Kemangkatan dan pemakaman Raja Bhumibol Adulyadej

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Thailand Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej telah mangkat pada usia 88 tahun tanggal 13 Oktober 2016 setelah jatuh gering sekian lama.[1] Selepas itu, perkabungan satu tahun telah diumumkan. Upacara pemakaman layon baginda akan berlangsung selama lima hari pada 25 hingga 29 Oktober 2017, dengan acara kemuncak pengabuan (pembakaran jasad) yang sebenar pada 26 Oktober 2017.[2][3] Berikutan upacara pembakaran, abuan baginda akan diangkat tiba ke Istana Perama dan akan disemadikan di salah sebuah kuil Buddha milik istana.[4]

Kemangkatan dan pemakaman Raja Bhumibol Adulyadej
Pengumuman Biro Kerabat Diraja mengenai kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober 2016
Tarikh13 Oktober 2016 (kemangkatan)
26 Oktober 2017 (pemakaman)
LokasiDewan Dusit Maha Prasat, Istana Perama, Bangkok
HadirinKerabat Diraja Thai

Kegeringan dan kemangkatan sunting

Raja Bhumibol Adulyadej telah menerima rawatan di Hospital Siriraj sejak 3 Oktober 2014.[5] Raja Bhumibol menghidap demam panas disebabkan oleh jangkitan darah. Kesihatan baginda telah beransur pulih setelah doktor baginda memberikannya antibiotik.[6] Hingga 28 September 2016, baginda mengalami demam gred rendah dan pneumonitis. Kemudian, doktornya merawat baginda dengan antibiotik dan hemodialisis kerana hipotensi. Kesihatan baginda kemudian merusut disebabkan jangkitan hati dan keadaan baginda tetap tidak stabil.[7]

Raja Bhumibol mangkat di hospital pada 13 Oktober 2016 jam 15:52 waktu tempatan, seperti yang diumumkan oleh Biro Kerabat Diraja kemudian pada jam 6:45 petang, kurang 3 jam selepas kemangkatan berlaku.[8][9][10] Terjemahan tidak rasmi adalah seperti berikut:

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej telah dirawat di Hospital Siriraj sejak hari Jumaat, 3 Oktober Saka Buddha 2557 [2014] yang mana keadaan baginda diumumkan oleh Biro Kerabat Diraja secara berkala.

Walaupun usaha yang terbaik telah diberikan oleh Pasukan Perubatan Diraja, namun keadaan kesihatan Baginda tidak pulih seperti sediakala dan terus merosot. Pada hari Khamis, 13 Oktober Saka Buddha 2559 [2016 M], jam 3:52 petang, Baginda Raja telah diisytiharkan mangkat di Hospital Siriraj pada tahun hayat Baginda ke-89 dan tahun pemerintahan ke-70"

Biro Kerabat Diraja - 13 Oktober Budasaka 2559 [2016 M]

Perkabungan dan istiadat penghormatan sunting

 
Bendera Thai dikibar separuh tiang di bangunan kementerian pertahanan pada 28 Oktober 2016

Pada 14 Oktober 2016, jasad atau layon mendiang raja berangkat dalam sebuah van dari Hospital Siriraj ke Istana Perama.[11] Layon baginda berangkat meninggalkan Pintu 8 hospital sekitar pukul 16:30. Sementara perarakan mayat mendiang baginda melalui Jalan Arun Ammarin, Jambatan Phra Pin Klao dan Jalan Ratchadamnoen, ramai orang Thai, kebanyakannya berpakaian serba hitam dan kebanyakan mereka bersedih tersedu-sedan terbuka, memberi penghormatan. Diketuai oleh Somdej Phra Vanarata (Chun Brahmagutto), ketua sami Wat Bowonniwet Vihara, van yang membawa mendiang raja memasuki istana melalui Pagar Thewaphirom. Pada keberangkatan tiba di istana, layon baginda mendiang raja disiram dalam upacara diketuai oleh putera mendiang raja, Raja Vajiralongkorn. Peristiwa ini disiar secara langsung ke udara di MCOT.[12][13]

