Kemal Kılıçdaroğlu

Kemal Kılıçdaroğlu ([keˈmal kɯɫɯtʃˈdaɾoːɫu] ; lahir 17 Disember 1948)[2] adalah seorang ahli politik Turki. Beliau pemimpin Parti Rakyat Republik (CHP) dan menjadi Ketua Pembangkang Pemerintah Turki sejak 2010. Beliau menjawat sebagai wakil daerah elektoral kedua İstanbul dari 2002 sampai 2015 sebagai seorang anggota parlimen daerah elektoral kedua İzmir pada 7 Jun 2015.

Kemal Kılıçdaroğlu
کمال قلجداراوغلو
Ketua Pembangkang Utama
Memegang jawatan
22 Mei 2010
Perdana MenteriRecep Tayyip Erdoğan
Ahmet Davutoğlu
Binali Yıldirım
Didahului olehDeniz Baykal
Pemimpin Parti Rakyat Republik
Memegang jawatan
22 Mei 2010
Didahului olehDeniz Baykal
Wakil Presiden Sosialis International
Dalam jawatan
21 Agustus 2012 – 13 Desember 2014
PresidenGeorge Papandreou
Negara Turki
Didahului olehDeniz Baykal
Digantikan olehUmut Oran
Wakil Perhimpunan Agung
Memegang jawatan
18 November 2002
Kawasan pilihan rayaİstanbul (II) (2002, 2007, 2011)
İzmir (II) (Jun 2015, Nov 2015)
Butiran peribadi
Lahir (1948-12-17) 17 Disember 1948 (umur 75)
Ballıca, Turki
Parti politikParti Rakyat Republik
PasanganSevim Kılıçdaroğlu
Anak-anakAslı
Zeynep
Kerem
Alma materUniversiti Gazi
Laman web rasmiSitus resmi

Sebelum memasuki politik, Kılıçdaroğlu merupakan pelayan sipil dan menjabat sebagai Presiden Institusi Asuransi Sosial (SSK) dari 1992 sampai 1996 dan kembali dari 1997 sampai 1999. Beliau meraih undi dalam Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki dalam pilihan raya umum 2002 dan menjadi pemimpin kelompok parlimen CHP di sana. Pada pilihan raya lokal 2009, beliau dinominasikan sebagai calon CHP untuk menjawat datuk bandar Istanbul namun dikalahkan Parti Keadilan dan Pembangunan yang meraih 44.71% suara. Beliau terpilih menjadi ketua wakil Sosialis Internasional pada 31 Ogos 2012.[3]

Setelah Deniz Baykal mengundurkan diri sebagai pemimpin parti CHP pada 2010, Kılıçdaroğlu mengumumkan pengcalonannya dan menang terus tanpa bertanding sebagai pemimpin CHP. Beliau dipandang membawakan hidup baru pada CHP.[4] Meskipun partinya kemudian mengalami kenaikan dalam pengagihan undiannya, Kılıçdaroğlu gagal untuk memenangkan pilihan raya manapun.

Awal hidup dan pendidikan sunting

Kemal Kılıçdaroğlu lahir pada 17 Disember 1948 di kampung Ballıca, daerah Nazımiye, Provinsi Tunceli di rantau Anatolia timur Turki.[5] Beliau adalah anak keempat dari tujuh bersaudara hasil perkahwinan Kamer Kılıçdaroğlu dan isterinya Yemuş Kılıçdaroğlu.[6] Ayahnya keturunan masyarakat Alawiyah yang banyak melarikan dirinya setelah gagalnya Pemberontakan Dersim;[7] keluarga Karabulutnya ditelusuri kepada Seyyid Mahmoud Hayrani, seorang ahli sufi Kersani yang mendiami kota Konya semasa zaman Seljuk.[8][9][10] Nama keluarga ini ditukar kepada "Kılıçdaroğlu" ("anak Kılıçdar") mengelakkan kekeliruan dengan banyak keluarga sekampungnya yang sama nama pada 1950-an. Pada masa mudanya, beliau menyara hidup sebagai seorang peniaga.[6]

Beliau melanjutkan pendidikan rendah dan menengahnya di berbagai tempat seperti Erciş, Tunceli, Genç dan Elazığ. Beliau belajar ekonomi di Akademi Sains Ekonomi dan Komersial Ankara (sekarang Universiti Gazi) dan lulus pada 1971.[6]

Kerjaya politik sunting

Setelah meninggalkan universiti, Kemal masuk Kementerian Kewangan sebagai spesialis akauntan junior pada 1971. Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi akauntan dan dihantar melakukan latihan kepakaran tambahan di Perancis. Pada 1983, beliau dilantik menjadi naib pengarah agung jabatan Pembaharuan dalam kementerian yang sama. Pada waktu itu, beliau bekerja dekat dengan Perdana Menteri Turgut Özal. Pada 1991, Kılıçdaroğlu menjadi pengarah agung Organisasi Keamanan Sosial untuk Artisan dan Pekerjaan Sendiri (Bağ-Kur). pada tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi pengarah agung Organisasi Keamanan Sosial (SSK).[6][11]

