Kemuflisan
Kemuflisan adalah keadaan seseorang individu atau sesebuah syarikat diisytiharkan mahkamah tidak lagi mampu membayar balik hutang lapuk, yakni muflis (Jawi: مفليس, juga bankrap - serapan Bahasa Inggeris: bankrupt - atau bangkrut[1] - serapan Bahasa Belanda: bankroet).

Kebangkrutan telah dicatat di Perjanjian Lama dan Timur Jauh.
Kendalian mengikut negaraSunting
Di MalaysiaSunting
Semua undang-undang berkaitan pengurusan hutang di Malaysia dimaktubkan dalam Akta Kebankrapan 1967.
Seseorang dikira muflis atau "bankrap" apabila memenuhi tiga kriteria utama:[2]
- Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM100,000.
- Hutang tidak dapat dibayar dalam tempoh 6 bulan.
- penghutang bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.
Individu yang mendapati diri tidak mampu melangsaikan hutang oleh membuat permohonan mengisytiharkan ketidakmampuan tersebut atau "kebankrapan" diri ke pihak mahkamah tinggi seperti dibenarkan di bawah Seksyen 7 Akta Kebankrapan, di mana segala prosedur hendaklah dipatuhi sepertimana yang dinyatakan dalam Kaedah dalam akta tersebut.[3]:no. 7 Status "kebankrapan" hanya akan sahih apabila diberikan dalam suatu Perintah Mahkamah setelah permohonan dibuat sendiri mahupun dari pihak yang dihutang ("pemiutang").[3]:no. 13
Di SingapuraSunting
Urusan pembayaran hutang di Singapura dikendalikan di bawah Akta Kemuflisan, Penyusunan Semula dan Pembubaran 2018 (Insolvency, Restructuring and Dissolution Act 2018).[4]
Seseorang boleh jatuh muflis sekiranya tidak mampu membayar hutang sebanyak $15,000 baik melalui permohonan oleh pihak penghutang secara sukarela mahupun dari pihak dihutang.[4][5]
Di BruneiSunting
Di IndonesiaSunting
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ bankrupt. Istilah MABBIM (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Amir Faiz (4 Mac 2021). "Apa Itu Muflis?". Bijak Wang. Dicapai pada 6 April 2021.
- ^ a b "Soalan Lazim: Kebankrapan". Jabatan Insolvensi Malaysia. Dicapai pada 6 April 2021.
- ^ a b "Bankruptcy Proceedings" (dalam bahasa Inggeris). Mahkamah Agung Singapura. 2020. Dicapai pada 6 April 2021.
- ^ "Process of Filing for Bankruptcy in Singapore & What's Next?". Singapore Legal Advice. 22 Februari 2021. Dicapai pada 6 April 2021.
- Sumber utama
- Sandage, Scott A. (2005). Born Losers: A History of Failure in America. Harvard University Press.
Pautan luarSunting
- U.S. Federal Bankruptcy Courts
- Executive Office for United States Bankruptcy Trustees
- Cornell Bankruptcy Laws
- National Association of Consumer Bankruptcy Attorneys
- Website of the Insolvency Service in the UK
- Bankruptcy Statistics in Hong Kong
- Bankruptcy Research Database (WebBRD)
Rencana berkaitan hal kewangan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Rencana berkenaan undang-undang ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |