Kemiskinan di Malaysia

Kemiskinan di Malaysia ialah suatu isu ekonomi berkontroversi. Takrifan kemiskinan dan garis kemiskinan untuk rakyat Malaysia telah dipertikaikan, dan dasar kerajaan untuk menangani kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baru telah berhadapan dengan pelbagai bantahan politik.[perlu rujukan]

Sejarah sunting

Kemerdekaan sunting

Selepas kemerdekaan Malaysia, potongan signifikan ekonomi Malaysia telah dikawal selia oleh firma kolonial British. Kedua, mengikut sistem ekonomi berkaum, kebanyakan perniagaan runcit kecil-kecilan dimonopoli oleh usahawan Cina Malaysia dan bisnes pinjaman wang pada skala kecil pula dijalankan oleh sebilangan Orang India Malaysia.[1]

Dasar Ekonomi Baru sunting

Selepas Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969, bilamana berlakunya pemberontakan perkauman besar-besaran di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur, suatu sistem dan polisi ekonomi Malaysia yang baru telah digubal iaitu Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP). Ia bertujuan untuk membantu dan seterusnya membangunkan taraf ekonomi dan kesejahteraan orang-orang Melayu, Bumiputera (penduduk orang asli dan suku-suku kaum bumiputera Sabah dan Sarawak) dan bukan-bumiputera (bangsa Cina dan India) di negara ini melalui tindakan afirmatif yang agresif dan campur tangan kerajaan dalam ekonomi.[2]

Telah dicadangkan bahawa, walaupun NEP pada awalnya berjaya dalam mencapai tujuannya untuk mengurangkan jurang ekonomi antara masyarakat yang berbeza kaum dan pegangan di negara ini, namun senario politik dalam era 1990-an dan 2000-an telah menghalang pelaksanaannya. Selama tempoh ini, ketimpangan ekonomi antara kaum majoriti Melayu dan intraetnik lain dilaporkan meningkat. Bukti anekdotal telah digunakan untuk menunjukkan bahawa masyarakat Melayu luar bandar masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam bidang ekonomi walaupun NEP telah lama diperkenalkan.[3]

Industrialisasi dan urbanisasi sunting

Apabila sesuatu negara itu sedang menempuhi era kemodenan, pada kebiasaannya suatu bentuk kemiskinan baru akan mula terjadi; ini adalah contoh masalah kemiskinan di bandar. Pembangunan ekonomi telah dikenal pasti adalah penyebab kepada beberapa masalah kemiskinan, diantaranya seorang wanita adalah ketua kepada isi rumah, ini terjadi kerana lelaki yang sebelum ini menjadi ketua rumah kini sukar untuk mendapatkan potensi pekerjaan yang lebih baik kerana bilangan lelaki telah menurun selain kurang tenaga kerja lelaki yang mahir dan berpendidikan sepatutnya untuk menjawat sesuatu jawatan tetap. Golongan wanita lebih diutamakan berbanding golongan lelaki. Penuaan warga desa, ketika era pembangunan ekonomi banyak berlaku di bandar, warga muda desa sudah ramai berhijrah kebandar, yang tinggal hanyalah warga tua desa, warga tua desa pada logiknya sudah tidak mampu untuk meningkatkan kuantiti kelahiran, malah umur mereka telah lanjut, kemahiran yang mereka ada tidak lagi dapat dimaksimumkan dengan sebaik mungkin kerana generasi penyambung sudah tiada, maka generasi tua hanya menunggu masa untuk kematiannya, ini menyebabkan salah satu faktor kemiskinan akibat pembangunan ekonomi. Berikutan dari penghijrahan dan migrasi generasi muda dari luar bandar ke bandar, dan kebanyakan dari mereka adalah kurang berpendidikan dan kurang berkemahiran, ini akan menyebabkan pemigrasi itu tadi tidak dapat memperolehi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang baik, hal ini sudah tentu menyebabkan mereka akan mengalami kemiskinan di bandar maka akan terjadinya beberapa penempatan setinggan dan pengemisan di bandar yang secara jelas dapat menggambarkan kemiskinan kehidupan di bandar.[4]

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memuji kepada Malaysia atas kejayaannya dalam melaksanakan program pengurangan kemiskinan. Secara rasminya:

Pada tahun 2002, penurunannya ialah sebanyak 5.1 peratus daripada 7.5 peratus pada tahun 1999. Jumlah isi rumah miskin telah menurun sebanyak 25.6 peratus sehingga menjadi 267,900. Jika jumlah Orang Kurang Upaya (OKU), cacat dan lanjut usia yang menerima bantuan kebajikan daripada kerajaan dikecualikan, insiden kemiskinan pada tahun 2002 dianggarkan sebanyak 4.5 peratus.[5]

Walau bagaimanapun, kaji selidik bukan akademik mendapati bahawa garis kemiskinan yang diambil secara rasmi oleh UNDP pada masa ia dikeluarkan, telah ditetapkan dalam jumlah (pendapatan bulanan) RM 500 setiap isi rumah miskin. Maka, angka ini dianggap kurang realistik; kerana hasil temu bual antara para pekerja kilang ternyata terpaksa menyara kehidupan keluarganya dengan memerlukan sekurang-kurangnya RM 1,750 pada setiap bulan.[6] Rumah Pangsa 3 bilik di Malaysia secara puratanya memerlukan RM 200-1000 bayaran sewa sebulan khususnya yang terletak di bandar.

Kemiskinan bandar dan luar bandar sunting

Although the apparent focus of government policy has been on addressing poverty in rural communities, commentators have argued that due to urbanisation — the proportion of Malaysians living in urban areas increasing from 27% in 1970 to 62% in 2000 — the urban communities have been unfairly neglected.[7]

The official figure for urban poverty is given as 2%; critics have argued that this significantly underestimates urban poverty, as the poverty line is set at RM500 per month for a family of four — a monthly income which has been argued as unrealistically low for a family of four to meet its needs. A survey of Kuala Lumpur has suggested that about a quarter of the population lives in squatter settlements, which commentators like Bakri Musa have argued is a more reasonable estimate of the poverty rate. However,as of December 2007, the squatter settlement has been totally eradicated in the state of Selangor.[7]

Prior to urbanisation, urban poverty was largely a problem confined to the non-Malay communities, as they were significantly urbanised at the time of independence. However, as Malay villagers migrated to the cities, the proportion of Malay poor has likewise increased.[7]

Catatan dan rujukan sunting

  1. ^ Musa, M. Bakri (2007). Towards A Competitive Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre. m/s. 122. ISBN 978-983-3782-20-8.
  2. ^ Musa, pp. 122–123.
  3. ^ Musa, p. 123.
  4. ^ Johan, Musalmah (2005). "Eradicating Rural and Urban Poverty" (PDF). Malaysian Institute of Economic Research. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-07-26. Dicapai pada 2007-06-01. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  5. ^ "UNDP in Malaysia : Poverty Reduction". United Nations Development Programme. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-09. Dicapai pada 2007-06-01.
  6. ^ Devaraj, Jeyakumar (2004). "Has Malaysia really eradicated poverty?". Aliran Monthly (2). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-06-01.
  7. ^ a b c Musa, p. 124.