Kerajaan mengisytiharkan tempoh berkabung setahun untuk Bhumibol. Rakyat diminta supaya tidak mengadakan atau menyertai "acara meriah" dan hiburan selama 30 hari selepas kemangkatan baginda. Oleh itu, banyak acara termasuk temasya sukan telah dibatalkan atau ditunda (seperti musim bola sepak Liga Thai yang ditamatkan sepenuhnya).[14] Pusat hiburan seperti pawagam, kelab malam dan teater tutup atau memotong waktu operasi pada tempoh berkabung.[15][16][17] Ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan industri pelancongan Thailand yang berasa bahawa suasana negara dan pembatalan acara-acara akan mengurangkan minat untuk melawat Thailand.[16]

Sebaik sahaja diumumkan kemangkatan baginda, semua stesen TV menggantung siaran biasa untuk menayangkan rancangan istimewa daripada khidmat gabungan televisyen (Television Pool of Thailand) yang terdiri daripada filem, video dan foto hitam putih Bhumibol serta liputan acara diraja. Saluran antarabangsa tidak dikecualikan. Selepas perarakan layon baginda raja pada 14 Oktober 2016, saluran TV terus menayangkan siaran penghormatan sehingga tengah malam, kemudian dibenarkan bersiaran biasa. Akan tetapi sepanjang 30 hari pertama berkabung, semua saluran dilarang menayangkan rancangan yang bercirikan "sebarang unsur hiburan, menari, keriangan, keganasan, kebiadaban atau luahan perasaan yang berlebihan", mahupun sebarang maklumat tidak rasmi, spekulasi atau kritikan yang berkaitan dengan mendiang raja mahupun pewaris takhta. Kebanyakan penggiat media dan laman web tempatan memakai rupa hitam putih.[18][19]

Orang awam dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam upacara persiraman yang simbolik di hadapan potret mendiang raja baginda di Balai Sahathai Samakhom di dalam Istana Perama kemudian pada hari itu.[20]

Para orang kenamaan asing yang memberi penghormatan terakhir:

Negara Gelaran Orang Kenamaan Tarikh
  Bhutan Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck 16 Oktober 2016[21]
Permaisuri Bhutan Permaisuri Jetsun Pema
  Bahrain Perdana Menteri Khalifa bin Salman Al Khalifa 18 Oktober 2016[22]
  Singapura Perdana Menteri Lee Hsien Loong[23] 21 Oktober 2016
  Maldives Utusan Khas Presiden Mohamed Saeed[24]
  Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak [25] 22 Oktober 2016
  Kemboja Perdana Menteri Hun Sen [26]
Timbalan Perdana Menteri Tea Banh [perlu rujukan]
  Republik Rakyat China Utusan Khas Presiden Li Yuanchao [27]
  Laos Perdana Menteri Thongloun Sisoulith [28] 24 Oktober 2016
  Singapura Presiden Tony Tan[29]
  Indonesia Presiden Joko Widodo [30] 25 Oktober 2016
  Gambia Utusan Khas Presiden Bala Garba Jahumpa [perlu rujukan]
  Malaysia Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 28 Oktober 2016[31]
  Vietnam Perdana Menteri Nguyễn Xuân Phúc 28 Oktober 2016[32]
  Sri Lanka Presiden Maithripala Sirisena 30 Oktober 2016[33]
  Lesotho Raja Lesotho Raja Letsie III 2 November 2016[34]
  Myanmar Presiden Htin Kyaw [35] 9 November 2016
  Filipina Presiden Rodrigo Duterte [36]
  Belgium Utusan Khas Raja Nicolas Nihon
  India Perdana Menteri Narendra Modi 10 November 2016[37]
  Bangladesh Utusan Khas Presiden Tarana Halim [38] 15 November 2016
  Tonga Putera Mahkota Tonga Putera Tupoutoʻa ʻUlukalala
  Timor Leste Utusan Khas Presiden Hernâni Coelho 16 November 2016[perlu rujukan]
  Rusia Utusan Khas Presiden Andrey Klishas 30 November 2016
  Bhutan Nenda Permaisuri Bhutan Nenda Permaisuri Kesang Choden 20 Disember 2016
Puteri Bhutan Puteri Pema Lhaden
  Jepun Maharaja Jepun Maharaja Akihito 5 Mac 2017[39]
Maharani Jepun Maharani Michiko
  Bahrain Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa 5 Mei 2017
    Nepal Presiden Bidhya Devi Bhandari 12 Mei 2017
  Lithuania Presiden Dalia Grybauskaitė 14 Mei 2017
  Chile Utusan Khas Presiden Eduardo Frei Ruiz-Tagle 1 Jun 2017
  New Zealand Utusan Khas Kerajaan Todd McClay 24 Julai 2017
  Australia Utusan Khas Perdana Menteri Julie Bishop 3 Ogos 2017
  Hong Kong Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam 4 Ogos 2017
  Tonga Raja Tonga Tupou VI 27 September 2017
Ratu Tonga Nanasipauʻu Tukuʻaho

