Keluarga 69

Filem Malaysia 1967 arahan P. Ramlee

Keluarga 69 ialah sebuah filem Melayu klasik bergenre komedi serta kekeluargaan yang diterbitkan pada tahun 1967. Filem Keluarga 69 diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih.

Keluarga 69
PengarahP. Ramlee
Lakon layarA. R. Tompel
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1967
Masa tayangan
1 jam 40 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem ini telah diarahkan oleh pengarah P. Ramlee pada 1967.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan tentang pertembungan antara dua keluarga berbeza, iaitu keluarga Bakar dan keluarga Abu Samah tetapi disatukan dalam cara yang luar biasa menerusi perkahwinan antara keluarga mereka.

Pada mulanya, dua keluarga ini mempunyai perjalanan hidup berbeza, iaitu Abu bercerai dengan isterinya, Siti Mariam, manakala Bakar telah bercerai dengan Siti Noraini. Setelah Abu bercerai, beliau membawa anaknya, Aminah untuk tinggal sementara bersama dengan abangnya, Saidin Pekak dan kakak iparnya, Timah, sementara Abu mencari pekerjaan.

Di sebelah keluarga Bakar pula, anaknya Osman Bakar hidup dalam kemewahan milik bapanya, Orang Kaya Bakar, tetapi diusir keluar dari rumah oleh bapanya kerana tidak tahan dengan sikap Osman yang selalu keluar berfoya-foya dan mabuk. Osman yang dahulunya berkerja dengan bapanya, terpaksa tinggal dengan Badim, iaitu salah seorang penyewa rumah milik Bakar. Mereka tinggal bersama dirumah tersebut dan cuba membuat pelbagai pekerjaan, akan tetapi berakhir dengan kegagalan. Setelah beberapa lama, mereka akhirnya dihalau oleh Bakar sendiri akibat daripada hutang sewa yang tidak berbayar. Setelah itu mereka terpaksa berkelana mencari pekerjaan sehingga ke luar negeri, dan bertemu dengan penganjur pentas nyanyian, Yusup, dan mereka dibawa Yusup ke Ipoh, Perak.

Di situ mereka bertemu dan berkenalan dengan Siti Mariam yang bekerja di sebuah Kelab Malam di Ipoh. Osman menjadi penyanyi utama di pentas nyanyian tersebut sehingga diberhentikan atas kerana kegagalan Osman menghadirkan diri di satu persembahan malam akibat kecederaan dalam pergaduhan di kelab malam tempat Siti Mariam bekerja. Apabila mereka tiada lagi tempat tinggal akibat diberhentikan, Osman dan Badim dipelawa untuk tinggal serumah bersama dengan Siti Mariam dan rakannya, Ani. Sewaktu Osman dan Badim menghuni di rumah itu, Osman didatangi syarikat rakaman Purnama, En. Rashid, dan syarikat rakaman Chap Angsa, En. Ghazali. Pada mulanya, Osman bersetuju untuk menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Purnama, hasil dari pujukan dan kepura-puraan Faridah, teman wanita En. Rashid. Pada waktu itu juga, Siti Mariam menaruh hati kepada Osman akan tetapi Osman lebih menyukai Faridah yang berpura-pura, menyebabkan Siti Mariam mengalami kekecewaan. Apabila Osman mendapat tahu bahawa dirinya dipermainkan oleh En. Rashid dan Faridah atas kerana kepentingan mereka, Osman yang teramat kecewa hampir melakukan bunuh diri dengan terjun dari bangunan. Perbuatan Osman tersebut sempat dihalang oleh Siti Mariam, Ani dan Badin yang datang mengekori Osman ke tingkat bumbung atas bangunan dan memujuknya. Faridah dan En. Rashid yang turut memerhatikan Osman diekori Siti Mariam, Ani dan Badin dari jauh, juga mengekori mereka sehingga ke tingkat bumbung atas tersebut. Pada waktu itu, Faridah yang dituduh berpura-pura melahirkan hasrat hati pada Osman sehingga memutuskan pertunangan dengan En. Rashid, akan tetapi Osman yang dahulu menyukai Faridah, akhirnya beralih arah kepada Siti Mariam, dan mereka dikahwinkan bersama. Osman yang dahulunya menolak kontrak rakaman syarikat Chap Angsa, kini menerima kembali dan menjadi penyanyi syarikat tersebut.

Bagi Abu pula, secara kebetulan, beliau mendapat pekerjaan dengan bekerja sebagai pembantu Orang Kaya En. Bakar. Sewaktu En. Bakar masuk ke hutan untuk memburu burung yang dibantu oleh Abu, En. Bakar terserempak dengan seorang gadis kampung yang sedang mencuci baju di sungai. Apabila En. Bakar menyuruh Abu melihat gadis tersebut, ternyata gadis tersebut adalah anak Abu, Aminah. Abu yang pada mulanya tidak memberitahu kepada En. Bakar yang gadis tersebut adalah anaknya, diarahkan oleh En. Bakar untuk mencari dan bertemu dengan keluarga gadis tersebut. Abu yang sudah sedia tahu Aminah tinggal bersama dengan keluarga Saidin Pekak dan Timah, terus ke rumah mereka dan meminta mereka berpura-pura menganggap Aminah adalah anak mereka. Abu juga menyuruh Aminah untuk melayan En. Bakar dengan baik. Setelah En. Bakar bertemu dengan keluarga tersebut, En. Bakar menyatakan hasrat untuk meminang Aminah. Aminah yang bersetuju dengan pinangan En. Bakar akhirnya dikahwinkan bersama. Apabila En. Bakar dan Aminah telah berkahwin, mereka tinggal bersama di rumah Bakar, dan Abu turut tinggal dirumah tersebut sebagai pembantu. Pada waktu itu Abu dan Aminah masih berpura-pura seperti tiada perhubungan kekeluargaan, walaupun mereka selalu tersasul dihadapan En. Bakar.

