Keluarga Baha Don ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2019 arahan Syed Fariz Syed Khairuddin dengan skrip oleh Fairul Nizam Ablah. Dibintangi oleh Remy Ishak, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Mark Adam, Namron dan Othman Hafsham dengan penampilan khas oleh selebriti ternama Malaysia, ia berkisarkan tentang sebuah keluarga unik dan pelik yang mempunyai bisnes kulinari dan jenayah terancang. Siri ini disiarkan di platform penstriman Viu bermula 11 Julai 2019 dan berakhir pada 26 Ogos 2021. Ia telah diiktiraf sebagai siri drama keluarga mafia pertama di Malaysia.[1][2]

Keluarga Baha Don
GenreKomedi, drama
PenciptaFairul Nizam Ablah
Ditulis oleh
  • Wan Shahidi Abdullah
  • Mustaqim Mohamed
  • Bainun Waheeda
  • Syed Fariz Syed Khairuddin
  • Fikhry Ibrahim
  • Zain Hamid
  • Aziz Salim
  • Farah Rani
  • Dawn Cheong
PengarahSyed Fariz Syed Khairuddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cadillac 45" oleh James Homes dan Robert Homes
Lagu penutup"Cadillac 45" oleh James Homes dan Robert Homes
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Sahana Kamath (Viu)
Penerbit
  • Wan Shahidi
  • Fairul Nizam Ablah
  • Syed Fariz
  • Mustaqim Mohamed (penolong)
  • Taqi Osman (bersekutu)
  • Susan Lankester (penyelaras)
Penyunting
  • Chulat
  • Safwan Salleh
  • Zan
  • Anand R.
  • Irwan Ahmad
LokasiMalaysia
Sinematografi
  • Tan Teck Zee
  • Michael Lourdes
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran30–35 minit
Syarikat penerbitan
Anomalous Films
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal11 Julai 2019 – 26 Ogos 2021
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Musim 1 (2019) sunting

Mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak), seorang cef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah. Jo Don mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don (Othman Hafsham) yang telah meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga. Tanpa disedarinya, bapanya menggunakan perniagaan makanannya sebagai perantara untuk urusan haram dalam industri makanan.

Drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dan Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya, Suzi Faye (Melissa Campbell). Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya selama ini?.

Musim 2 (2020) sunting

Musim kedua siri ini bakal mengikuti kisah mereka yang tergantung dalam episod akhir musim pertama, dimana Jo menyedari bahawa bapanya, Baha Don, mungkin masih hidup. Jo Don dan Mat Don berjaya melepaskan diri dari penculik mereka, tetapi pada masa itu juga, munculnya seorang pesaing misteri yang mula menggiatkan rancangannya untuk menjatuhkan keluaraga Baha Don. Mampukah Jo melepaskan diri lantas mengubah sikapnya yang begitu jujur dan tulus demi mejadi seorang samseng yang mampu menghapuskan ancaman baharu ini?.

Musim 3 (2021) sunting

Dalam musim ketiga, Jo Don terpaksa menghadapi cabaran terbesarnya apabila musuhnya Bobby Bachan cuba musnahkan keluarga Baha Don. Orang yang dicintai meninggal dunia dan ‘Migellin Stars’ ditarik balik, sementara tekanan dari dalam keluarga juga menaik. Adakah Mat Don akhirnya berpeluang untuk mengambil alih kuasa? Adakah Ucu Don akan mengambil perniagaan teh haramnya selangkah lebih jauh? Dan adakah Kesuma mencintai Mat sebenarnya atau adakah dia mempunyai agenda yang lain?.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Remy Ishak sebagai Jo Don (musim 1–3)[3]
  • Susan Lankester sebagai Mama Don (musim 1–3)
  • Khir Rahman sebagai Mat Don (musim 1–3)
  • Sharifah Aleysha sebagai Ucu Don (musim 1–3)
  • Indi Nadarajah sebagai Secretary Hui musim 1–2)
  • Melissa Campbell sebagai Suzi Faye (musim 1–2)
  • Jihan Muse sebagai Kesuma (musim 1–3)
  • Othman Hafsham sebagai Baha Don (musim 1–3)
  • Sabri Yunus sebagai Abe Wan Katok (musim 1–3)
  • Nam Ron sebagai Awang Kebas (musim 1–3)
  • Ayu Azhari sebagai Bundo Sari (musim 1)
  • Alvin Wong sebagai Little Kok (musim 1–3)
  • Douglas Wong sebagai Harry Kok (musim 1–3)
  • Junji Delfino sebagai Madame Mendoza (musim 1–3)
  • Razak Ahmad sebagai Talal Al-Halal (musim 1–3)
  • Mark Adam sebagai Angelito Pepito Jericho (musim 1–3)
  • Mustaqim Mohamed sebagai pembantu Abe Wan Katok (musim 1–2)
  • Aziz M. Osman sebagai Pesuruhjaya (musim 2–3)
  • Tony Eusoff sebagai Bah Botani (musim 2–3)[4]
  • Kenji Sawahi sebagai Cao Cao (musim 2–3)
  • Fikry Ibrahim sebagai Bobby Bs Bachan (musim 3)[5]

