Kempen Burma dalam Kancah Asia Tenggara Perang Dunia Kedua diperjuangkan utamanya oleh tentera Komanwel British termasuk tentera Kanada,[1] China dan unit-unit tentera Amerika Syarikat menentang angkatan bersenjata Empayar Jepun, Siam dan Tentera Nasional India. Tentera darat Komanwel British datang dari India British dan juga terdiri daripada lebih kurang 100,000 orang tentera kolonial Afrika.[2] Tentera Kemerdekaan Burma dilatih Jepun dan mengepalai serangan awal terhadap angkatan British.

Kempen Burma memiliki beberapa ciri istimewa. Ciri geografi wilayah ini menyebabkan faktor-faktor seperti cuaca, penyakit dan rupa bumi mendatangkan kesan terhadap operasi. Ketiadaan infrastruktur pengangkutan menyebabkan penekanan terpaksa diberi kepada terhadap kejuruteraan ketenteraan dan pengangkutan udara untuk pergerakan anggota dan bekalan mereka, dan untuk mengeluarkan para anggota yang tercedera. Kempen ini juga kompleks dari segi politik, dengan pihak British bersama-sama AS dan China masing-masing mempunyai keutamaan strategi yang berlainan.

Kempen ini juga merupakan satu-satunya kempen darat yang berlanjutan tanpa putus yang dikendalikan pihak Bersekutu dari mula perang sehinggalah ke akhirnya. Hakikat ini disebabkan lokasinya. Oleh sebab kancah ini menyambungkan Asia Tenggara dengan India, wilayahnya merangkumi sebahagian wilayah yang jatuh dari tangan British pada titik permulaan perang, tetapi juga merangkumi wilayah-wilayah di India di mana kemaraan Jepun akhirnya dapat dikekang.

Cuaca wilayah terbabit dikuasai hujan tengkujuh bermusim, yang mengakibatkan pembatasan kempen pada tempoh sedikit daripada setengah setiap tahun. Faktor ini, bersama-sama faktor-faktor lain seperti kebuluruan dan keadaan kelam-kabut di India British dan keutamaan yang diberikan kepada usaha untuk mengalahkan Jerman Nazi, mengakibatkan kempen ini berpanjangan dan membahagikannya kepada empat fasa: serangan Jepun yang membawa kepada penyingkiran angkatan British, India dan China dalam tahun 1942; percubaan pihak Bersekutu untuk melancarkan serangan ke dalam Burma pada lewat tahun 1942 hingga ke awal tahun 1944; serang Jepun terhadap India dalam tahun 1944 yang berakhiran dengan kekalahan Jepun berikutan pertempuran=pertempuran di Imphal dan Kohima; dan, akhir sekali, serangan Bersekutu yang berjaya menakluki semula Burma yang dilaksanakan dari lewat tahun 1944 sehingga pertengahan tahun 1945.

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-13. Dicapai pada 2013-12-15.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aljazeera.com tidak disediakan