Buka menu utama

Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) (Tulisan Jawi: كمنترين تناڬ، ساءينس، تيكنولوڬي، عالم سكيتر دان ڤروبهن اقليم) merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk hasil susunan semula tiga kementerian selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14). MESTECC terdiri daripada keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
كمنترين تناڬ، ساءينس، تيكنولوڬي، عالم سكيتر دان ڤروبهن اقليم
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1970; 49 tahun yang lalu (1970)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok C4 dan C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya
Belanjawan tahunanMOSTI: MYR 1,111,005,800 (2018)
KETTHA: MYR 1,808,487,000 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Datuk Seri Mohd Azhar Yahaya, Ketua Setiausaha
Tapak webwww.mestecc.gov.my

MESTECC diterajui oleh YB Yeoh Bee Yin, selaku Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan YB Isnaraissah Munirah Majlis selaku Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang telah mengangkat sumpah pada 2 Julai 2018.

Fokus Utama MESTECCSunting

  1. Sektor Tenaga yang Hijau dan Cekap
    • Meningkatkan peratusan tenaga-boleh-diperbaharui dalam penjanaan elektrik dari 2% hingga 20%
    • Meningkatkan kecekapan tenaga negara
    • Meningkatkan kecekapan dan ketelusan pasaran tenaga untuk memastikan tarif terbaik untuk para pengguna tenaga
  2. Alam Sekitar yang Bebas dari Pencemaran dan Berdaya Tahan Terhadap Perubahan Iklim
    • Memimpin negara ke arah masa depan bebas plastik (bukan biodegradable)
    • Kurangkan pencemaran melalui pendidikan dan penguatkuasaan yang lebih baik
    • Menyediakan negara untuk menangani perubahan iklim melalui adaptasi dan mitigasi
  3. Mencipta Kekayaan untuk Rakyat melalui Sains dan Teknologi
    • R&D yang demand-driven melalui kerjasama rapat dengan industri
    • Meningkatkan pengkomersilan teknologi ke pasaran
    • Meningkatkan produktiviti industri melalui aplikasi sains & teknologi

Jabatan/AgensiSunting

Akta-akta di bawah kuasa kementerianSunting

(dalam bahasa inggeris)

  • Communications and Multimedia Act 1998 and its subsidiary legislation
  • Malaysian Communications and Multimedia Commission Act 1998
  • Electricity Supply Act 1990 and its subsidiary legislation
  • Energy Commission Act 2001
  • Electricity Supply (Successor Company) Act 1990
  • Postal Services Act 1991and its subsidiary legislation
  • Postal Services (Successor Company) Act 1990
  • Digital Signature Act 1997 and its subsidiary legislation
  • Lembaga Letrik Sabah Act 1983

GaleriSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting