Kementerian Hal Ehwal Agama (Bangladesh)

Kementerian Hal Ehwal Agama Bangladesh (Benggali: ধর্ম বিষয়ক মন্ত্রণালয়) (disingkatkan menjadi MoRA) merupakan sebuah kementerian di Bangladesh yang bertanggungjawab untuk acara keagamaan, bangunan dan Haji.

Kementerian Hal Ehwal Agama
Republik Rakyat Bangladesh
ধর্ম বিষয়ক মন্ত্রণালয়
Jata Negara Bangladesh
Intisari agensi
Dibentuk1971
Bidang kuasa
Pemerintah Bangladesh
Ibu pejabatKementerian Hal Ehwal Agama
Dhaka-1000, Bangladesh.
Belanjawan tahunan500 crore taka 59 million dollars
Eksekutif Agensi
  • Kosong, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Agama
  • Md Nurul Islam, Setiausaha Keenterian Hal Ehwal Agama
Laman sesawang
mora.gov.bd

Sejarah sunting

Kementerian ini bertanggungjawab mengurus Haji dan Umrah di Bangladesh[1][2] Perhimpunan raya bagi kumpulan Tabligh yang dipanggil Ijtimak Bishwa juga diuruskan oleh kementerian ini.[3] Kementerian ini mendapat sedikit perhatian selepas menggunakan teks Bahasa Arab untuk kempen tidak menggalakkan pengencingan awam, memandangkan ramai warga Bangladesh memahami bahasa Arab, semua yang tertulis dalam bahasa Arab dianggap suci dan tidak boleh dikencingi.[4][5]

Pentadbiran sunting

  • Pentadbiran wakaf
  • Pejabat Haji Bangladesh
  • Yayasan Islam Bangladesh (Benggali: ইসলামিক ফাউন্ডেশন বাংলাদেশ) merupakan pertubuhan kerajaan yang ditubuhkan pada 1975 di bawah kementerian ini yang berperanan untuk menyebarkan nilai Islam dan melaksanakan aktiviti berkaitan nilai Islam tersebut[6][7] Pejabat utama yayasan ini terletak di Dhaka, yang disokong oleh 6 pejabat cawangan dan 64 pejabat daerah, bersama-sama 7 Pusat Akademi Latihan Imam dan 29 Pusat Dakwah Islam.[7] Pengarah Yayasan ini adalah Ketua Eksekutif Yayasan[7]
  • Tabung Amanah Kebajikan Agama Kristian
  • Tabung Amanah Kebajikan Agama Buddha
  • Tabung Amanah Kebajikan Agama Hindu merupakan badan berkanun di bawah kementerian yang berperanan untuk kebajikan masyarakat Hindu dan penyenggaraan kuil Hindu[8].

Kontroversi sunting

Kementerian ini berhadapan dakwaan korupsi dalam pengurusan Haji.[9]

References sunting

  1. ^ "Saudi lifts ban on Umrah visa for Bangladesh". Dhaka Tribune. UNB. Dicapai pada 2 February 2016.
  2. ^ "Tk 3.05 lakh to be minimum cost". The Daily Star. Dicapai pada 2 February 2016.
  3. ^ "'Four-phase Ijtema will not create confusion'". Dhaka Tribune. Dicapai pada 2 February 2016.
  4. ^ "Bangladesh uses Arabic to stop public urination". Russia Today. Dicapai pada 2 February 2016.
  5. ^ Anam, Tahmima. "Bangladesh's Very Public Toilet Crisis". The New York Times. Dicapai pada 2 February 2016.
  6. ^ Amran, Syed Mohammed Shah; Ali, Syed Ashraf (2012). "Islamic Foundation Bangladesh". Dalam Islam, Sirajul; Jamal, Ahmed A. (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (ed. Second). Asiatic Society of Bangladesh.
  7. ^ a b c Islamic Foundation Diarkibkan 2017-08-11 di Wayback Machine, Bangladesh Directory; Retrieved: 25 December 2007
  8. ^ "Welcome". hindutrust.gov.bd. Hindu Trust. Dicapai pada 2 February 2016.
  9. ^ "Secretary points finger at religion minister over Tk 60 million Hajj rent fraud". bdnews24.com. Dicapai pada 2 February 2016.