.

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Fosfina Fosfino R3P   fosfino- -fosfana  
Metilpropilfosfana
Fosfodiester Fosfat HOPO(OR)2   asid fosforik di(gantian) ester di(substituent) hidrogenfosfat DNA
Asid fosfonik Fosfono RP(=O)(OH)2   fosfono- asid gantian fosfonik  
Asid benzilfosfonik
Fosfat Fosfat ROP(=O)(OH)2   fosfo-  
Gliseraldehid 3-fosfat
Sulfida atau tioeter RSR'   di(gantian) sulfida  
Dimetil sulfida
Sulfon Sulfonil RSO2R'   sulfonil- di(gantian) sulfon  
Dimetil sulfon
(Metilsulfonilmetana)
Asid sulfonik Sulfo RSO3H   sulfo- Asid gantian sulfonik  
Asid benzenasulfonik
Sulfoksida Sulfinil RSOR'   sulfinil- di(substituent) sulfoksida  
Difenil sulfoksida
Tiol Sulfhidril RSH
 
Sulfhidril
merkapto-, sulfanil- -tiol  
Etanatiol
(Etil merkaptan)
Tiosianat Tiosianat RSCN   tiosianato- alkil tiosianate
Disulfida Disulfida RSSR'   alkil alkil disulfida  
Difenil disulfida
1,2-difenildisulfana

Rujukan sunting

  1. ^ "'functional group' - Istilah Malaysia". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 25 November 2017.

Pautan luar sunting