Kempen menentang Banu Mustalaq

Kempen menentang Banū al-Muṣṭalaq[1] berlaku pada bulan Disember 627 Masihi, yang bersamaan bulan ke-8 (Syaabān) tahun ke-6 Hijrah.[3][4] Operasi ini berjaya dan 200 buah keluarga ditawan manakala 200 ekor unta dan 5000 kambing dan biri-biri serta barangan rumah dirampas sebagai harta rampasan perang. Barang tersebut kemudiannya dilelong kepada pembida yang menawarkan harga tinggi.[2]

Kempen menentang Banū al-Muṣṭalaq
Tarikh Disember 627M bersamaan bulan Syaaban tahun ke-6 Hijrah
Lokasi Al-Muraysī'
Hasil
  • Operasi berjaya, 200 ekor unta, 5,000 ekor biri-biri dan barangan dirampas sebagai harta rampasan perang
  • 200 keluarga ditawan[1]
Komandan
Muḥammad, Abū Bakr, Sa'd ibn 'Ubādah Harithah bin Abi Dirar
Kekuatan
Tidak diketahui Tidak diketahui
Korban
1 terbunuh 10 terbunuh

200 keluarga ditawan [1][2]

Menurut buku "Ar-Raheeq Al-Makhtum", dan hadith riwayat Abū Dawūd, hanya seorang Muslim sahaja terbunuh secara tidak sengaja oleh kaum Ansar. Juwairiyah binti Harith, anak perempuan ketua Banū al-Muṣṭalaq merupakan salah seorang tawanan, dan bersetuju untuk bernikah dengan Nabi Muḥammad S.A.W sebagai pertukaran untuk membebaskan 100 orang tawanan yang memeluk Islam sebagai pampasan.[1][5][6]

Latar belakangSunting

Menurut William Muir, Banū al-Muṣṭalaq merupakan cabang dari kaum Bani Khuzā'ah (Yahudi), yang berdamai dengan Muḥammad   dan sahabatnya. Walau bagaimanapun, dua bulan selepas baginda pulang dari Ekspedisi Dhū Qarad, baginda mula terdengar khabar angin yang Banū al-Muṣṭalaq sedang bersedia untuk menyerang baginda, maka baginda menghantar perisik, Buraydah ibn Al-Ḥasīb Al-Aslamī,[7] untuk mengesahkan khabar ini.[6] Banū al-Muṣṭalaq juga percaya yang baginda bersedia untuk menyerang mereka. Maka, mereka juga menghantar perisik peninjau untuk mengetahui kedudukan orang Islam, tetapi ditangkap dan dibunuh. Muḥammad   memanggil orang ramai dan mengarahkan mereka untuk bersedia berperang. Selebelum bertolak, baginda mengamanahkan Zaid ibn Ḥārithah untuk menjaga kota Madinah.[1]

Serangan MengejutSunting

Mendengar kemaraan tentera Islam, kaum tersebut menjadi takut dan kaum Arab yang bersama mereka mula gentar dan meninggalkan mereka demi keselamatan nyawa. Abu Bakar diamanahkan untuk menjadi panglima kaun Muhajirin, dan Saad bin ‘Ubādah menjadi panglima kaum Anṣar. Kedua-dua tentera diletakkan di telaga bernama Al-Muraysī', berhampiran laut dan mempunyai jarak yang hampir dengan Makkah. Mereka berlawan dengan panah selama sejam, dan tentera Muslim mara begitu cepat dan mengepung al-Muṣṭalaq serta menawan keseluruhan puak sebagai tawanan bersama ternakan mereka. Pertarungan ini berakhir dengan kemenangan kepada tentera Muslim.[2][8]

'Alī ibn Abī Ṭālib membunuh beberapa orang Banū al-Muṣṭalaq; antaranya ialah Mālik dan anak lelakinya.[6]

Dua ratus orang ditawan, dua ratus ekor unta bersama lima ribu bebiri dan kambing serta barangan dirampas sebagai harta rampasan perang. Barangan tersebut dilelong untuk pembida tertinggi.[2]

