Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur

Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur (Jerman: Reichsministerium für die besetzten Ostgebiete atau RMfdbO) telah diwujudkan oleh Adolf Hitler pada Julai 1941 dan dikepalai oleh pakar teori Nazi dari keturunan Baltik Jerman, Alfred Rosenberg. Alfred Meyer berkhidmat sebagai timbalan Rosenberg. Kementerian ini ditubuhkan untuk mengawal kawasan luas yang dijajah oleh Jerman di Eropah Timur dan Rusia. Ia juga memainkan peranan dalam menyokong kumpulan anti-Soviet di Asia Tengah.

Alfred Rosenberg, ketua Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur
Pejabat Rosenberg dari tahun 1942

Pada Februari 1942, dibawah rancangan Rosenberg, pihak Kementerian cuba mencanangkan satu program reformasi tanah di wilayah-wilayah taklukan di KRSS yang termasuk janji-janji dekolektivisasi melalui pemansuhan kolkhozes dan pengagihan semula tanah kepada para petani untuk perladangan individu.

Jerman mendirikan dua Reichskommissariat, untuk Ostland dan Ukraine, dan merancang dua lagi, untuk Moscow dan untuk Caucasus. Pihak Wehrmacht tidak pernah mendirikan institusi yang kukuh di kawasan-kawasan yang ditetapkan untuk dua Reichskommissariat yang terakhir, jadi kawalan orang awam Jerman tidak pernah berkembang disana.

Pada praktiknya, pelantikan Erich Koch untuk mentadbir Reichskommissariat Ukraine secara substantial menjejaskan kuasa Rosenberg. Hitler mengarahkan Koch agar mengambil pendekatan yang keras dan kejam; Rosenberg ingin menggambarkan orang Jerman sebagai pembebas Ukraine dari cengkaman Soviet, tetapi kekejaman Koch mendorong sekutu Ukraine yang berpotensi kembali menyokong Soviet. Tambahan lagi, kementerian Rosenberg tidak diberi kuasa ke atas tentera dan formasi keselamatan lain didalam wilayah yang diduduki. Reich Commissar yang lain, Hinrich Lohse (Ostland) telah teruk disisihkan. Pihak SS mengisi kekosongan kuasa yang terhasil, bertindak mengikut apa yang mereka inginkan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Evans, Richard J (2008). The Third Reich at War. London: Penguin Books. m/s. 188. ISBN 978-0-14-101548-4.

Lihat juga sunting