Kementerian Kewangan Singapura

Kementerian Kewangan (bahasa Inggeris: Ministry of Finance, singkatan: MOF; Cina: 新加坡财政部; Tamil: நிதி அமைச்சு) ialah badan berkanun dalam Pemerintah Republik Singapura yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengawal atur institusi kewangan dan struktur ekonomi Singapura. Kementerian ini dipimpin oleh Menteri Kewangan.

Kementerian Kewangan
کمنترين کواڠن
Logo MOF

The Ministry of Finance, Singapore is headquartered at The Treasury on High Street, Singapore
Intisari agensi
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabatThe Treasury
Kakitangan1523[1]
Belanjawan tahunan S$ 683.69 juta (2010)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Peter Ong Boon Kwee, Setiausaha Tetap
  • Lim Soo Hoon, Setiausaha Tetap (Kewangan) (Prestasi)
  • Yee Ping Yi, Timbalan Setiausaha (Dasar)
  • Ngien Hoon Ping, Timbalan Setiusaha (Prestasi)
Agensi-agensi anak
Laman sesawang
www.mof.gov.sg

Statut pengawalan dan undang-undang utama kuasa kementerian ini adalah Akta Akauntan, Akta Perkongsian Piawaian Perakaunan, Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Perkongsian Terhad dan Akta Perkongsian Liabiliti.

Fungsi Kementerian Kewangan dalam Pemerintah ialah untuk memastikan bahawa perniagaan yang berjalan di Singapura bersesuaian dengan piawaian dan amalan antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti peraturan undang-undang, standard perakaunan dan prinsip tadbir urus syarikat .

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Head M: Ministry of Finance" (PDF). Budget 2010: Revenue and Expenditure Estimates. Kementerian Kewangan. Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-16. Dicapai pada 14 September 2010.

Pautan Luar sunting