Kabinet Malaysia

Badan eksekutif Malaysia

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri (Tulisan Jawi: جماعه منتري) ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.[1][2]

Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.[3]

Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.

Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM10,847.65 sebulan.[4]

Kabinet Malaysia terkini

Rencana utama: Kabinet Malaysia 2020

Kabinet baharu telah diumumkan pada 9 Mac 2020 oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.

Menteri

Berikut merupakan kandungan kabinet pada 10 Mac 2020:[5]

      BERSATU (11)       BN (11)       GPS (4)       PAS (3)       Bebas (2)       PBS (1)

Portfolio Penjawat Parti Kawasan parlimen Penggal mula Penggal tamat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin AP PPBM Pagoh 1 Mac 2020 Penyandang
Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Seri Mohamed Azmin Ali AP PPBM Gombak 10 Mac 2020
Menteri Kanan, Menteri Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob AP BN (UMNO) Bera
Menteri Kanan, Menteri Kerja Raya Dato' Sri Fadillah Yusof AP GPS (PBB) Petra Jaya
Menteri Kanan, Menteri Pendidikan Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin PPBM Senator
Menteri Kewangan Senator Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Bebas Senator
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Mustapa Mohamed AP

(Hal Ehwal Ekonomi)

PPBM Jeli
Dato' Seri Mohd Redzuan Md Yusof AP

(Tugas Khas)

PPBM Alor Gajah
Dato' Takiyuddin Hassan AP

(Parlimen dan Undang-undang)

PAS Kota Bharu
Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(Hal Ehwal Agama)

Bebas Senator
Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili AP

(Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

GBS (PBS) Kota Marudu
Menteri Pengangkutan Dato' Sri Ir. Dr. Wee Ka Siong AP BN (MCA) Ayer Hitam
Menteri Alam Sekitar dan Air Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man AP PAS Kubang Kerian
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan AP BN (MIC) Tapah
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa AP BN (UMNO) Ketereh
Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Mohd Harun AP PPBM Titiwangsa
Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Noraini Ahmad AP BN (UMNO) Parit Sulong
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah AP BN (UMNO) Lenggong
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin AP PPBM Larut
Menteri Kesihatan Dato' Sri Dr. Adham Baba AP BN (UMNO) Tenggara
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee AP PPBM Beluran
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad AP PPBM Mersing
Menteri Luar Negeri Dato' Sri Hishammuddin Hussein AP BN (UMNO) Sembrong
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi AP GPS (PBB) Kapit
Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Seri Saifuddin Abdullah AP PPBM Temerloh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hajah Zuraida Kamaruddin AP PPBM Ampang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin AP BN (UMNO) Rembau
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar AP GPS (PBB) Santubong
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali AP PAS Kuala Nerus
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Dato' Sri Nancy Shukri AP GPS (PBB) Batang Sadong
Menteri Perpaduan Negara Dato' Halimah Mohamed Sadique AP BN (UMNO) Kota Tinggi
Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican AP BN (UMNO) Kepala Batas


Timbalan Menteri

Berikut merupakan timbalan menteri pada 10 Mac 2020:

      BERSATU (14)       BN (12)       PAS (5)       GPS (4)       PBRS (1)       STAR (1)       Bebas (1)

Portfolio Penjawat Parti Kawasan parlimen Penggal mula Penggal tamat
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Senator Datuk Lim Ban Hong BN (MCA) Senator 10 Mac 2020 Penyandang
Timbalan Menteri Pertahanan Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz AP PPBM Tanah Merah
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh MP PPBM Sri Gading
Timbalan Menteri Pendidikan Dato' Dr. Mah Hang Soon BN (MCA) Senator
Muslimin Yahaya AP PPBM Sungai Besar
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abd Rahim Bakri AP PPBM Kudat
Mohd Shahar Abdullah AP BN (UMNO) Paya Besar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Arthur Joseph Kurup AP

(Hal Ehwal Ekonomi)

GBS (PBRS) Pensiangan
Datin Mastura Mohd Yazid AP

(Tugas Khas)

BN (UMNO) Kuala Kangsar
Dato' Eddin Syazlee Shith AP

(Parlimen dan Undang-undang)

PPBM Kuala Pilah
Ahmad Marzuk Shaary AP

(Hal Ehwal Agama)

PAS Pengkalan Chepa
Dato' Hanifah Hajar Taib AP

(Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

GPS (PBB) Mukah
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah AP GPS (PBB) Limbang
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad BN (UMNO) Senator
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Solahudin Hashim AP PAS Pendang
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu AP PPBM Segamat
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff AP PAS Rantau Panjang
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Mansor Othman AP PPBM Nibong Tebal
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju AP PPBM Saratok
Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Ismail Mohamed Said AP BN (UMNO) Kuala Krau
Jonathan Yasin AP PPBM Ranau
Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali AP PPBM Bagan Serai
Datuk Aaron Ago Dagang AP GPS (PRS) Kanowit
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah AP BN (UMNO) Jasin
Dato' Che Abdullah Mat Nawi AP PAS Tumpat
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato' Abdul Rahman Mohamad AP BN (UMNO) Lipis
Dato' Henry Sum Agong AP GPS (PBB) Lawas
Timbalan Menteri Luar Negeri Dato' Kamarudin Jaffar AP PPBM Bandar Tun Razak
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Rosol Wahid AP PPBM Hulu Terengganu
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin AP BN (UMNO) Kangar
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Sri Dr. Ismail Abd Muttalib AP BN (UMNO) Maran
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim AP PAS Kuala Terengganu
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin AP PPBM Masjid Tanah
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng AP BN (MCA) Tanjung Piai
Willie Mongin AP PPBM Puncak Borneo
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Dato' Dr. Jeffrey Kitingan AP GBS (STAR) Keningau
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Dato' Sri Ti Lian Ker BN (MCA) Senator 5 Mei 2020
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal PPBM Senator 10 Mac 2020

Perubahan

Di bawah Kabinet ini:

Rujukan

  1. ^ Hj. Mohd Jali, Nazaruddin, Redzuan, Ma'arof, Abu Samah, Asnarulkhadi & Hj. Mohd Rashid, Ismail (2003). Malaysian Studies: Nationhood and Citizenship (Kajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan), m.s. 73. Pearson Malaysia. ISBN 983-2473-91-8.
  2. ^ Perlembagaan Persekutuan Malaysia. "Perkara 43. Jemaah Menteri.".
  3. ^ Funston, John (2001). "Malaysia: Developmental State Challenged". In John Funston (Ed.), Government and Politics in Southeast Asia, pp. 173–175. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
  4. ^ "MPs can earn up to RM10,000 per month". The Star Online. 20 Mei 2013. Dicapai pada 20 Mei 2013.
  5. ^ "Senarai penuh Kabinet". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
  6. ^ Pewujudan MEWA akan membolehkan sinergi antara dua aspek pengurusan air yang selama ini terpisah, iaitu sumber air dan perkhidmatan air


Rujukan


Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.