Upacara sembahyang khas seluruh negara di semua tokong Buddha bersama dengan satu upacara peringatan hari ke-100 umum telah diadakan untuk menandakan tanda 100 hari semenjak kemangkatan mendiang baginda pada 20 Januari 2017 bersama DYMM Raja Vajiralongkorn mengetuai upacara kebangsaan ini.[40]

Pada 28 Februari 2017, satu istiadat "Kong Tek" (berpahala) Diraja khas telah diadakan, diketuai oleh DYMM Raja Vajiralongkorn di Balairung Seri Dusit Maha Prasat dan telah dipimpin oleh para sami dari masyarakat Buddha Cina Thai di kawasan Bangkok. Upacara sembahyang ini selaras dengan upacara dan adat resam Buddha Cina berhubung dengan mendiang baginda raja. Istiadat Kong Tek ini ialah istiadat agama Buddha yang unik kepada orang Cina. Dalam istiadat ini, mendiang raja, bersama dengan barang-barang peribadi dan persalinan baginda, telah dipindahkan mengikut adat istiadat ke kehidupan seterusnya, dengan doa sembahyang dan dikir Buddha yang khas yand dinyanyikan oleh para sami Buddha. Istiadat ini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana ini merupakan kali pertama upacara sebegini diadakan untuk mana-mana ahli kerabat diraja Thai dalam kapasiti yang rasmi. [41]

Persemadian sunting

 
Pancaka Diraja dalam pembinaan seperti yang ditangkap pada 27 April 2017.

Dataran awam Sanam Luang digunakan sebagai tempat persemadian di mana dibinanya sebuah kompleks pancaka sementara "Meru Emas Wara" (พระเมรุมาศ Phra Merumat) yang menelan masa kira-kira satu tahun[42] dan satu bilion baht hasil kutipan cukai.[43] Kompleks tersebut dirobohkan selepas persemadian selesai.[44]

Reka bentuk kompleks pancaka diumumkan secara rasmi pada 28 Oktober, dan sebuah upacara istimewa diadakan pada 19 Disember untuk kenderaan rata pemakaman diraja.[45][46][47] Kerja pembinaan kompleks bermula pada 27 Februari 2017 dan siap pada bulan September.[48][49] Inilah pancaka yang paling besar dibina semenjak upacara pemakaman Raja Rama V (Chulalongkorn) pada 1911. Upacara diadakan di bahagian utara Dataran Diraja Sanam Luang, tidak seperti dahulu yang diadakan di bahagian selatan.[50]

Kerja pengemasan pedati dan tandu pada April 2017 di Muzium Negara Bangkok untuk perarakan pemakaman pada Oktober 2017.

Pada 19 November, Ketua Jabatan Seni Halus Kementerian Kebudayaan Anant Chuchote mengunjungi Nakhon Pathom di mana dibuatnya tajau persemadian daripada kayu cendana lama semenjak purba kala. Beliau meminta orang awam untuk memberikan sokongan dan bantuan untuk pembuatan tajau diraja di samping 150 orang tukang dari Pejabat Seni Tradisional.[51] Pada Januari 2017, jabatan tersebut mengeluarkan iklan mencari tenaga kerja untuk penyelenggaraan di kompleks pancaka diraja Sanam Luang.[52]

Sekitar 12 Februari 2017, astaka kerajaan dan rumah sembahyang sedang dibina sementara Tentera Diraja Thai mula membuat pedati meriam diraja baharu untuk upacara persemadian, siap pada April 2017 untuk dihantar ke Jabatan Seni Halus Kementerian Kebudayaan.[53] Reka bentuk binaan pancaka menggabungkan unsur-unsur seni dan kaedah pembinaan tradisional dan moden.[54]

