Kem Setia Ikhlas ialah sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara yang terletak di Semenyih, Selangor.

Kem PLKN di Selangor sunting

Di Selangor beberapa tempat telah dijadikan loksi PLKN ini, Antaranya ialah :

Lot No P.T 1214,km 6, Jln Sg Lalang,43500 Ulu Semenyih, Selangor.
Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Bharu.
Kampung Orang Asli Gerachi Jaya, 44000 Kuala Kubu Bharu.
Lot 4576, Kampung Ulu Teris, Sungai Pelek, Daerah Sepang.
Kampung Kuala Pajam, 71500 Beranang.
Kampung Tanjung Dua Belas, Off Km 5, Jln Dengkil-Banting, Kuala Langat.

Perasmian Kem Setia Ikhlas sunting

Majlis Perasmian PLKN Kumpulan 1 Siri 2/2005 telah diadakan pada 4 Januari 2005 , 9.00 pagi beretempat di Kem PLKN Setia Ikhlas, Semenyih

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia .

Kem ini mula beroperasi sejak Januari 2005 dan menampung 450 pelatih PLKN.

Asal-usul sunting

Tapak kem ini asalnya sebuah bekas lombong bijih timah seluas 5 padang bola sepak. Kerja-kerja ukur tanah , menukar status tanah dan sebagainya telah dimulakan pada tahun 2004. Ketika itu kerajaan menghadapi masalah untuk menempatkan pelatih-pelatih PLKN kerana pihak universiti tidak berminat lagi menyertai program ini.

Sebuah tapak kem yang tetap, selesa dan berasaskan suasana 'hutan dan lasak ' amat diperlukan. Kem ini kemudiannya dinamakan Kem Setia ikhlas .

Pelawat Kenamaan sunting

Sultan Brunei telah melawat Kem Setia ikhlas ini dan meninjau pelbagai aktviti lasak yang diadakan di sini pada 30 April 2005.

Dato’ Seri S Samy Vellu , Menteri Kerja Raya turut melawat kem ini pada bulan 8 Julai 2005. Beliau merasmikan `Program Belia Berwawasan' anjuran Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan di Kem Setia Ikhlas, Semenyih pada hari Jumaat

Pautan luar sunting