Kemerdekaan Hong Kong

Kemerdekaan Hong Kong (Cina Tradisional: 香港獨立) merujuk kepada suatu pergerakan yang memperjuangkan Hong Kong sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Hong Kong merupakan sebuah Kawasan Pentadbiran Khas yang mempunyai autonomi yang tinggi di bawah Republik Rakyat China seperti yang dijamin di bawah Perkara 2 Undang-Undang Asas Hong Kong dengan ratifikasi Pengisytiharan Bersama China-British.[1]

Pergerakan ini didorong berikutan kerisauan sesetengah masyarakat Hong Kong terhadap kemungkinan berlaku campur tangan dari Beijing sdalam hal-ehwal kawasan tersebut meskipun autonomi tinggi ini dijamin dalam penyerahan pemilikan kawasan ini oleh United Kingdom kepada China pada tahun 1997, serta rasa tidak puas hati terhadap pemerintahn tempatan yang dilihat gagal memenuhi kehendak rakyat Hong Kong sendiri.[2]

Latar belakang sunting

Sokongan sunting

Antara alasan yang dihujahkan bagi memerpjuangkan kemerdekaan Hong Kong:

  • Hak menetukan nasib sendiri: warga Hong Kong berhak menentukan nasib sendiri seperti yang didasarkan dalam Waad Antarabangsa mengenai Hak-Hak Awam dan Politik.[3] Hong Kong termasuk dalam senarai wilayah tidak berpemerintah sendiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberikan hak menuntut kemerdekaan sehingga dibuang atas permintaan Republik Rakyat China pada tahun 1972.
  • Rasa sangsi terhadap eksahihan Pengisytiharan Bersama China-British dan Undang-Undang Asas: warga Hong Kong dihalang dalam proses perundingan atas Pengisytiharan Bersama China-British berkaitan aspek kedaulatan kawasan tersebut serta penggubalan Undang-Undang Asas Hong Kong yang menjadi seakan perlembagaan kecil kawasan itu.[4]
  • Ketiadaan perwakilan dalam pemerintah Hong Kong: Ketua Eksekutif Hong Kong dilantik Jawatankuasa Pilihan Raya dianggotai 1,200 orang yang dianggap memihak kepada pemerintah di Beijing dan tidak mewakili kehendak umum rakyat Hong Kong. Separuh kerusi dalam Dewan Perundangan Hong Kong dilantik berdasarkan konstituen dengan kawasan mengundi terhad yang turut memihak kepada pemerintah Beijing. Pemerintah Hong Kong dikritik atas kecenderungan hanya mengikut telunjuk Beijing tanpa mempedulikan kepentingan setempat Hong Kong.
  • Pencerobohan ke atas autonomi Hong Kong: Keadaan pemerintah China yang dilihat menganggu pengurusan hal-ehwal politik, ekonomi dan sosial Hong Kong dianggap melanggar Perkara-Perkara 45 dan 68 Undang-Undang Asas.[5][6] Pihak pemerintah di Beijing turut dikritik kerana melanggar Pengisytiharan Bersama China-British serta dasar "satu negara, dua sistem".
  • Jatidiri Hong Kong yang tersendiri: Penduduk Hong Kong berbahasa Kantonis (dalam aksara Cina tradisional) dan bahasa Inggeris dengan pemikiran yang banyak dipengaruhi nilai dan budaya Barat termasuk penghargaan kebebasan, hak asasi manusia, demokrasi dan kedaulatan undang-undang; di mana ia dianggap sangat berbeza daripada keadaan di Tanah Besar China. Mereka turut mengaggap identiti kawasan itu digugat imigrasi pendatang dari Tanah Besar serta "polisi asimilasi" yang dilakukan pemerintah di Beijing.

Bantahan sunting

Antara alasan yang dihujahkan bagi mengekalkan Hong Kong dalam pengaruh China:

  • Status sah: Perkara 1 Undang-Undang Asas Hong Kong menyatakan Hong Kong sebagai suatu bahagian tetap Republik Rakyat China, maka sebarang dokongan untuk pemisahan Hong Kong dari China tiada duluan yang sah dari segi undang-undang.[7]
  • Asal-usul serta hubungan budaya yang sama: Hong Kong telah lama merupakan sebahagian China sepanjang sejarahnya. Banyak warga Hong Kong mempunyai keturunan atau sendiri berasal dari Tanah Besar; malah budaya kawasan itu datangnya dari Tanah Besar China maka sangat berkait rapat dengan sejarah dan budaya tamadun China.[7]
  • Manfaat dari perkembangan ekonomi China: perkembangan dan integrasi ekonomi antara Hong Kong dan China banyak memanfaatkan kedua-dua pihak. Hong Kong sebagai pusat pasaran antarabangsa matawang Renminbi mampu meraih faedah daripada perkembangan pesat China.
  • "Satu negara, dua sistem": Hong Kong dan Macau[8] merupakan kedua-dua kawasan sahaja yang diberikan "autonomi tahap tinggi daripada pemerintah Beijing di bawah dasar itu seperti yang dijanjikan dalam Pengisytiharan Bersama China-British serta Undang-Undang Asas Hong Kong. Ia sistem yang mampu membrikan yang terbaik kepada kepentingan warga Hong Kong serta menjaga kemakmuran dan kesatbilan kawasan tersebut, serta juga kebebasan individu dan autonomi wilayah pada jangka panjang jika dipakai dengan betul.
  • Keberkesanan: Hong Kong dikelilingi wilayah China serta kekurangan sumber semula jadi sendiri, di mana ia terpaksa bergantung kepada China untuk mendapat bekalan makanan, air dan elektrik. Ketidaktoleransian pemerintah Beijing terhadap langkah pemisahan turut bermakna sebarang langkah menuju kemerdekaan boleh mengunag pergolakan menumpah darah, mensia-siakan kestabilan sosial dan kemakmuran ekonomi kawasan tersebut.
  • Dijangka "mengurangkan sokongan" untuk demokrasi kerana cenderung bercampur atau mengalihkan perhatian daripada aspek itu, serta mampu menyebabkan tindakan dan penindasan lebih kuat sehingga menggugat kebebasan masyarakat Hong Kong.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Basic Law Full Text – chapter (1)". www.basiclaw.gov.hk. Dicapai pada 18 Ogos 2016.
  2. ^ Fitzpatrick, Liam. "Hong Kong Makes History with First Pro-Independence Rally". TIME.
  3. ^ "Mission". Demosistō.
  4. ^ "葉健民:「第二次前途問題」:論述模糊但仍具意義". Ming Pao. 14 April 2016.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan theguardian.com tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan timeout tidak disediakan
  7. ^ a b "【港島論壇】葉劉:分分鐘憑良知為港人說話 撐警隊克制包容 批港獨違反地理事實". Stand News. 6 Ogos 2016.
  8. ^ FNunes. "Joint declaration of the Government of the People's Republic of China and The Government of the Republic of Portugal on the question of Macao". bo.io.gov.mo. Dicapai pada 23 Disember 2016.
  9. ^ "Chris Patten warns Hong Kong pro-independence antics 'dilute support' for democracy". South China Morning Post. 25 November 2016.

Pautan luar sunting