Proses pembinaan pancaka diraja bermula dengan upacara perasmian pada waktu pagi 27 Februari 2017 di Dataran Sanam Luang yang dihadiri oleh Perdana Menteri Thailand Jen (B) Prayut Chan-o-cha. Pada masa yang tepat, alang waja tengah pancaka diangkat masuk ke dalam tapak dengan kren setelah direstui dengan upacara agama Buddha.[55]

Pada 1 April, kawasan pancaka menyaksikan kerja pembinaan yang lebih cepat daripada biasa bagi persemadian diraja kerana semua binaan sudah mencapai tahap tengah-tengah jalan pembinaan lebih awal daripada dijangka. Jabatan Seni Halus juga ditugaskan untuk melakukan pengubahsuaian reka bentuk tajau diraja besar untuk kegunaan upacara dan dijangka memilih tarikh dalam bukan Oktober untuk acara persemadian.[56][57] Pedati meriam berdasarkan pedati seumpamanya yang digunakan dalam permakaman British, siap pada akhir bulan April dan disampaikan ke JSH supaya kerja penghiasan boleh bermula tepat pada masa sempena upacara persemadian kelak.[58]

 
Pancaka Diraja yang hampir siap seperti yang ditangkap pada 9 Oktober 2017.

Upacara persemadian diraja diadakan di Dataran Sanam Luang pada 26 Oktober 2017, 13 hari selepas ulang tahun pertama kemangkatan baginda. Pada hari itu, sama seperti di upacara persemadian kerajaan sejak 1995, sebuah persembahan Khon diadakan di perkarangan dataran atas anjuran Yayasan Pemupukan Pekerjaan Tambahan dan Teknik-Teknik Berkaitan DYMM Ratu Sirikit dari Thailand (SUPPORT) dan Institut Bunditphatthanasilpa.[59] Atas sebab betapa pentingnya upacara ini, latihan raptai rasmi bermula seawal 15-16 May dengan dipimpin oleh Divisi Kelengkapan Tentera Diraja Thai dengan dua buah kenderaan tentera untuk menduga perarakan pedati besar di wilayah Saraburi.[60]

Akhbar bahasa Inggeris tempatan The Nation mewartakan pada 11 Mei bahawa pancaka diraja dan astaka biarawan sudah hampir sedia untuk siap awal, yang paling cepat setakat ini bagi persemadian diraja pada zaman moden, sementara kerja memasang siap perhiasan untuk pancaka berada di tahap akhir.[61]

Setakat 24 September lebih 5,500 orang bersukarela untuk berkhidmat pada hari persemadian.[62] Untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai, sesetengah ibu wilayah Thai telah membina pancaka replika untuk mereka yang tidak dapat ke Bangkok untuk memberikan penghormatan terakhir pada hari persemadian[63]. Di Bangkok pula, rakyat mahupun pelancong yang hendak menziarahi acara persemadian boleh mengambil perkhidmatan percuma MRT Bangkok, BTS Skytrain, BRT Bangkok serta feri awam di Khlong Phadung Krung Kasem (Hua Lamphong-Pasar Thewarat) dan Khlong Pasicharoen (Phetchkasem 69-Pratunam Pasicharoen). [64] Kementerian Kesihatan Awam menghantar ramai kakitangan perubatan untuk berkhidmat sewaktu acara persemadian.[65]