Pada satu hari, Osman dan isteri barunya, Siti Mariam bercuti selama seminggu untuk bertemu dengan bapanya, En. Bakar. Apabila mereka sampai di rumah En. Bakar, Osman pada mulanya cuba menyelinap masuk rumah bapanya untuk melihat sikap bapanya terhadapnya, bertemu dengan Aminah yang baru keluar dari dapur. Osman yang tertarik dengan Aminah, disapa oleh bapanya. Pada mulanya En. Bakar menyangka Osman sedang mabuk, akhirnya menerima Osman kembali ke rumahnya setelah Osman menjelaskan telah meninggalkan perkara haram tersebut dan menjadi seorang penyanyi rakaman berjaya. Sewaktu itu, En. Bakar memperkenalkan Aminah sebagai ibu tiri baru Osman. En. Bakar juga melahirkan hasrat supaya Osman berkahwin, akan tetapi Osman telah menyatakan yang beliau telah berkahwin dan isterinya ada diluar rumah. En. Bakar dengan itu lantas menyuruhnya masuk untuk diperkenalkan kepada En. Bakar dan Aminah.

Apabila Osman memperkenalkan En. Bakar dan Aminah, Aminah, iaitu anak kepada Siti Mariam, dan Siti Mariam, ibu kepada Aminah, sama-sama terkejut kerana akhirnya mereka bertemu semula setelah sekian lama. Siti Mariam menyatakan beliau telah mengutus surat kepada anaknya, Aminah, akan tetapi suratnya tidak diterima kerana Aminah telah berpindah. Pada waktu itu, En. Bakar dan Osman turut terkejut, pening serta tidak terkata kerana mereka berkahwin dengan orang lain yang juga sama-sama ibu dan anak. Walaupun perkahwinan mereka sah disisi syarak, tetapi timbul persoalan tentang panggilan kekeluargaan masing-masing. Osman pada mulanya berbincang dengan bapanya dan mencadangkan pertukaran isteri dengan bapanya, tetapi tidak dipersetujui En. Bakar. Keadaan mereka bertambah keliru apabila Abu masuk ke dalam rumah En. Bakar untuk memperkenalkan isteri baru Abu, dan pada waktu itu jugalah, Siti Mariam bertemu semula dengan Abu. Pada waktu itu, semuanya terbongkar apabila diketahui Abu merupakan duda kepada Siti Mariam dan bapa kepada Aminah. Tidak cukup dengan itu, Siti Noraini, janda kepada En. Bakar dan ibu kepada Osman, masuk ke dalam rumah En. Bakar dan membuka satu lagi kekeliruan yang Abu kini telah berkahwin dengan Siti Noraini. Dari situ mereka sama-sama bertemu dalam satu rumah, akan tetapi kekeliruan yang besar timbul tentang bagaimana panggilan antara mereka, sehingga Osman menyatakan "keluarga ini telah menjadi tunggang-terbalik, keluarga songsang, keluarga 69". Templat:Endspoiler

Pelakon sunting

  • P. Ramlee sebagai Osman Bakar, anak Bakar
  • Siput Sarawak sebagai Siti Mariam, janda Abu Samah, isteri baru Osman, ibu Aminah
  • Noran Nordin sebagai Siti Noraini
  • A. R. Tompel sebagai Orang Kaya Bakar, bapa Osman, suami Aminah, duda mak Osman
  • Khatijah Hashim sebagai Aminah (isteri muda Orang Kaya Bakar, anak kepada Abu Samah)
  • Habibah Haron sebagai janda En. Bakar, emak Osman, Bini baru Abu Samah
  • Salleh Ghani sebagai Badim bin Badam
  • Idris Hashim sebagai Abu Samah (Orang Gaji OK Bakar)
  • Julie Faridah sebagai Faridah, tunangan En. Rashid
  • Ed Osmera sebagai Encik Rashid (pemilik Syarikat Rakaman Purnama)
  • Karim Latiff sebagai Encik Ghazali (pemilik Syarikat Rakaman Chap Angsa)
  • Minah Hashim sebagai Timah, isteri Saidin Pekak
  • Ahmad Dadida sebagai Saidin Pekak
  • Yusof Bujang sebagai Yusof Dare (penganjur konsert). Orang dijumpai oleh Badim di stesen keretapi
  • Sharif Babu sebagai Karim
  • Mak Enon
  • A. K. Jailani
  • Ibrahim Joned
  • Noor K.K sebagai Pelanggan Warung

Lagu sunting

  • "Entah Di Mana" - P. Ramlee
  • "Mengapa Derita" - P. Ramlee
  • "Semenjak Mata Bertentang" - P. Ramlee

Rujukan sunting

Pautan luar sunting