Kematian Benito Mussolini

Kematian Benito Mussolini, diktator fasis Itali yang digulingkan, berlaku pada 28 April 1945, pada hari-hari terakhir Perang Dunia II di Eropah, semasa beliau telah dihukum mati oleh seorang partisan Itali di kampung kecil Giulino di Mezzegra di utara Itali. Versi kejadian yang diterima umum adalah Mussolini telah ditembak oleh Walter Audisio, seorang partisan komunis. Namun, sejak berakhirnya perang, keadaan kematian Mussolini, dan identiti pembunuhnya, menjadi subjek kekeliruan, pertikaian dan kontroversi yang berpanjangan di Itali.

Mussolini dan algojonya
Benito Mussolini (1883 – 1945)
Walter Audisio, partisan Itali yang dipercayai telah menembaknya. Fotograf diambil pada 1963.

Pada tahun 1940, Mussolini membawa negaranya kedalam Perang Dunia II di sebelah pihak Jerman Nazi tetapi kelak bertarung dengan kegagalan tentera. Menjelang musim gugur 1943, beliau diturunkan menjadi pemimpin sebuah negara boneka Jerman di utara dan tengah Itali dan berdepan dengan kemaraan Pihak Bersekutu dari selatan dan konflik dalaman yang semakin ganas dengan puak partisan. Pada April 1945, dengan pihak Sekutu menggempur pertahanan terakhir Jerman di utara Itali dan pemberontakan besar partisan yang berlaku di bandar-bandar, keadaan Mussolini tidak dapat dipertahankan. Pada 25 April beliau melarikan diri dari Milan, iaitu tempat tinggalnya, dan cuba melepaskan diri ke sempadan Swiss. Beliau dan perempuan simpanannya, Claretta Petacci, telah ditangkap pada 27 April oleh puak partisan tempatan berhampiran kampung Dongo di Tasik Como. Mussolini dan Petacci telah dihukum mati keesokkan harinya, dua hari sebelum Adolf Hitler membunuh diri.

Mayat Mussolini dan Petacci telah dibawa ke Milan dan dibiarkan di dataran pinggir bandar, iaitu Piazzale Loreto, untuk orang ramai yang sedang marah, memaki hamun dan membuat penderaan fizikal. Mayat mereka kemudian digantung terbalik dari galang besi atas stesen servis di dataran itu. Mayat-mayat tersebut dipukul, ditembak, dan dihentak dengan penukul. Pada mulanya, mayat Mussolini dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda tetapi pada tahun 1946, jenazahnya digali keluar dan dicuri oleh penyokong fasis. Empat bulan kemudian ia ditemui oleh pihak berkuasa yang selepas itu menyembunyikannya selama sebelas tahun. Akhirnya, pada tahun 1957, jenazahnya dibenarkan dikubur di makam bawah gereja keluarga Mussolini di kampung halamannya Predappio. Makamnya telah menjadi tempat ziarah bagi pengikut neo-fasisme dan ulang tahun kematiannya ditandai oleh perhimpunan neo-fasis.

Pada tahun pasca perang, versi "rasmi" kematian Mussolini telah dipersoalkan di Itali (tetapi, secara umum, bukan di peringkat antarabangsa) dalam cara yang sama dibandingkan dengan teori konspirasi pembunuhan John F. Kennedy. Wartawan, ahli politik dan sejarawan, meragui kebenaran cerita Audisio, telah mengemukakan berbagai teori dan spekulasi tentang bagaimana Mussolini mati dan siapa yang bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya 12 individu yang berlainan, pada pelbagai masa, telah mengaku sebagai pembunuhnya. Ini termasuk Luigi Longo dan Sandro Pertini yang kemudiannya menjadi setiausaha agung Parti Komunis Itali dan Presiden Itali. Beberapa penulis percaya bahawa kematian Mussolini adalah sebahagian daripada operasi pasukan khusus British, dengan tujuan untuk mendapatkan kembali "perjanjian rahsia" dan surat menyurat bersama Winston Churchill yang didakwa dibawa oleh Mussolini ketika beliau ditangkap. Namun, penjelasan "rasmi"[note 1], dengan Audisio sebagai algojo Mussolini, tetap menjadi cerita yang paling dipercayai.

Nota sunting

  1. ^ In fact, there has never been a determination by any governmental or judicial authority of a particular version of events. This generally accepted version is often termed the "official version", nevertheless. However, to reflect this lack of governmental or judicial authority, sources on the subject have used the term with quotation marks. See Moseley 2004, halaman 275

