Kementerian Komunikasi Malaysia

kementerian di bawah kerajaan Malaysia

Kementerian Komunikasi Malaysia ialah Kementerian yang dipecahkan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) berkuatkuasa pada 12 Disember 2023, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim. Kementerian Digital Malaysia juga ditubuhkan.

Kementerian Komunikasi
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk9 Ogos 1955; 68 tahun yang lalu (1955-08-09)
JenisKerajaan
Ibu pejabatLot 4G9, Persiaran Perdana, Precinct 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Kakitangan8,913 (2019)
Belanjawan tahunanRM 8,765,392,900 (2019)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan

Sejarah Penubuhan sunting

 
Logo lama
 
Kementerian Komunikasi & Digital 2022-2023

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.

Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.

Pada 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof.

Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978, majlis pelancaran TV warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28 Disember 1978. Program dalam bentuk warna yang pertama disiarkan adalah siaran langsung program Puspawarna. [1]

Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan Kementerian Penerangan bertambah daripada hanya mengendalikan perkhidmatan penerangan dan penyiaran kepada penyaluran berita dalam dan luar negara melalui penyertaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sebelum ini diletak di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri telah menyertai Kementerian Penerangan pada tahun 1981 dengan objektif untuk membangun, menggalak dan memajukan industri perfileman tempatan. Manakala itu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) pula ditubuhkan di bawah Kementerian ini pada tahun 2000 bertujuan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu bagi memahami dan menghayati semangat kesetiaan dan cintakan negara. [2]

Latar belakang Kementerian sunting

  • Kementerian Penerangan telah ditubuhkan pada tahun 1961.
  • Terdapat 4 buah jabatan di bawah Kementerian Penerangan iaitu Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Jabatan Filem Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas. Selain itu terdapat sebuah badan berkanun iaitu Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA).
  • Kementerian Penerangan diterajui oleh seorang Menteri dengan dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri dan seorang Setiausaha Parlimen. [perlu rujukan]
  • Ketua Eksekutif Kementerian Penerangan ialah Ketua Setiausaha yang dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan. Ketua Setiausaha adalah penasihat utama kepada Menteri dalam aspek perancangan dan penggubalan dasar. [perlu rujukan]
  • Ketua Setiausaha juga berperanan sebagai penggerak utama bagi memastikan program dan aktiviti Kementerian, jabatan-jabatan serta agensi-agensi di bawahnya mencapai matlamat yang ditetapkan. [perlu rujukan]

Visi & Misi sunting

Visi sunting

Menjadi agensi pengurusan maklumat dan perhubungan awam Kerajaan yang terunggul, pelopor agenda negara, penjana dan penyebar berita dan maklumat yang sahih, cepat, tepat dan terkini kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Misi sunting

Menegak dan mempertahankan kewibawaan Kerajaan dan negara melalui kefahaman dan komitmen rakyat Malaysia maklumat yang disebarkan oleh media Kerajaan.

Fungsi & Objektif sunting

Fungsi sunting

Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai semula dasar dan program penerangan yang bertujuan meningkatkan penerimaan rakyat terhadap Wawasan 2020 serta merancang, melaksana dan menyelaraskan perkhidmatan pengurusan serta sistem penyampaian.

Objektif sunting

  • Menyampai dan menyebar maklumat rasmi Kerajaan;
  • Menangani dan membanteras penyebaran berita palsu, fitnah, khianat, perkauman, dan khabar angin;
  • Membanteras penyebaran media akhbar serta media massa yang tidak sah dan dipercayai palsu;
  • Melaksanakan pembangunan teknologi digital, memperluaskan liputan jaringan telekomunikasi, dan mempertingkat mutu telekomunikasi dan multimedia negara;
  • Mengurus media massa dan maklumat Kerajaan;
  • Memperkasa transformasi media, telekomunikasi, teknologi baharu, dan multimedia yang berimpak tinggi untuk negara;
  • Menimbang dan meluluskan bahan promosi dan mesej Kerajaan;
  • Meluluskan hak penyiaran dan perluasan liputan saluran televisyen digital milik kerajaan dan hak milik swasta di Malaysia, termasuk saluran televisyen digital yang disahkan oleh pihak kementerian;
  • Meluluskan hak penyiaran radio milik kerajaan dan hak milik swasta di Malaysia, termasuk saluran radio yang disahkan oleh pihak kementerian;
  • Menimbang dan meluluskan iklan komersial untuk siaran radio dan televisyen milik Kerajaan;
  • Mempertingkatkan kemudahan telekomunikasi dan digital asas di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman;
  • Menentukan pihak-pihak yang akan mewakili kepentingan Kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran Kerajaan; dan
  • Merancang, melaksana, menilai dan merumuskan keberkesanan strategi penyebaran maklumat yang telah dijalankan berasaskan kajian-kajian tertentu secara saintifik dan sistematik.

Jabatan/Agensi sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ PELANCARAN TV WARNA
  2. ^ "Objektif JASA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-21.

Pautan luar sunting