Semenyih

Sebuah pekan di Selangor
(Dilencongkan dari Kemudahan Awam di Semenyih)

Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.

Semenyih
Bandar Semenyih
Bandar
Balai Polis Semenyih
Balai Polis Semenyih
Map
Semenyih is located in Bumi
Semenyih
Semenyih (Bumi)
Koordinat: 2°57′N 101°51′E / 2.950°N 101.850°E / 2.950; 101.850Koordinat: 2°57′N 101°51′E / 2.950°N 101.850°E / 2.950; 101.850
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahHulu Langat
MukimBandar Semenyih
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dipatuhi
Laman sesawanghttp://www.mpkj.gov.my
Perarakan anti komunis di Semenyih 1952
Perarakan anti komunis di Semenyih 1952

Istilah sunting

Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.

  • Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.
  • Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
  • Istilah ini dikaitkan dengan kata 'Sibengis','Si monyet' ,'Monyet' dan lain-lain

Lokasi sunting

Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.

Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.

Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

Jarak sunting

Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut:

Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya lama dan lebuh raya. Tidak ada landasan kereta api dan jalan air mahupun landasan kapal terbang. Lapangan terbang terdekat adalah KLIA yang berjarak 60km.

Bentuk mukabumi sunting

Semenyih terletak pada ketinggian 43 meter dari aras laut.

Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diliputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih. Di sinilah kegiatan ekonomi , perumahan dan pembangunan infrastruktur dilaksanakan.

Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih. Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu, iaitu tahun-tahun sebelum 1965, kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.

Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.

Sungai sunting

Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut:-

Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja. Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat. Pertemuan sungai ini terletak di Jenderam Hilir dan menjadi lokasi Loji Semenyih.

Tanah Tinggi sunting

Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah:

Bukit Tinggi (kaki)
Bukit Arang 1838
Bukit Naning 1418
Bukit Tekala 783
Bukit Pening 1068
Bukit Berak 331
Bukit Ulu Beranang 2654
Bukit Broga 400
Bukit Rambai 490
Bukit Buluh 421
Bukit Tempurung 401
Bukit Payung 354

Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. Air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian, sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang, Kuala Langat dan lain-lain.

Cuaca sunting

Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih. Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius.

Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan

Tumbuhan semula jadi sunting

Hutan Lipur Sungai Tekala terletak di mukim Hulu Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

Hutan Lipur Sungai Tekala termasuk dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, Selangor.

Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan air yang ditadah, diempang oleh Empangan Semenyih. Airnya disalurkan melalui paip air ke Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semenyih tidak menerima air daripada Empangan Semenyih. Kawasan Semenyih kmendapat bekalan air dari hilir Sungai Semenyih iaitu di Jenderam yang dipanggil Semenyih Intake.

Sejarah sunting

Pusat Rekreasi Semenyih sunting

  1. Air terjun Sungai Tekala
  2. Air Terjun sungai Batangsi
  3. Air Terjun Sungai Gabai
  4. Air Terjun Sungai Lalang
  5. Empangan Semenyih
  6. Air panas Broga
  7. Bukit Broga

Pusat Ibadat Semenyih sunting

  1. Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih
  2. Masjid Kampung Pasir ,Kampung Pasir
  3. Masjid Kampung Rinching Hilir , Kampung Rinching Hilir
  4. Masjid Kampung Batu Tiga,Kampung Batu Tiga
  5. Masjid Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Hulu
  6. Masjid Kampung Sungai Kembung,Kampung Sungai Kembung
  7. Kuil Seri Subramaniam ,Pekan Semenyih
  8. Kuil Ladang Semenyih,Ladang Semenyih
  9. Kuil Kampung Rinching Tengah,Kampung Rinching Tengah
  10. Kuil Sekolah Tamil Ladang Rinching
  11. Kuil Kampung Sireh, Kampung Sireh
  12. Gereja Ladang Semenyih, Kampung Baru Jaya, Semenyih
  13. Gereja Lutheran Kampung Baru Jaya, 43500 Semenyih
  14. Gereja Semenyih Assembly of God, Taman Paling Jaya, Semenyih

Pendidikan di Semenyih sunting

Taman perumahan di Semenyih sunting

  • Ascotte Boulevard
  • Bandar Teknologi Kajang
  • Bandar Rinching
  • Bandar Sunway Semenyih (http://www.ppbss.org Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine)
  • Kem Batalion 4 P.G.A Semenyih
  • Rumah PKNS Batu 1/2 Jalan Bangi
  • Setia Ecohill
  • Setia Ecohill 2
  • Taman Bangi Jaya
  • Taman Bukit Semenyih
  • Taman Bunga Raya
  • Taman Dalma batu 1/2 Jalan Bangi
  • Taman Desa Anggerik
  • Taman Desa Mewah
  • Taman Dusun Jaya
  • Taman Gembira
  • Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang
  • Taman Hiew Piow
  • Taman Kenanga
  • Taman Paling Jaya
  • Taman Pelangi Semenyih
  • Taman Raja Uda
  • Taman Semenyih Impian
  • Taman Semenyih Indah
  • Taman Semenyih Mewah
  • Taman Semenyih Mewah Fasa 2
  • Taman Semenyih Permai
  • Taman Semenyih Ria
  • Taman Seri Haneco
  • Taman Sri Mawar
  • Taman Sri Tanjung
  • Taman Tan Sri Manickavasagam (sejak 1990-an)
  • Taman Tasik Semenyih
  • Tiara East Residence
  • Taman Semenyih Indah 2
  • Taman Semenyih Mewah Fasa 3 (The Green)
  • Taman Semenyih Mewah Fasa 4 (The House)
  • Taman Semenyih Jaya

Serta banyak lagi yang lain di Semenyih yang tidak dapat diketahui nama taman perumahan itu.

Jalan raya di Semenyih sunting

Ekonomi Semenyih sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-27. Dicapai pada 2019-04-27.
  2. ^ https://www.apac.com.my/location/selangor/semenyih/
  3. ^ http://pendidikan.jais.gov.my/sra-hlangat
  4. ^ http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-sekolah-rendah-agama-sra-swasta/resource/0036e117-0cef-407d-9601-923f1c628289
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 2021-09-05.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-27. Dicapai pada 2019-04-27.
  7. ^ https://www.apac.com.my/location/selangor/semenyih/
  8. ^ https://university.tuitionjob.com/UniversityList/Selangor/Semenyih

Pautan luar sunting