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

Buku sunting

  • Audisio, Walter (1975). In nome del popolo italiano. Teti (Italy). ISBN 88-7039-085-3.
  • Bailey, Roderick (2014). Target: Italy: The Secret War Against Mussolini 1940–1943. Faber & Faber. ISBN 978-0-571-29920-1.
  • Baima Bollone, Pierluigi (2005). Le ultime ore di Mussolini. Mondadori (Italy). ISBN 88-04-53487-7.
  • Bandini, Franco (1978). Vita e morte segreta di Mussolini. Mondadori (Italy).
  • Bellini delle Stelle, Pier Luigi; Lazzaro, Urbano (1962). Dongo ultima azione. Mondadori (Italy).
  • Blinkhorn, Martin (2006). Mussolini and Fascist Italy. Routledge. ISBN 978-1-134-85214-7.
  • Bosworth, R. J. B. (2014). Mussolini. Bloomsbury Publishing. ISBN 978-1-84966-444-8.
  • Bullock, Alan (1962) [1952]. Hitler: A Study in Tyranny. Penguin Books. ISBN 978-0-14-013564-0.
  • Cavalleri, Giorgio; dll. (2009). La fine. Gli ultimi giorni di Benito Mussolini nei documenti dei servizi segreti americani (1945–1946). Garzanti (Italy). ISBN 88-11-74092-4.
  • Clark, Martin (2014a). Mussolini. Routledge. ISBN 978-1-317-89840-5.
  • Clark, Martin (2014b). Modern Italy, 1871 to the Present. Routledge. ISBN 978-1-317-86603-9.
  • Di Bella, Maria Pia (2004). "From Future to Past: A Duce's Trajectory". Dalam Borneman, John (penyunting). Death of the Father: An Anthropology of the End in Political Authority. Berghahn Books. m/s. 33–62. ISBN 978-1-57181-111-0.
  • Duggan, Christopher (2008). The Force of Destiny: A History of Italy Since 1796. Houghton Mifflin Harcourt. ISBN 0-618-35367-4.
  • Duggan, Christopher (2013). Fascist Voices: An Intimate History of Mussolini's Italy. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-973078-0.
  • Garibaldi, Luciano (2004). Mussolini: The Secrets of His Death. Enigma. ISBN 978-1-929631-23-0.
  • Goeschel, Christian (2018). Mussolini and Hitler: The Forging of the Fascist Alliance. Yale University Press. ISBN 978-0-300-17883-8.
  • Kershaw, Ian (2001) [2000]. Hitler, 1936–1945: Nemesis. Penguin. ISBN 978-0-14-027239-0.
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.
  • Lazzaro, Urbano (1993). Dongo: mezzo secolo di menzogne. Mondadori. ISBN 88-04-36762-8.
  • Lonati, Bruno Giovanni (1994). Quel 28 aprile. Mussolini e Claretta: la verità. Mursia (Italy). ISBN 88-425-1761-5.
  • Luzzatto, Sergio (2014). The Body of Il Duce: Mussolini's Corpse and the Fortunes of Italy. Henry Holt and Company. ISBN 978-1-4668-8360-4.
  • Morgan, Philip (2008). The Fall of Mussolini: Italy, the Italians, and the Second World War. OUP Oxford. ISBN 978-0-19-157875-5.
  • Moseley, Ray (2004). Mussolini: The Last 600 Days of Il Duce. Taylor Trade Publications. ISBN 978-1-58979-095-7.
  • Neville, Peter (2014). Mussolini. Routledge. ISBN 978-1-317-61304-6.
  • O'Reilly, Charles T. (2001). Forgotten Battles: Italy's War of Liberation, 1943–1945. Lexington Books. ISBN 978-0-7391-0195-7.
  • Payne, Stanley G. (1996). A History of Fascism, 1914–1945. University of Wisconsin Press. ISBN 978-0-299-14873-7.
  • Pisanò, Giorgio (1996). Gli ultimi cinque secondi di Mussolini. Il saggiatore (Italy). ISBN 88-428-0350-2.
  • Quartermaine, Luisa (2000). Mussolini's Last Republic: Propaganda and Politics in the Italian Social Republic (R.S.I.) 1943–45. Intellect Books. ISBN 978-1-902454-08-5.
  • Roncacci, Vittorio (2003). La calma apparente del lago. Como e il Comasco tra guerra e guerra civile 1940–1945. Macchione (Italy). ISBN 88-8340-164-6.
  • Sharp Wells, Anne (2013). Historical Dictionary of World War II: The War in Germany and Italy. Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-7944-7.
  • Shirer, William L. (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-62420-0.
  • Tompkins, Peter (2001). Dalle carte segrete del Duce. Tropea (Italy). ISBN 88-4380-296-8.
  • Trevor-Roper, Hugh R. (1995). The Last Days of Hitler. Palgrave Macmillan. ISBN 978-1-349-14104-3.

Artikel suratkhabar, jurnal dan laman web sunting

  • Audisio, Walter (March 1947). "Missione a Dongo". L'Unità.:
"Missione a Dongo" (PDF). L'Unità. 25 March 1947. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"Missione a Dongo" (PDF). L'Unità. 25 March 1947. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"Solo a Como con 13 partigiani" (PDF). L'Unità. 26 March 1947. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"Solo a Como con 13 partigiani" (PDF). L'Unità. 26 March 1947. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"La corsa verso Dongo" (PDF). L'Unità. 27 March 1947. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"La corsa verso Dongo" (PDF). L'Unità. 27 March 1947. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"La fucilazione del dittatore" (PDF). L'Unità. 28 March 1947. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"La fucilazione del dittatore" (PDF). L'Unità. 28 March 1947. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"Epilogo a Piazzale Loreto" (PDF). L'Unità. 29 March 1947. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.;
"Epilogo a Piazzale Loreto" (PDF). L'Unità. 29 March 1947. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 August 2014. Dicapai pada 6 November 2014.

Pautan luar sunting