Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tulisan Jawi: كمنترين ڤلابورن، ڤرداڬڠن دان ايندوستري) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini. Dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur, ia merupakan satu-satunya kementerian yang tidak berpindah ke pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan, Putrajaya. Hal ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, ekonomi dan perindustrian kebangsaan.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Menara MITI, No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur |
Kakitangan | 958 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 1,707,208,700 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di Jepun mengetuai usaha-usaha penggalakan pelaburan asing di Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara dagang utama Malaysia, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Jerman. Selain itu, kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang menteri mewakili negara ini dalam rundingan berkaitan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan negara asing seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Kementerian ini kini diketuai oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Jabatan/Agensi
sunting- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
- Perbadanan Produktiviti Malaysia
- Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)
- Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
- Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana
- Pembangunan Industri Kewangan Malaysia
- Institut Automotif Malaysia
- Institut Keluli Malaysia
Ahli Eksekutif
suntingKementerian Perdagangan dan Industri ditubuhkan pada zaman Abdul Razak Hussein. Ianya dipisahkan kepada dua kementerian berbeza semasa zaman Mahathir Mohamad dan menjadi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.
Menteri
suntingPilihan Raya | Nama Kementerian | No. | Menteri | Parlimen | Tempoh | Parti | Perdana Menteri | Kabinet |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
PRU-3 (1969-1974) | Kementerian Perdagangan dan Industri | 1 | Allahyarham Khir Johari | Kedah Tengah | 1969-1974 | Perikatan-UMNO | YAB Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein | Kabinet Pertama |
PRU-4 (1974-1978) | 2 | Allahyarham Hamzah Abu Samah | Temerloh | 1974-1978 | BN-UMNO | YAB Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein (Perdana Menteri Meninggal Dunia) | Kabinet Kedua | |
YAB Tun Hussein Bin Dato' Onn | Kabinet Pertama | |||||||
PRU-5 (1978-1982) | 3 | Mahathir Mohamad | Kubang Pasu | 1978-1982 | BN-UMNO | YAB Tun Hussein Bin Dato' Onn (Perdana Menteri Letak Jawatan) | Kabinet Kedua | |
4 | Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail | Kota Bharu | 1981-1984 | BN-UMNO | YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad | Kabinet Pertama | ||
PRU-6 (1982-1986) | Kabinet Kedua | |||||||
5 | Tengku Razaleigh Hamzah | Gua Musang | 1984-1987 | BN-UMNO | ||||
PRU-7 (1986-1990) | Kabinet Ketiga | |||||||
6 | Rafidah Aziz | Kuala Kangsar | 1987-1990 | BN-UMNO | ||||
PRU-8 (1990-1995) | Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri | 7 | Rafidah Aziz | Kuala Kangsar | 1990-2008 | BN-UMNO | Kabinet Keempat | |
PRU-9 (1995-1999) | Kabinet Kelima | |||||||
PRU-10 (1999-2004) | Kabinet Keenam | |||||||
YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi | Kabinet Pertama | |||||||
PRU-11 (2004-2008) | Kabinet Kedua | |||||||
PRU-12 (2008-2013) | 8 | Muhyiddin Yassin | Pagoh | 2008-2009 | BN-UMNO | Kabinet Ketiga | ||
9 | Mustapa Mohamed | Jeli | 2009-2018 | BN-UMNO | Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak | Kabinet Pertama | ||
PRU-13 (2013-2018) | Kabinet Kedua | |||||||
Kabinet Ketiga | ||||||||
PRU-14 (2018-2022) | 10 | Darell Leiking | Penampang | 2018-2020 | WARISAN | YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad | Kabinet Ketujuh | |
11 | Azmin Ali | Gombak | 2020-2022 | PN-BERSATU | Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin | Kabinet Pertama | ||
PRU-15 (2022-kini) | Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri | 12 | Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz | Senator | 2022-kini | BN-UMNO | YAB Dato Seri Anwar Ibrahim | Kabinet Pertama |