Keluarga Si Mamat merupakan siri lerang komik oleh kartunis Malaysia, Lat, yang diterbitkan dan disiarkan di dalam akhbar Berita Minggu dari 1968 sehingga 1994.[2] Ia juga dikeluarkan sebagai buku komik yang bertajuk sama terbitan Berita Publishing pada tahun 1979.[3]

Keluarga Si Mamat
Salah satu lerang komik Lat dalam siri ini, yang diterbitkan pada tahun 1972.[1]
PengarangLat
Status terkini/jadualTamat
Tarikh dilancarkan1968
Tarikh berakhir1994
Penerbit
Genre
  • Drama
  • komedi
  • satira

Latar belakang sunting

Pada tahun 1964, Lat yang ketika itu berusia 13 tahun, menyiarkan lerang-lerang komik beliau dalam Majallah Filem untuk dibayar dalam bentuk tiket wayang.[4] Ini kemudian diikuti oleh buku komik sulungnya, Tiga Sekawan Menangkap Pencuri, terbitan Sinaran Brothers yang berkisarkan tentang tiga sekawan yang berjaya menangkap pencuri. Lat menerima bayaran $25 untuk satu karyanya yang diserahkan kepada Sinaran Brothers.[5]

Kejayaan awalnya ini mendorong Lat untuk mengarang siri komik Keluarga Si Mamat untuk akhbar Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian).[6][7] Menurut Lat, Mamat Khalid ialah adiknya.[6] Beliau mengarang siri komik ini ketika Mamat baru berusia 5 tahun.[6] Menerusi siri komiknya ini, Lat melukis slapstik dan satira yang membincangkan pertembungan nilai-nilai tradisional dan moden, diisi oleh cerita jenaka kanak-kanak bermain.[8] Lat mengakui terdapat banyak komik luar negara yang disiarkan dalam akhbar tempatan, maka beliau menumpukan perhatian kepada komik tempatan. Beliau menghantar 5 keping lerang komik Keluarga Si Mamat kepada Berita Minggu kerana beliau berasakan "alangkah baiknya jika kartun tempatan diperbanyakkan".[9] Akan tetapi, Lat meninggalkan New Straits Times Press pada tahun 1984 untuk menjadi pekerja bebas, namun akan terus melukis Keluarga Si Mamat untuk Berita Minggu sehingga ia berakhir pada tahun 1994.

Sambutan sunting

Lerang komik ini muncul pada Jun 1968 di Berita Minggu mendapat sambutan yang baik.[10] Pada tahun 1979, Berita Publishing, anak syarikat New Straits Times Press menerbitkan Keluarga Si Mamat dalam bentuk buku komik yang memuatkan koleksi kartun terbaik Lat dalam siri tersebut.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

Sumber berita
  • "Keluarga Si Mamat". Berita Minggu. Singapura, dan Kuala Lumpur, Malaysia: Straits Times Press. 20 Februari 1972. m/s. 8.
  • Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (19 Mac 2018). "Dua kekuatan jadi rahsia apresiasi Lat". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  • "'Bila saya melukis, saya lukis semua orang' - Lat". Astro Awani. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 28 Mei 2020.
Buku
Sumber akademik
  • Rohani Hashim (2005). "Lat's Kampong Boy: Rural Malays in Tradition and Transition". Dalam Palmer, Edwina (penyunting). Asian Futures, Asian Traditions. Kent, United Kingdom: Global Oriental. m/s. 389–400. ISBN 1-901903-16-8.
Sumber kewartawanan
  • Chua, Siew Ching (September 2007). "Seriously, Lat". The Hilt. Kuala Lumpur, Malaysia ISSN 1823-9832: Hilton Hotels (10). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-18. Dicapai pada 2010-03-10.CS1 maint: location (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting