Kemalangan kereta api Castelldefels 2010

Kemalangan kereta api Castelldefels 2010 berlaku pada 23 Jun 2010 apabila sebuah kereta api penumpang melanggar beberapa orang yang sedang melintasi landasan di stesen kereta api Platja de Castelldefels, selatan Barcelona, Sepanyol. 12 orang imigran warga Ecuador (5), Bolivia (2) dan Colombia (2) terbunuh dan 14 cedera.[1] Barcedlona adalah ibu negeri Catalonia.

Kemalangan kereta api Castelldefels
Kereta api RENFE Class 490
Kemalangan kereta api Castelldefels 2010 is located in Bumi
Kemalangan kereta api Castelldefels 2010
Kemalangan kereta api Castelldefels 2010 (Bumi)
Map
Butiran
Tarikh23 Jun 2010
23:23 CEST (UTC+2)
Koordinat41°16′1.2″N 1°57′25.56″E Sunting ini di Wikidata
LokasiStesen kereta api
Platja de Castelldefels
NegaraSepanyol
Laluan/landasanRodalies Barcelona line 2
PengendaliRENFE
Jenis insidenPelanggaran dengan orang
di atas landasan
Perangkaan
Kereta api1
Meninggal dunia12
Tercedera14
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ini adalah kemalangan terburuk selepas pertembungan kereta api penumpang dan kereta api barang di Chinchilla de Monte-Aragón pada bulan Jun 2003 yang mengorbankan 19 orang dan mencederakan 38 orang.[2]

Kemalangan sunting

Mangsa yang terbunuh ketika hendak ke pantai untuk merayakan St John Eve, perayaan besar di Catalonia seperti di negara-negara Laut Mediterranean yang lain. Pantai itu terletak di tepian Laut Mediterranean. Menteri Pengangkutan Sepanyol menganggarkan bahawa ada 800 penumpang di stesen itu. Kereta api itu lajunya hanya 87 mph dan pemandu negatif alkohol.[3]

Sambutan perayaan Noche de San Juan atau malam St. John disambut setiap 23 Jun selepas musim panas. Mereka menari di pantai, minum bir , barbique dan bunga api.

Rujukan sunting

  1. ^ "Confusión hasta última hora sobre el número de muertos en Castelldefels". El País (dalam bahasa Sepanyol). 27 Jun 2010..
  2. ^ "12 killed as train slams into festival goers". Australian Broadcasting Corporation. 2010-06-24..
  3. ^ Spain blames victims in train crash that killed 13 AP