Kem Skudai

Kem Skudai merupakan kem tentera Malaysia yang terletak di Skudai, Gelang Patah, selatan Johor,Malaysia. Kem ini menempatkan Kompleks 7 Briged Infantri.

Kem Skudai akan menempatkan unit Markas Staff Stesen, Kompeni Kor Perkhidmatan dan Unit Batalion Infantri dari Kem Majidee; Skuadron Semboyan Briged, Workshop Briged dan Markas Rejimen 501 Askar Wataniah dari Kem Tebrau serta Markas 7 Briged dan Unit Batalion Infantri dari Kem Kluang.

Lewat siapSunting

Pada 14 Februari 2010, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Kompleks 7 Briged Infantri sepatutnya siap pada 2007. Perbadanan Perwira Harta Malaysia Bhd anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera diarahkan menyiapkannya mengikut jadual. Jika tidak, Koperasi Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor akan diarahkan ambil alih.

Laporan Audit Persekutuan 2002 menyatakan projek ini diluluskan penswastaannya melalui pertukaran tanah oleh kerajaan pada 1996 itu dimulakan kerja fizikalnya oleh konsortium dua syarikat pada Mei 2000. Kos projek ini ialah RM256 juta. Malangnya hanya 18.3 % siap pada Januari 200. Kelewatan itu menyebabkan banjir kilat di Kampung Poh Chi Leng dan kawasan Kampung Baru Skudai.[1]

RujukanSunting