Garis masa persemadian dan acara-acara berkaitan sunting

  • 15 Mei higga 29 September - raptai untuk pembawa pedati, pemandu dan pemegang tali di Saraburi dan kemudian di Bangkok
  • 23 May - Upacara berpahala pertama di Dataran Diraja, Bangkok
  • 9 Jun - Upacara berpahala kedua di Dataran Diraja, Bangkok
  • 22 Ogos - Upacara berpahala ketiga di Dataran Diraja, Bangkok
  • 21 September - Upacara pentakdisan kebangsaan bagi pedati pemakaman diraja di Muzium Negara Bangkok[66]
  • 5 Oktober- Hari akhir lawatan umum ke Tajau dan Keranda Diraja di Dewan Singgahsana Dusit Maha Phasat, Istana Perama, Bangkok[67]
  • 7 Oktober - Raptai umum pertama bagi perarakan permakaman di Bangkok (dari Istana Besar ke Dataran Diraja Sanam Luang)
  • 13 Oktober - Majlis memperingati ulang tahun pertama kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
  • 15 Oktober - Raptai umum kedua bagi perarakan permakaman di Bangkok
  • 21 Oktober - Raptai umum ketiga bagi perarakan permakaman di Bangkok
  • 25 Oktober
    • 18:00 (UTC+07:00): Upacara berjaga malam terakhir ke hadapan Tajau dan Keranda Diraja di Dewan Singgahsana Dusit Maha Phasat, Istana Perama, Bangkok[68]
  • 26 Oktober - Upacara Persemadian
    • 07:00: Sembahyang pagi dan upacara keberangkatan Tajau dan Keranda Diraja disusuli sarapan
    • 09:00 - 11:30: Perarakan permakaman dari Dewan Singgahsana Dusit Maha Phasat ke Pancaka Diraja di Dataran Diraja Sanam Luang
    • 16:45: Upacara memperingati waktu petang
    • 17:30: Upacara penyalaan pancaka dan penghormatan terakhir oleh Batalion Ketiga, Regimen Infrantri Pertama Pengawal Peribadi Baginda dan Batalion Artileri Pertama, Pengawal Raja bagi pihak Angkatan Bersenjata Diraja Thai[69]
    • 22:00: Upacara pembakaran layon serta persembahan Khon, boneka dan konsert muzikal di luar[70][71]
  • 27 Oktober: Hari pengalihan abuan diraja
    • 07:00: Pengalihan abuan layon dari pancaka disusuli sembahyang sarapan
    • 10:00: Perarakan diraja untuk memindahkan abu dan tinggalan diraja ke Dewan Singgahsana Dusit Maha Phasat, Istana Diraja
    • 28 Oktober
      • 17:30: Majlis terakhir di hadapan abu dan tinggalan diraja serta kenduri
    • 29 Oktober
      • 10:00: Majlis keberangkatan dan perarakan tinggalan diraja
      • 10:35: Upacara menyimpan tinggalan di raja di Dewan Singgahsana Chakri Maha Prasat, Istana Perama
      • 16:00: Majlis keberangkatan abu diraja
      • 17:40: Upacara menyimpan tinggalan di raja di Tanah Permakaman Diraja Wat Ratchabophit disusuli perarakan ke Kuil Diraja Wat Bowonniwet Vihara serta majlis peringatan terakhir