Pelakon undangan sunting

  • Bulan Terry sebagai orang gaji (musim 1–3)
  • Kim Fukazawa sebagai penari Head Belly (musim 1)
  • Laila Nasir sebagai Puan Laila (musim 1)
  • Lee Yevonne sebagai teman wanita Mat Don I (musim 1)
  • Lim Mei Fen sebagai teman wanita Mat Don II (musim 1)
  • Anna Jobling sebagai teman wanita Mat Don III (musim 1)
  • Ainul Aishah sebagai Puteh (musim 1)
  • Jay Iswazir sebagai Don (musim 1)
  • Syed Ali Murtadha sebagai Baha Don muda (musim 1)
  • Charles Roberts sebagai Jargoi (musim 1)
  • Clarence Kuna sebagai Pembantu Jargoi (musim 1)
  • Alfred Loh sebagai Mr. Manny Paddy (musim 1)
  • Sherie Merlis sebagai Beh Botani (musim 2)
  • Azman Hassan sebagai Ketua La Polizia (musim 2–3)
  • Marsha Milan sebagai Pembantu Ketua La Polizia (musim 2–3)
  • Zain Hamid sebagai Cangkuk (musim 2–3)
  • Chelsia Ng sebagai pakar psikiatri (musim 2–3)
  • Anas Ridzuan sebagai Lil' Bunz (musim 2–3)
  • Patrick Teoh sebagai Profesor Jack D. (musim 2–3)
  • Soo Wincci sebagai Mama San (musim 2)
  • Azad Jasmin sebagai tukang cuci (musim 3)
  • Amy Mastura sebagai Dewi Buah-Buahan (musim 3)
  • Tiara Jacquelina sebagai Ivana Balkanich (musim 3)[6]
  • Ungku Hariz sebagai pemberi maklumat (musim 3)
  • Angeline Tan sebagai Nyonya Wang (musim 3)
  • Elizabeth Tan sebagai Krazie (musim 3)
  • Alicia Amin sebagai Norazah (musim 3)
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Che Puan Mona (musim 3)
  • Jo Kukathas sebagai Madam Nair (musim 3)
  • Jalaluddin Hassan sebagai Pengacara (musim 3)
  • Vicha Saywho sebagai pemilik Hotel Ibliss (musim 3)

Penerbitan sunting

Keluarga Baha Don diarahkan oleh Syed Fariz Syed Khairuddin yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Busker (2018).[7]

Ini merupakan drama online pertama yang dibintangi oleh Remy Ishak. Untuk menjayakan watak Jo Don, Remy belajar bertutur bahasa Perancis. Pengarahnya, Syed Fariz juga membawa masuk seorang rakan warga Perancis di set untuk mengajar Remy cara bertutur bahasa Perancis, belajar selama dua hingga tiga jam untuk memantapkan dialognya.[7]

Episod sunting

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhir
110[8]11 Julai 2019 (2019-07-11)8 Ogos 2019 (2019-08-08)
210[9]3 Disember 2020 (2020-12-03)31 Disember 2020 (2020-12-31)
310[10]29 Julai 2021 (2021-07-29)2 September 2021 (2021-09-02)

Keluaran sunting

Keluarga Baha Don memulakan siaran di Viu bermula 11 Julai 2019 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[1] Musim kedua siri ini memulakan tayangan perdana pada 3 Disember 2020,[11][12] kemudian diikuti oleh musim ketiga yang disiarkan pada 29 Julai 2021.[13][14][15]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 Asian Academy Creative Awards 2019 Rancangan Komedi Terbaik (Malaysia) Keluarga Baha Don Menang [16]
Persembahan Komedi Terbaik Jihan Muse Menang [17]
2021 Asian Academy Creative Awards 2021 Susan Lankester Menang [18]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Khai Azfar (27 Jun 2019). "Keluarga Baha Don Drama Keluarga Mafia Pertama Malaysia!". Murai.my. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  2. ^ Dennis Chua (17 Mei 2019). "#Showbiz: Meet Joe and the Dons" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  3. ^ Syanty Octavia Amry (7 Julai 2019). "Lakon watak komedi". Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (2 Ogos 2021). "Demam denggi punca penampilan Tony Eusoff berbeza dalam Keluarga Baha Don musim ketiga". mStar Online. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  5. ^ Najiy Jefri (5 Ogos 2021). "Ancaman 'Bobby Bachan'". Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  6. ^ Najiy Jefri (31 Julai 2021). "'Ivana' bikin Tiara teruja". Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  7. ^ a b Florey DM (2 September 2019). ""Keluarga Baha Don": When culinary finery meets organised crime" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  8. ^ "Keluarga Baha Don (Viu)". My Infotaip. 11 Julai 2019. Dicapai pada 12 September 2021.
  9. ^ "Keluarga Baha Don Musim Ke-2". My Infotaip. 10 Disember 2020. Dicapai pada 12 September 2021.
  10. ^ "Keluarga Baha Don Musim 3". My Infotaip. 7 Ogos 2021. Dicapai pada 12 September 2021.
  11. ^ "Siri Viu Original 'Keluarga Baha Don' musim kedua lebih mengujakan". Utusan Borneo. 15 Disember 2020. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  12. ^ Khai Azfar (4 Disember 2020). "Keluarga Baha Don Kini Kembali Bagi Musim Kedua". Murai.my. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  13. ^ Budiey (5 Ogos 2021). "Drama Bersiri KELUARGA BAHA DON Musim Ke-3, Gandingan Pelakon & Plot Lebih Mantap". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  14. ^ "VIU ORIGINAL KELUARGA BAHA DON KINI KEMBALI BAGI MUSIM 3". Femag Online. 29 Julai 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  15. ^ Muhammad Faris (30 Julai 2021). "Kerana Dendam Kesumat, Keluarga Mafia Baha Don Diancam Bahaya?". Oh! Media. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  16. ^ Aliff Fikri Aziz (8 Disember 2019). "Drama 'Keluarga Baha Don' raih dua anugerah Asian Academy Creative Awards". Projek MM. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  17. ^ Dennis Chua (16 Oktober 2019). "#Showbiz: Jihan wins top Asian comedy prize" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 16 Ogos 2020.
  18. ^ "#Showbiz: Susan Lankester wins award at Asian Academy Creative Award 2021". NST Entertainment (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 6 Disember 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.

Pautan luar sunting