Pada 1994, Kılıçdaroğlu diangkat menjadi "Pegawai Am Tahun Ini" oleh mingguan periodik Ekonomik Trend.[6]

Kemal Kılıçdaroğlu bersara dari Organisasi Keselamatan Sosial pada Januari 1999. Kılıçdaroğlu mengajar di Universitas Hacettepe dan mengetuai Komisi yang Mengkhususkan Diri pada Ekonomi Informal pada persiapan Lapan Rencana Pengembangan Lima Tahun. Beliau juga bertindak sebagai anggota Badan Eksekutif Bank İş.[12]

Dalam Perhimpunan Agung sunting

Pada 1999, Kılıçdaroğlu sering disebut sebagai 'bintang Parti Kiri Demokrat (DSP)'.[13] Banyak laporan media mendakwanya bakal menjadi calon DSP dalam pilihan raya umum 1999 mendatang (di mana DSP ikut untuk pertama kalinya).[14] Namun, tidak ada calon yang dapat mara ke peringkat seterusnya. Meskipun demikian, pada saat beliau menjadi ketua Organisasi Keamanan Sosial, beliau diundang oleh pemimpin CHP Deniz Baykal untuk bergabung dengan partainya. Kemal menerima undangan tersebut.[6]

Setelah pilihan raya umum 2002, beliau masuk Perhimpunan Agung Kebangsaan mewakili Istanbul. Pada pilihan raya 2007, beliau terpilih kembali pada parlemen. Beliau menjadi jurubicara wakil kelompok parlimen partinya.[6]

Usaha Kılıçdaroğlu untuk menyoroti malapraktik beberapa ahli politik Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berpangkat tinggi membuatnya masuk berita utama dilaporkan media-media Turki. Dua ketua wakil AKP yang memerintah, Şaban Dişli dan Dengir Mir Mehmet Fırat, mengundurkan diri dari jabatan mereka di dalam partii setelah debat-debat televisyen dengan Kılıçdaroğlu. Lebih lanjut, beliau secara terbuka menuduh datuk bandar Ankara yang bersekutu dengan AKP, Melih Gökçek, terlibat skandal korupsi terkait organisasi amal "Deniz Feneri" yang berbasis di Jerman.[6]

Referensi sunting

  1. ^ "Alevi'yim ne var bunda". Habertürk. Dicapai pada 17 Juni 2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Bildirici, Faruk (27 June 2010). "Kılıçdaroğlu Kemal Bey'i anlatıyor". Hürriyet. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2010. Dicapai pada 12 December 2014.
  3. ^ http://www.trt-world.com/trtworld/en/newsDetail.aspx?haberkodu=46609cdd-602a-44d8-8c67-6b4fe178c5e5
  4. ^ Strauss, Delphine (21 Mei 2011). "Turkey's Gandhi chosen to lead opposition". The Financial Times.
  5. ^ Yalçın, Soner (23 Mei 2010). "Kılıçdaroğlu hakkında bilinmeyen tek gerçek". Hürriyet (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 26 Mei 2010.
  6. ^ a b c d e f g h "Nazımiyeli ailenin okuyan tek çocuğu". Radikal (dalam bahasa Turki). 23 Mei 2010. Dicapai pada 23 Mei 2010.
  7. ^ "The Turkish opposition: Gandhi's rise". The Economist. 28 April 2011.
  8. ^ Öğüt, Ensar. Adalet adamı Kemal Kılıçdaroğlu: Kureyşan Ocağı Horasan'dan Anadolu'ya. Halk Kitabevi. m/s. 10. ISBN 6052365560.
  9. ^ Alan, Serkan (28 January 2023). "Kemal Kılıçdaroğlu 'baba ocağı'nda: Seyyid Mahmud Hayrani Türbesi'ni ziyaret". Gazete Duvar. Dicapai pada 16 May 2023.
  10. ^ Cebecioglu, Ethem. "Mahmûd-ı Hayrânî". TDV İslâm Ansiklopedisi. Dicapai pada 16 May 2023.
  11. ^ Party Leader Biography Diarkibkan 2011-01-04 di Wayback Machine, chp.org.tr, diakses pada 11 Januari 2011.
  12. ^ Party Leader Biography Diarkibkan 2011-01-04 di Wayback Machine, chp.org.tr retrieved 02 February 2012.
  13. ^ "Salinan arsip". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-02-14. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ https://www.hurriyet.com.tr

Pranala luar sunting


Jawatan parti politik
Didahului oleh
Deniz Baykal
Pemimpin Parti Rakyat Republik
2010–sekarang
Pemegang jawatan kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Deniz Baykal
Ketua Pembangkang Utama Turki
2010–sekarang
Pemegang jawatan kini