Kemolaran (molarity, juga Mal. molariti atau Ind. molaritas) menyukat ketepuan sesuatu spesies kimia - zat pelarut dalam sesuatu larutan - berdasarkan bilangan bahan per unit isipadu larutan. Unit yang kerap digunakan untuk sukatan ini ialah bilangan Mol per liter dengan simbol mol/L. Sesebuah larutan dengan ketepuan sebanyak 1 mol/L dianggap bersamaan dengan 1 molar, (1 M).

Takrifan sunting

Ketepuan ini diungkaplanm dalam unit molar zat pelarut per liter larutan . Secara umumnya, ia ditakrfikan sebagai suatu bilangan bahan zat pelarut per isipadu unit larutan diwakili c:[1]

 

...di mana n merupakan bilangan zat pelarut dalam mol,[2] N ialah bilangan molekul dalam sukatan isipadu larutan (dalam liter), nisbah N/V merupakan nombor ketepuan C dan NA merupakan pemalar Avogadro iaitu kira-kira 6.022×1023 mol−1.

Unit digunakan sunting

Dalam Sistem Unit Antarabangsa, unit sukatan asas kemolaran disukat dalam unit mol/m3. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak begitu berkesan dalam banyak situasi kerja makmal, maka unit mol/dm3 yang bersamaan dengan mol/L lebih digunakan dalam menulis laporan. Unit-unit sebegini sering diringkaskan menggunakan huruf M.

Rujukan sunting

  1. ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "amount concentration, c". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kaufman tidak disediakan

Pautan luar sunting