Kenchana Dewi
Kenchana Devi A/p Naidu (lahir 21 Mac 1974) ialah seorang pelakon dan pelawak popular di Malaysia. Beliau berketurunan India dan berkecimpung dalam dunia tarian terlebih dahulu sebelum aktif dalam drama Tamil dan Melayu. Watak Kamala dalam sitkom Puteri yang dipegangnya selama 9 musim sejak 2005 telah mempopularkan beliau hingga 5 kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).
Kenchana Devi | |
---|---|
Kelahiran | Kenchana Devi a/p Naidu 21 Mac 1974 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyampai radio |
Pasangan | Saravandevan (k. 2012) |
Pada tahun 2010 beliau muncul dalam program TV Apa-apa Aja bersama pelawak Shamsul Ghau Ghau di saluran TV3 dan mengacarakan program bual santai itu selama 2 musim. Pada tahun 2012, beliau memulakan tugas sebagai penyampai radio untuk slot pagi di saluran Suria FM. Beliau bergandingan dengan penyampai Halim Othman dan pelawak Nabil Ahmad.
Peribadi sunting
Kenchana Devi dilahirkan sebagai Kanchana Devi Naidu menamatkan zaman bujangnya ketika berusia 18 tahun apabila berkahwin tahun 1992. Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak iaitu Patkieswaran, Tashvetha Devi, dan Mishalin Devi. Selepas bercerai, beliau berkahwin semula selepas beberapa tahun kemudian dengan Saravanadevan pada tahun 2012 dan dikurniakan 1 orang iaitu Mithrasha Devi.
Kerana sikapnya yang periang dan mudah mesra, ramai yang tidak menyangka bahawa Kenchana sudah berusia lewat 30an. Beliau juga sering membawa watak gadis remaja dalam banyak drama.
Filemografi sunting
Filem sunting
- Soal Hati (2000)
- Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006)
- Dunia Baru The Movie (2008)
- Skrip 7707 (2009)
- Semerah Cinta Stilleto (2010)
- Baik Giler!! (2012)
- Adik Manja Returns (2012)
Televisyen sunting
- Puteri (2005 - 2008)
- Tak Tercapai Akalmu (2006)
- Seputeh Qaseh Ramadan (2006)
- Cinta Untuk Ain (2008)
- Laila Majnun (2008)
- Sebumbung (2009)
- Puteri Reunion (2022)
Radiografi sunting
Radio sunting
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2012–2013 | Breakfast@Suria | Suria |