Rujukan sunting

  1. ^ "Raja Thailand Bhumibol Adulyadej mangkat setelah gering sejak lama". Astro Awani. 13 Oktober 2016.
  2. ^ "Upacara pembakaran jasad Raja Bhumibol ditetapkan 26 Oktober". Astro Awani. 17 April 2016.
  3. ^ "Thailand's King Bhumibol Adulyadej dead at 88". BBC News. 13 Oktober 2016.
  4. ^ "Thai Royal Burial Sites".
  5. ^ "Siriraj Hospital plans statue, museum for the King". Bangkok Post. 20 Okt 2016. Dicapai pada 16 November 2016.
  6. ^ Tanakasempipat, Patpicha; Thepgumpanat, Panarat (16 February 2016). "Thai king recovers from infection, fever still high – palace statement". Reuters. Dicapai pada 16 November 2016.
  7. ^ Paddock, Richard C. (12 Oktober 2016). "Worries Over King Bhumibol Adulyadej's Health Shake Thailand". The New York Times. Dicapai pada 16 November 2016.
  8. ^ "Thailand's King Bhumibol Adulyadej dies, aged 88". The Straits Times. Dicapai pada 13 Oktober 2016.
  9. ^ "Beloved Thai king dies after long illness: palace". Dicapai pada 13 Oktober 2016.
  10. ^ "Raja Bhumibol Adulyadej mangkat". 14 Oktober 2016.
  11. ^ "Upacara penghormatan terakhir Raja Bhumibol di Istana Besar esok". BH Online. 14 Oktober 2016. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  12. ^ "Thousands line the streets of Bangkok as a convoy returns Thailand's king to his Grand Palace and the crown prince presides over the bathing of his body in a traditional Buddhist funeral rite". Daily Mail. 14 Oktober 2016. Dicapai pada 16 Oktober 2016.
  13. ^ "Thousands flock to cortege". Bangkok Post. 15 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  14. ^ "Kirins bag title as league ties are cancelled". Bangkok Post. Dicapai pada 15 October 2016.
  15. ^ "WHAT'S CANCELED, CLOSED AND OPEN IN BANGKOK DURING MOURNING PERIOD". Khaosod English. Dicapai pada 15 October 2016.
  16. ^ a b "Drinking, Partying Off Limits in Thailand as Death of King Hits Tourism". Bloomberg. Dicapai pada 15 October 2016.
  17. ^ "Thai king death: Thousands mourn at royal palace". BBC News. Dicapai pada 15 October 2016.
  18. ^ "All TV channels carry monochrome broadcasts". Bangkok Post. Dicapai pada 15 October 2016.
  19. ^ "TV, radio programmes to resume, with restrictions". Bangkok Post. Dicapai pada 15 October 2016.
  20. ^ Fredrickson, Terry (14 Oktober 2016). "Huge crowds for procession, bathing ceremony (Updated)". Bangkok Post.
  21. ^ "Bhutanese royals pay respects to King". Bangkok Post. 16 Oktober 2016. Dicapai pada 18 Oktober 2016.
  22. ^ "Bahraini PM pays respects to late king". Bangkok Post. 19 Oktober 2016. Dicapai pada 22 Oktober 2016.
  23. ^ "PM Lee Hsien Loong pays respects to late Thai King Bhumibol Adulyadej in Bangkok". Straits Times. 21 Oktober 2016. Dicapai pada 22 Oktober 2016.
  24. ^ "Special Envoy of the President departs to Thailand to pay respect to the Late King". The President Office. 20 Oktober 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-29. Dicapai pada 22 Oktober 2016.
  25. ^ "Death of King Bhumibol felt by all in Southeast Asia, says Najib". New Straits Times. 22 Oktober 2016. Dicapai pada 22 Oktober 2016.
  26. ^ "Najib, Hun Sen, Chinese vice president pay respects". Bangkok Post. 22 Oktober 2016. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  27. ^ "Special envoy of Chinese president pays respects to late Thai King". Global Times. 23 Oktober 2016. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
  28. ^ "ปธน.สิงคโปร์-นายกฯลาว วางพวงมาลาถวายสักการะพระบรมศพ". The Straits Times. 24 Oktober 2016. Dicapai pada 2 November 2016.
  29. ^ "President Tony Tan pays respects to late Thai King Bhumibol Adulyadej in Bangkok". The Straits Times. 24 Oktober 2016. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  30. ^ "Jokowi pays respects to King". Bangkok Post. 25 Oktober 2016. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  31. ^ "Global leaders to pay respects in person to departed King". The Nation. 21 Oktober 2016. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  32. ^ "Viet Nam pays homage to Thai King". Viet Nam News. 29 Oktober 2016. Dicapai pada 2 November 2016.
  33. ^ "President pays last respects to the late king of Thailand". The Official website of the President. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-04. Dicapai pada 2 November 2016.
  34. ^ "กษัตริย์เลโซโท เสด็จฯ มาถวายราชสักการะพระบรมศพ". Komchadluek. 2 November 2016. Dicapai pada 2 November 2016.
  35. ^ "ผู้นำหลายประเทศวางพวงมาลาถวายสักการะพระบรมศพ". Matichon. 9 November 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
  36. ^ "Duterte pays respects to King". Bangkok Post. 9 November 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
