Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Tulisan Jawi: كمنترين تناڬ، ساءين س، تيكنولوڬي، عالم سكيتر دان ڤروبهن اقليم) ialah kementerian di bawah Kerajaan Malaysia. Kementerian ini diwujudkan pada 2018 menggabungkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, sektor tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
كمنترين تناڬ، ساءين س، تيكنولوڬي، عالم سكيتر دان ڤروبهن اقليم
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk2018; 6 tahun yang lalu (2018)
Dibubarkan2020 (2020)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok E4/5, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya
KakitanganMOSTI: 4,771 (2018)
KETTHA: 819 (2018)
Belanjawan tahunanMOSTI: MYR 1,111,005,800 (2018)
KETTHA: MYR 1,808,487,000 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • YBhg Datuk Seri Dr Mohd Azhar Hj Yahaya, Ketua Setiausaha
  • Ir. Dr. Raymond Lim Hock Thong, Pengarah Bahagian
Laman sesawang
www.mestecc.gov.my

Jabatan/Agensi sunting

Peranan sunting

Peranan Kementerian telah berubah daripada sebuah kementerian yang menyediakan perkhidmatan kepada kementerian yang menggubal dasar dan mengawalselia perkhidmatan bagi sektor Tenaga, Air dan Komunikasi.

Dengan ini, teras utama peranan Kementerian adalah memudahkan juga mengawal pertumbuhan industri di dalam sektor-sektor tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pengguna seluruh negara adalah berkualiti tinggi, efisyen dan selamat digunakan dengan harga yang berpatutan. Tugas-tugas kawalselia Kementerian dilaksanakan oleh badan-badan kawalselianya iaitu Suruhanjaya Tenaga juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Visi sunting

Menjadi pemangkin utama bagi pembangunan yang dinamik dan berdaya tahan dalam industri tenaga, air dan komunikasi Malaysia.

Misi sunting

Membangun serta menggubal dasar yang inovatif dan strategik, merangka rangka kerja kawalselia sendiri serta membentuk satu sistem pengurusan yang berdaya maju, berkesan juga efisyen.

Objektif sunting

  • Untuk memastikan wujudnya satu infrastruktur yang bersepadu, efisyen dan berkualiti tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi.
  • Untuk menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri tenaga, air dan komunikasi.
  • Untuk memastikan kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan
  • Untuk memastikan servis mahupun penghantaran tenaga, air dan komunikasi di seluruh negara adalah efisyen serta efektif dengan harga yang termampu di samping meningkatkan produktiviti seharian juga kualiti hidup.
  • Untuk memastikan bekalan atau keperluan mahupun peruntukan tenaga, air serta komunikasi sentiasa berterusan dan terjamin.
  • Untuk mewujudkan sistem pengawalseliaan yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pertumbuhan pasaran di samping mengawal kesan yang mungkin timbul daripada industri tenaga, air dan komunikasi kepada masyarakat mahupun persekitaran.
  • Untuk terus-menerus mempertingkatkan sistem sokongan pengurusan korporat.

Akta-akta di bawah kuasa kementerian sunting

(dalam bahasa inggeris)

  • Communications and Multimedia Act 1998 and its subsidiary legislation
  • Malaysian Communications and Multimedia Commission Act 1998
  • Electricity Supply Act 1990 and its subsidiary legislation
  • Energy Commission Act 2001
  • Electricity Supply (Successor Company) Act 1990
  • Postal Services Act 1991and its subsidiary legislation
  • Postal Services (Successor Company) Act 1990
  • Digital Signature Act 1997 and its subsidiary legislation
  • Lembaga Letrik Sabah Act 1983

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "40 jabatan bawah JPM dipindah ke kementerian lain".

Pautan luar sunting