Kem tahanan Teluk Guantanamo

Kem tahanan Teluk Guantanamo (Bahasa Inggeris: Guantanamo Bay detention camp, diringkaskan G-bay atau GTMO[1]) ialah penjara tentera yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat sejak tahun 2002 di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo di pantai Teluk Guantanamo, Cuba.[2] Tahanan yang ditangkap dalam Perang Terhadap Keganasan, kebanyakannya dari Afghanistan dan ada juga kemudian dari Iraq, Tanduk Afrika dan Asia Tenggara dihantar ke kem ini.

Tahanan ketika sampai di Camp X-Ray, Januari 2002
Camp X-Ray, 2002
Camp Delta di Teluk Guantanamo, 2005

Semasa penubuhannya, Jabatan Keadilan A.S. menasihatkan pentadbiran George W. Bush bahawa kem tahanan ini boleh dianggap terletak di luar bidang kuasa undang-undang A.S. Mereka mengatakan tahanan tiada sebarang hak terhadap perlindungan mengikut Konvensyen Geneva. Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat sejak 2004 telah menyatakan sebaliknya dan mahkamah A.S. mempunyai bidang kuasa: ia memutuskan dalam Hamdan lwn. Rumsfeld pada 29 Jun 2006, bahawa tahanan berhak mendapat perlindungan minimum mengikut Common Article 3 Konvensyen Geneva.[3]

Pada April 2011, Wikileaks mula menerbitkan 779 fail rahsia mengenai banduan di kem tahanan Teluk Guantanamo.[4]

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ Guantanamo Bay prisoners plant seeds of hope in secret garden, The Independent, 29 April 2006 – cermin
  2. ^ Afghan Prisoners Going to Gray Area: Military Unsure What Follows Transfer to U.S. Base in Cuba, Washington Post, 9 Januari 2002
  3. ^ "Hamdan v. Rumsfeld" (PDF). 29 Jun 2006. Dicapai pada 10 Mei 2007.
  4. ^ Leigh, David; Ball, James; Burke, Jason (25 April 2011). "Guantánamo files lift lid on world's most controversial prison". The Guardian. UK. Dicapai pada 25 April 2011.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)

Pautan luarSunting

Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Guantanamo Bay