Hanya seorang Muslim terbunuh secara tidak sengaja oleh kaum Ansar. Juwairiyah binti Harith, anak permempuan ketua Banū al-Muṣṭalaq juga telah ditawan dan beliau bersetuju untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad sebagai cagaran untuk membebaskan 100 orang tawanan yang telah memeluk Islam.[5]

Perbalahan antara pejuangSunting

Tentera Islam tetap berada di telaga Al-Muraysī' untuk beberapa hari, ketia itu berlakunya perbalahan antara Muhajirin dan Ansar. Salah seorang Muhajirin bernama Jahja menyerang seorang Ansar, dan kedua-dua kumpulan itu kemudiannya berbalah sehingga dileraikan oleh Nabi Muḥammad.[1]

'Abdullāh ibn ‘Ubayy, yang dirujuk sebagai kepala kaum Munafik oleh sejarahwan Islam, menjadi marah dengan rancangan tentera Muslim dan bersumpah "yang lebih mulia akan menghalau orang yang paling hina dari Madinah," dan menambah: "Mereka (orang Muslim) sudah melebihi kita dan berkongsi tanah kita. Jika kamu membesarkan anjing kamu, pasti dia akan makan kamu balik." Apabila percakapan itu dilaporkan kepada Nabi Muḥammad  , 'Umar meminta izin untuk membunuh Ibn ‘Ubayy. Baginda seperti biasa menolaknya dengan alasan yang seorang Nabi itu bukanlah tujuannya untuk membunuh.[1]

Anak lelaki 'Abdullāh ibn Ubayy, yang juga bernama 'Abdullāh, sangat memarahi bapanya itu akibat kebiadabannya. Apabila tentera tiba di Madinah, dia mengeluarkan pedangnya dan meletakkan di kepala bapanya dan menghalang bapanya dari memasuki kota itu sehingga dia mengaku yang dia itu sebenarnya yang paling hina di kalangan penduduk Madinah dan Nabi Muḥammad   itu yang paling mulia. Si anak tadi sedia untuk memancung kepala bapanya dan membawanya kepada baginda jika dimahukannya[1]

Dia berkata, menurut Sejarahwan Islam al-Ṭabarī:

"Ya Rasulullah, saya diberitahu yang tuan ingin membunuh ‘Abdullāh ibn Ubayy kerana apa yang dilaporkan kepadamu tentangnya. Jika tuan menginginkannya, suruhlah saya melakukannya dan saya akan bawa kepalanya. Demi Allah, Kaum Khazraj tahu yang tiada yang lebih kuat berbakti kepada bapa melainkan saya. Saya takut yang jika kamu mengarahkan orang lain melakukannya dan dia mungkin membunuhnya; lalu jiwa saya tidak akan membenarkan saya melihat pembunuh 'Abdullāh ibn Ubayy berjalan di kalangan orang ramai: Saya akan membunuhnya, membunuh orang yang beriman demi membalas dendam terhadap orang yang tidak beriman, lalu saya dimasukkan ke dalam Api [Neraka]."

[Tabari, Jilid 8, Victory of Islam, ms. 55][6][6]


Menurut Ar-Raheeq Al-Makhtum, Nabi Muḥammad   tidak menghukum Abdullāh ibn Ubayy. 'Umar ibn Al-Khattāb bertanya kepada baginda mengapa baginda tidak menerima tawarannya untuk membunuh Abdullah, dan baginda menjawab:[1]

"Tidakkah kamu lihat, wahai 'Umar, jika saya membiarkan dia ('Abdullāh ibn Ubayy) dibunuh, akan datang sekumpulan orang-orang yang ada kuasa yang marah untuk membelanya. Bertentangan dengan itu, jika saya menyuruh pula mereka untuk membunuhnya, mereka melakukan hal yang demikian bukan daripada kehendak mereka sendiri." ‘Umar menjawab "Saya bersumpah demi Allah bahawa pengadilan Nabi lebih bernas berbanding saya."
'[Ibn Hishām 2/293, rujukan dalam The Sealed Nectar]'
[1]


Sumber utama IslamSunting

Penulisan hadithSunting

Peristiwa ini disebutkan dalam banyak ḥadīth.

