Kemalangan perahu naga Pulau Pinang 2010

Kemalangan bot naga Pulau Pinang 2010 ialah insiden yang berlaku di Pulau Pinang, Malaysia pada hari Ahad, 17 Januari 2010. Pasukan pendayung perahu naga dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling, Air Itam menjalani latihan mendayung bagi menghadapi Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang 2010. Perahu naga telah dipukul ombak selepas 45 minit berlepas dari pantai . Latihan mingguan itu diadakan di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum bermula jam 8.45 pagi. Setelah dipukul ombak kira 100 meter dari pantai, bot itu terlanggar sebuah tongkang di kawasan perairan itu sebelum terbalik dan semua terjatuh ke dalam air.

Kemalangan perahu naga Pulau Pinang 2010
Selat Pulau Pinang, lokasi tragedi
Nama asal 钟灵龙舟翻覆
Tarikh17 Januari 2010 (2010-01-17)
Masa9:00 pagi (WPM)
TempatSelat Pulau Pinang
LokasiGeorgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Koordinat5°24′28″N 100°20′46″E / 5.40778°N 100.34611°E / 5.40778; 100.34611Koordinat: 5°24′28″N 100°20′46″E / 5.40778°N 100.34611°E / 5.40778; 100.34611
JenisKemalangan perahu naga
PenyebabArus deras kuat yang mengakibatkan perlanggaran
BelanjawanRM 84 juta diperuntukkan untuk operasi menyelamat
Hadirin15 pelajar
2 instruktor
1 guru[1]
100 person involved in rescue operation
Kematian6
Kecederaan12
Pengebumian19 Januari 2010
Laman sesawang
Official Facebook
Official Twitter
Kemalangan perahu naga Pulau Pinang 2010
Cina Ringkas: 钟灵龙舟翻覆
Cina Tradisional: 鐘靈龍舟翻覆

Pasukan itu terdiri daripada 18 orang iaitu seorang guru (Chin Ai Fang), dua jurulatih dan 15 pelajar.[2]

Setakat ini pelajar bernama Jason Ch'ng (17) dan seorang guru Chin Ai Fang (20) telah ditemui mati lemas. Pelajar Brandon Yeoh (17), Yong Xiang (16), Koh Yiz Hiang (17), dan Cheah Zi Jun (17) masih belum ditemui. Mayat Jason Ch'ng ditemui jam 2.45 petang. Daripada lima yang hilang itu, hanya 2 orang dilapor memakai jaket keselamatan.

Pasukan Mencari dan Menyelamat, Timbalan Penguasa Bomba Pulau Pinang , Skein Citbanchong menyatakan usaha mencari diteruskan. [3] Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob menyatakan kemalangan berlaku pada jam 10.20 pagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang, Mohd Razam Tajarahim menyatakan bahawa operasi mencari dan menyelamat unit scuba dari jabatan itu pada 7.00 malam akibat cuaca gelap.Unit scuba Kedah turut membantu. Setakat ini 8 buah bot beroperasi mencari.60 anggota pasukan keselamatan laut dan udara terlibat.[4]

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong mahu pihak sekolah mengutamakan keselamatan ketika menjalani aktiviti kokurikulum.Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.[5] Pada 18 Januari 2010, empat mayat lagi ditemui. Mereka ialah Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17 tahun.Mayat Brandon Yeoh, 17, ditemui dekat Tanjung Marina, Pulau Pinang satu kilometer dari tempat kejadian, pada 12 tengahari .Mayat pendayung perahu naga SMK Chung Ling Air Itam itu, Goh Yi Zhang, 15, ditemui di kawasan yang sama.[6]

Peserta sunting

12 pelajar terselamat setelah sempat berenang dan dibantu oleh beberapa bot di kawasan berhampiran.

  1. Kuah Zi Xu, 17

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Teacher and student drown, four missing after dragon boat mishap". The Star. 2010-01-18. Dicapai pada 2020-08-07.
  2. ^ Guru Dan Pelajar Lemas, Empat Lagi Masih Hilang Bot Perahu Naga Terbalik
  3. ^ "Kami Semua Panik Apabila Bot Terbalik," Kata Mangsa
  4. ^ Operasi Mencari Dan Menyelamat Bot Terbalik Ditangguh
  5. ^ Kementerian Pelajaran Arah Sekolah Tingkat Keselamatan Aktiviti Luar
  6. ^ Semua 6 mayat mangsa perahu terbalik ditemui