Kementerian Kesihatan Malaysia

kementerian di Malaysia

Kementerian Kesihatan (Tulisan Jawi: كمنترين كصيحتن) ialah sebuah kementerian Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab ke atas sistem kesihatan: tingkah laku kesihatan, kanser, kesihatan awam, pengurusan kesihatan, penyelidikan perubatan, penyelidikan sistem kesihatan, perubatan pernafasan, promosi kesihatan, penjagaan kesihatan pelancongan, peranti perubatan, pengumpulan darah, kawalan kusta, penyelidikan klinikal, penjagaan kesihatan, penjagaan pergigian, institusi kesihatan, makmal, farmaseutikal, keselamatan pesakit.

Kementerian Kesihatan
كمنترين كصيحتن
Kerajaan Malaysia
Logo Kementerian Kesihatan Melaysia
Intisari agensi
Dibentuk9 Ogos 1955; 68 tahun yang lalu (1955-08-09)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok E1, E3, E6, E7 & E10, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya
Kakitangan268,014 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 26,581,938,800 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
Laman sesawang
www.moh.gov.my

Matlamat sunting

Visi sunting

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi sunting

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:


i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka


ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan
  • saksama
  • tidak membebankan
  • cekap
  • wajar mengikut teknologi
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • inovatif


iii. dengan menekankan:

  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
  • penglibatan masyarakat

Sejarah sunting

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia telah bermula sejak sebelum era kemerdekaan bagi merawat pelombong-pelombong bijih timah. Mereka dikenakan bayaran sebanyak 50 sen setahun bagi mendapatkan rawatan. Pada akhir abad ke-19 negeri Perak mempunyai bilangan hospital terbanyak memandangkan sektor perlombongan bijih timah di Perak berkembang pesat pada waktu itu.

Hospital Taiping yang juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Sejurus selepas pengenalan X-ray oleh Prof W. C Roentgen, hospital ini telah menjadi hospital pertama yang dilengkapi kemudahan ini. Selain itu, pada tahun 1900, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah ditubuhan bertujuan untuk mengkaji punca penyakit berjangkit (penyakit tropika) yang kian menular ketika itu. IMR juga berfungsi untuk mengawal jangkitan terutamanya penyakit tropika seperti beri-beri, malaria dan disentri.

Ketika pemerintahan Raja Brooke di Sarawak, perkhidmatan kesihatan diperkenalkan untuk merawat pegawai penguasa Eropah serta ahli keluarga mereka. Disamping itu, gadis-gadis Sarawak telah dilatih menjadi jururawat dan bidan di bandar Kuching. Perkhidmatan di negeri ini khusus kepada penduduk-penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama, perkhidmatan kesihatan di Sabah telah diperkenalkan oleh North Borneo Chartered Company yang menjadi tonggak pemerintahan Sabah pada ketika itu (1881-1942).

Pada tahun 1929, klinik pergigian kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Selain itu, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1949 diikuti dengan pembukaan asrama jururawat oleh Sir Donald Mc Gilivray (1956).

Melalui Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7), permohonan KKM untuk membina lima Kolej Sains Kesihatan Bersepadu (KSKB) di Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Ulu Kinta telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Selepas 1957, Malaysia telah mempunyai 65 buah hospital dan lebih menumpukan perkembangan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai peranan untuk memulihkan perkembangan sosial.Saban tahun, KKM menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kesihatan seterusnya menjadi rujukan oleh negara-negara jiran dalam bidang teknologi dan perubatan.

Fungsi sunting

  • Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.[1]
  • Berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
  • Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
  • Mengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.
 
Logo lama Kementerian Kesihatan Malaysia

Organisasi sunting

Bahagian Peringkat Kementerian sunting

Pengurusan sunting

  • Penyelidikan & Sokongan Teknikal
  • Kewangan
  • Kesihatan Awam
  • Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Perubatan
  • Perkhidmatan Farmasi
  • Kesihatan Pergigian

Institusi & Agensi sunting

Jabatan Kesihatan Negeri/Wilayah sunting

Pejabat Kesihatan Daerah/Wilayah sunting

Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia sunting

Hospital-Hospital Kerajaan sunting

Klinik Kesihatan dan Pergigian Kerajaan sunting

Makmal Kesihatan Awam sunting

Klinik 1Malaysia sunting

Program sunting

Sejak konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia seperti :

SL1M Jururawat (Skim Latihan 1 Malaysia Jururawat) sunting

Sejak dari 2013, program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk melatih para graduan diploma kejururawatan bagi meningkatkan kemahiran, kepakaran, keyakinan diri serta pembangunan sahsiah untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang baik. Program ini dijalankan minimum selama 6 bulan dan maksimum selama 1 tahun. Dalam memastikan kelancaran program, terdapat beberapa modul kemahiran yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang menyertai SL1M Jururawat seperti :

    • Infection Control Practies
    • National Nursing Audits
    • Nursing Documentation
    • Neonatal Resuscitation
    • Pain Score
    • Management of Emergency Trolley
    • Nursing Management of Non Communicable Disease
    • Acute Nursing Procedure
    • Communication Skills
    • Corporate Culture
    • Basic Life Support
    • Mentoring Program

Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka sunting

Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka telah dilangsungkan secara serentak di seluruh pelosok negara pada 9 September 2012 yang lalu. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena bulan kemerdekaan dan telah mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records. Program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan usia. Sebagai contoh, program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka di Kajang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Hospital Kajang, Hospital Ampang, pelajar-pelajar sekolah di sekitar Hospital Kajang, kakitangan Pejabat Pergigian Daerah Hulu Langat, kakitangan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga orang ramai. Sehubungan dengan itu, program ini sememangnya memberi impak positif dengan meningkatkan tahap kesedaran disamping merapatkan hubungan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Cadangan Program sunting

Memandangkan KKM telah mengambil langkah yang bijak dalam memperkasakan konsep 1 Malaysia melalui bidang kesihatan dan perubatan, lebih banyak inisiatif boleh dijalankan bagi mencapai matlamat peningkatan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, pelaksanaan Hari Tanpa Gula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Sehingga tempoh ini sudah kerap agensi-agensi kesihatan mengadakan kempen kesedaran dan mengajak orang awam untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan serta minuman, namun perkara ini tidak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya sehingga dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Gula merupakan pemanis makanan dan pengunaan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik kepada tubuh badan seperti penyakit darah tinggi, diabetes, serta memberi masalah kepada organ-organ (jantung,ginjal dan pankreas). Penggunaan gula boleh digantikan dengan pemanis artificial. Program ini tertumpu kepada golongan kanak-kanak sehingga golongan dewasa terutamanya ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak.

Antara program yang boleh dilaksanakan adalah seperti pesta jualan makanan kurang atau tanpa gula, pameran-pameran tentang bahayanya pengambilan gula secara berlebihan serta ceramah kesedaran di sekolah-sekolah oleh pegawai kesihatan. Melalui program ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan malah dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting