Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (Tulisan Jawi: كمنترين سومبر مأنسي) ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja. Ini termasuk memberikan peluang mendaftar bagi membuat padanan pekerjaan dengan kelulusan pemohon termasuk golongan OKU dan Orang Asli di Malaysia. Menterinya masa kini adalah Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar.
كمنترين سومبر مأنسي | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
![]() Logo Kementerian Sumber Manusia Malaysia | |
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 9 Ogos 1955 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 6-9, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya |
Kakitangan | 8,365 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 1,294,833,300 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif Kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
VisiSunting
- Menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.
MisiSunting
- Membangunkan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran perburuhan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan.
- Menggalakkan dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja demi kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
- Mendokong keadilan sosial dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni melalui penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja dan pengiktirafan perjanjian kolektif.
- Memastikan kesatuan sekerja beroperasi secara demokrasi, orderly dan bertanggungjawab bagi membantu mencapai objektif mewujudkan keharmonian perhubungan perusahaan.
- Untuk menjadi peneraju dalam pembangunan sumber manusia negara.
- Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
- Untuk membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan kompetitif dalam persekitaran perhubungan perusahaan yang harmoni dan berlandaskan keadilan sosial.
Fungsi dan TanggungjawabSunting
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang perburuhan bagi mewujudkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berdisiplin di samping mempunyai nilai-nilai positif dan etika kerja yang baik.
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
- Mengurus secara cekap dan berkecuali penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
- Mengawasi dan memantau perkembangan dan pergerakan kesatuan-kesatuan sekerja agar sentiasa teratur berdasarkan kepentingan negara.
- Mengurus perhubungan antarabangsa dalam bidang pentadbiran perburuhan, kerjasama teknikal dalam perkara-perkara perburuhan dan pembangunan sumber manusia.
- Menggalak dan menyelaraskan pembangunan kerjasama tiga pihak (tripartisme) di kalangan pekerja, majikan dan pihak Kerajaan serta mewujudkan suasana perhubungan yang harmoni ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
- Merancang dan membangunkan sumber manusia menerusi pengawalan dan analisis pasaran buruh bagi menggubal dasar-dasar berhubung guna tenaga, pembangunan kemahiran tenaga kerja dan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti.
- Mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan.
- Mengemaskini dan melaksanakan Dasar Latihan Vokasional Kebangsaan dan strategi-strateginya yang akan memenuhi keperluan latihan tenaga kerja di sektor swasta.
- Mengkaji semula, mengemaskini dan membangunkan sukatan latihan kemahiran (NOSS), sistem pensijilan kemahiran (MOSQ) dan standard kemahiran bagi menyokong pelaksanaannya.
- Mengemaskini dan melaksanakan secara cekap perkhidmatan keselamatan sosial untuk memastikan jaringan keselamatan yang mencukupi disediakan untuk tenaga kerja.
Jabatan/AgensiSunting
- Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
- Jabatan Tenaga Kerja Sabah
- Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
- Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS)
- Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD)
- Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP)
- Mahkamah Perusahaan Malaysia
- Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
- Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)
- Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
- Laman web rasmi
- Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 Diarkibkan 2019-05-25 di Wayback Machine (Jadual Gaji,Syarat Lantikan, Deskripsi Tugas)
Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 = http://semakan.info/s19perusahaan/198[pautan mati kekal] (contoh soalan dan jawapan, tip persediaan dan huraian format Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19)