Aku menulis surat kepada Nāfi' dan Nāfi' menulis sebagai balasan suratku bahawa Rasulullah   telah menyerang secarang tiba-tiba akan Banū al-Muṣṭalaq tanpa sebarang amaran sedangkan tengah leka dan ternakan mereka masih minum di tempat minum. Pejuang mereka terbunuh dan wanita serta kanak-kanak ditawan; Rasulullah   mendapat Juwairīyah pada hari itu. Nāfi' berkata yang Ibn 'Umar memberitahunya akan riwayat di atas dan Ibn 'Umar merupakan salah seorang tentera.

Sahih Bukhari, 76:1:422

Ibn 'Awn meriwayatkan: Saya menulis kepada Nāfi' bertanya kepadanya sama ada perlu untuk mengajak (yang bukan Islam) untuk menerima (Islam) sebelum memerangi mereka. Dia menulis (untuk membalas) yang itu adalah perlu ketika awal Islam. Rasulullah   melakukan serangan terhadap Banū al-Muṣṭalaq ketika mereka tidak sedar dan ternakan mereka sedang minum dia tempat air. Baginda membunuh mereka yang melawan dan menahan yang lain. Pada hari tersebut, baginda menawan Juwairīyah binti al-Ḥārith. Nāfi' memberitahu yang riwayat ini dikaitkan dari 'Abdullāh ibn 'Umar yang dia sendiri bersama tentera tersebut.

Sahih Muslim, 19:4292

Banyak lagi ḥadīth yang menyebut akan serangan mengejut ini, menurut sejarahwan Sir William Muir.[2]

Penulisan biografiSunting

Peristiwa ini disebut dalam biografi baginda karangan Ibn Hishām, ulama Ibn Qayyim al-Jawzīyah turut menyebut peristiwa ini dalam biografi Nabi Muḥammad yang bernama Zād al-Ma'ād.[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k Mubarakpuri, Saifur Rahman Al (2005), The sealed nectar: biography of the Noble Prophet, Darussalam Publications, halaman 386–387 (online) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "TheSealed" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c d e William Muir (2003), The life of Mahomet, Kessinger Publishing, m/s. 310, ISBN 978-0-7661-7741-3 (original)
  3. ^ Abū Khalīl, Shawqī (2003). Atlas of the Quran. Dar-us-Salam. m/s. 242. ISBN 978-9960-897-54-7.
  4. ^ Hawarey, Dr. Mosab (2010). The Journey of Prophecy; Days of Peace and War (Arabic). Islamic Book Trust.Note: Book contains a list of battles of Muhammad in Arabic, English translation available here
  5. ^ a b Sunan Abu Dawud, Kitab 29, Nombor 3920
  6. ^ a b c d e Sir William Muir (1861), [http://books.google.co.uk/books? id=LMkUAAAAYAAJ&pg=front The life of Mahomet and history of Islam to the era of the Hegira: with introductory chapters on the original sources for the biography of Mahomet and on the pre-Islamite history of Arabia, Volume 3] Periksa |url= value (bantuan), Smith, Elder & Co, m/s. 243 Missing pipe in: |url= (bantuan); line feed character dalam |url= pada kedudukan 33 (bantuan); line feed character dalam |title= pada kedudukan 45 (bantuan) (see also, [http://books.google.co.uk/books?id=QyIPouT4DqcC&printsec=frontcover abridged version] republished in 2009 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "autogenerated8" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "autogenerated8" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "autogenerated8" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "autogenerated8" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ Ar-Raheeq Al-Makhtum.
  8. ^ Watt, W. Montgomery (1956). Muhammad at Medina. Oxford University Press. m/s. 35. ISBN 978-0-19-577307-1. line feed character dalam |title= pada kedudukan 13 (bantuan)Selenggaraan CS1: menggunakan parameter authors (link) (free online)