  37. ^ "PM Narendra Modi Makes Stopover In Thailand To Pay Respects To Late King". NDTV. 10 November 2016. Dicapai pada 10 November 2016.
  38. ^ "รัฐมนตรีช่วยว่าการกระทรวงไปรษณีย์ โทรคมนาคม และเทคโนโลยีสารสนเทศแห่งสาธารณรัฐประชาชนบังกลาเทศ วางพวงมาลาถวายราชสักการะพระบรมศพพระบาทสมเด็จพระปรมินทรมหาภูมิพลอดุลยเดช". The Government Public Relations Department. 2016-11-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-23. Dicapai pada 2016-11-16.
  39. ^ "Japan's Emperor, Empress to visit Thailand". Bangkok Post. 11 Januari 2016. Dicapai pada 19 Januari 2016.
  40. ^ http://www.nationmultimedia.com/news/kingdomgrieves/30304569
  41. ^ https://www.youtube.com/watch?v=E2h-yM50xj8
  42. ^ "Kǭthǭmǭ long prap phư̄nthī sanām lūang trīam kānkǭsāng phramērumāt chūang ton pī nā" กทม. ลงปรับพื้นที่สนามหลวง เตรียมการก่อสร้างพระเมรุมาศช่วงต้นปีหน้า [Bangkok Metropolitan Administration visits Sanam Luang for location adjustment in preparation for building of royal crematorium early next year]. Coconuts Krungthep (dalam bahasa Thai). Bangkok. 3 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-04. Dicapai pada 3 November 2016. Invalid |script-title=: missing prefix (bantuan)
  43. ^ "ครม. อนุมัติ งบกลางปี 60 หนึ่งพันล้านบาท เพื่อพระราชพิธีพระบรมศพ". BBC Thailand (dalam bahasa Thai). BBC. 2016-11-30. Dicapai pada 2016-11-30.
  44. ^ "ความรู้เกี่ยวกับ พระเมรุมาศ ชิ้นส่วนพระเมรุมาศหลังการรื้อถอน". Campus-star.com (dalam bahasa Thai). Bangkok: Campus Star.
  45. ^ "Royal Crematorium Design Unveiled (PHOTOS)". 28 November 2016. Dicapai pada 1 October 2017.
  46. ^ Limited, Bangkok Post Public Company. "Bangkok Post". www.bangkokpost.com. Dicapai pada 1 October 2017.
  47. ^ NBT WORLD (20 December 2016). "Renovation begins on royal carriages and palanquins". Dicapai pada 1 October 2017 – melalui YouTube.
  48. ^ "Huge event planned to mark monarch's birthday on Dec 5 - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  49. ^ "Royal crematorium to symbolise Mount Sumeru - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  50. ^ "Royal crematorium highest for 100 years - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  51. ^ Limited, Bangkok Post Public Company. "Bangkok Post". www.bangkokpost.com. Dicapai pada 1 October 2017.
  52. ^ Limited, Bangkok Post Public Company. "Bangkok Post". www.bangkokpost.com. Dicapai pada 1 October 2017.
  53. ^ "Construction of new royal crematorium goes forward - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  54. ^ Limited, Bangkok Post Public Company. "Bangkok Post". www.bangkokpost.com. Dicapai pada 1 October 2017.
  55. ^ Thaitv6 (27 February 2017). "นายกฯ เป็นประธานในพิธีบวงสรวงการก่อสร้างและยกเสาเอกพระเมรุมาศ". Dicapai pada 1 October 2017 – melalui YouTube.
  56. ^ "Royal Crematorium Rises Over Sanam Luang (Photos)". 31 March 2017. Dicapai pada 1 October 2017.
  57. ^ Limited, Bangkok Post Public Company. "Bangkok Post". www.bangkokpost.com. Dicapai pada 1 October 2017.
  58. ^ "Royal funeral chariots transferred to Fine Arts Department - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  59. ^ "Khon performances to be staged at King Rama IX's royal cremation ceremony - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  60. ^ Mail, Pattaya (16 May 2017). "Ordnance Division begins marching rehearsal of chariot bearing royal urn - Pattaya Mail". Dicapai pada 1 October 2017.
  61. ^ "Thailand prepares for farewell to beloved King Bhumibol Adulyadej - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  62. ^ Limited, Bangkok Post Public Company. "Large crowds volunteer to help with royal cremation". Dicapai pada 1 October 2017.
  63. ^ "Provinces Rush to Finish Replica Crematoriums For Royal Funeral (Photos)". 25 September 2017. Dicapai pada 1 October 2017.
  64. ^ "Free Bangkok transit rides for Royal cremation period - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  65. ^ "Medical teams on standby for Royal Funeral - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  66. ^ "Chariots, palanquins ready on time for Royal Cremation - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.
  67. ^ "Deadline to pay respect to the late King extended to October 5 - Thai PBS English News". 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-28. Dicapai pada 1 October 2017.
  68. ^ Empty citation (bantuan)
  69. ^ "Royal Urn and Coffin reflect centuries of tradition - The Nation". Dicapai pada 2 October 2017.
  70. ^ "Thousands of artists to perform at late King Bhumibol's royal cremation". 8 June 2017. Dicapai pada 1 October 2017.
  71. ^ "1,000 artists set to perform on Royal cremation day - The Nation". Dicapai pada 1 October 2017.

Bacaan lanjut sunting


Templat:Sejarah Thailand sejak 1973