Kenderaan tempur berperisai

Kenderaan tempur berperisai (bahasa Inggeris: armoured fighting vehicle atau AFV) merupakan sejenis kenderaan tentera yang dilindungi oleh perisai dan dilengkapi dengan senjata. AFV boleh terdiri daripada jenis beroda ataupun berunut.

Kenderaan tempur berperisai dikelaskan mengikut peranannya di medan peperangan dan ciri-ciri. Pengelasan ini tidak tetap; pada masa dan negara berlainan, kenderaan yang sama akan dikelaskan di dalam peranan yang berbeza. Sebagai contoh, pengangkut anggota berperisai (APC) secara umumnya akan digantikan oleh kenderaan tempur infantri (IFV) dalam peranan yang hampir sama, tetapi IFV kurang keupayaan jika dibandingkan dengan APC.

Kenderaan tempur berperisai kegunaan am yang berjaya sering kali bertindak sebagai asas kepada keseluruhan keluarga kenderaan khusus, contohnya M113 dan pengangkut berunut MT-LB dan AFV beroda, Mowag Piranha.

Kereta kebal sunting

 
M1A2 Abrams dengan TUSK

Kereta kebal adalah sejenis kenderaan tempur berperisai yang mampu beroperasi di semua permukaan bumi dengan peranan utamanya bagi menyerang pasukan musuh dengan menggunakan tembakan langsung di dalam tugas serbuan hadapan. Meskipun beberapa konfigurasi telah dicuba, terutamanya pada hari-hari ujian awal dalam pembangunan kereta kebal, satu rekabentuk standard dan matang akhirnya menghasilkan satu corak yang diterima umum. Sesebuah kereta kebal memiliki meriam artileri utama pada turet yang boleh berputar sepenuhnya dan dipasang di atas kerangka automatif berunut, serta pelbagai jenis mesingan.

Kereta berperisai sunting

 
M1114GR HMMWV milik Tentera Darat Greek memiliki keupayaan untuk dipasang dengan 9M133 Kornet di atasnya.

Kereta berperisai ketenteraan merupakan sejenis kenderaan beroda berperisai, lebih ringan berbanding kenderaan ketenteraan berperisai yang lain, dilengkapi dengan perisai dan/ atau senjata pertahanan diri bagi melindungi krewnya. Kenderaan ketenteraan beroda berbilang gandar yang lain boleh jadi agak besar dan sebenarnya lebih superior berbanding beberapa kenderaan berunut yang lebih kecil dari segi perisai dan persenjataan.

Pengangkut anggota berperisai sunting

 
Priest Kangaroo daripada Bateri Gerak Sendiri ke-209, Artileri Diraja, mengangkut anggota infantri dari Divisyen ke-78 berhampiran Conselice, Itali, 13 April 1945

Pengangkut anggota berperisai bertujuan untuk mengangkut anggota infantri dengan pantas dan selamat ke tempat di mana mereka akan diatur gerak. Pada tahun 1918, kereta kebal Mk V Britain telah berjaya mengangkut sejumlah kecil anggota tentera dan pada tahun 1944, seorang jeneral Kanada, Guy Simonds telah mengarahkan pengubahan suaian dilakukan terhadap kenderaan berperisai yang berlebihan bagi membawa anggota tentera (secara umumnya dinamakan "Kangaroo"). Ini membuktikan kejayaan yang besar meskipun tanpa latihan dan konsep yang digunakan di dalam Kumpulan Tentera Darat ke-21. Selepas perang, rekabentuk yang khusus dibina dan menghasilkan M113 buatan Amerika Syarikat.

Kenderaan tempur infantri sunting

 
Sebuah kenderaan tempur infantri, M2 Bradley buatan Amerika Syarikat.

Kenderaan tempur infantri (IFV) merupakan sejenis pengangkut anggota berperisai yang mana membenarkan infantri untuk berperang dari dalamnya, dan boleh memberi bantuan tembakan yang penting. IFV pertama merupakan BMP-1 buatan Soviet, yang mana mengejutkan para penganalisis perisikan barat apabila ia muncul di dalam satu perbarisan ketenteraan pada tahun 1967.

IFV moden merupakan sejenis pengangkut yang dipersenjatai secukupnya dan membenarkan infantri di dalamnya bertempur dari dalam. Ia berbeza dengan APC terawal berdasarkan persenjataan beratnya yang membolehkan IFV memberi bantuan tembakan terus semasa serbuan, tapak tembakan membolehkan infantri untuk menembak senjata persendirian apabila terpasang dan perisai yang dipertingkatkan. IFV juga biasanya dilengkapi dengan selaras meriam automatik berkaliber 20mm atau lebih, dan kemungkinan dengan peluru berpandu anti kereta kebal. IFV juga biasanya dipasang dengan runut, akan tetapi kenderaan jenis beroda mungkin terdapat di dalam kategori ini.

IFV yang dipasang khusus telah mengambil alih beberapa peranan atau tugas kereta kebal ringan; ia digunakan di dalam tugas-tugas pengawasan, dan IFV ringan boleh digunakan oleh unit-unit udara yang mana harus mampu untuk bertempur tanpa kuasa tembak tinggi yang diberikan oleh kereta kebal.

Pemusnah kereta kebal sunting

 
NM142, sebuah pemusnah kereta kebal moden buatan Norway dilengkapi dengan peluru berpandu anti kereta kebal.

Meriam anti kereta kebal gerak sendiri, atau pemusnah kereta kebal, banyak digunakan terutamanya bagi memberi sokongan anti kereta kebal untuk unit-unit infantri atau kereta kebal, di dalam operasi-operasi pertahanan atau pengunduran. Ia mungkin dilengkapkan dengan meriam anti kereta kebal berkelajuan tinggi atau kadang kala pelancar peluru berpandu anti kereta kebal (ATGM).

Pemusnah kereta kebal tidak boleh mengisi kebanyakan peranan kereta kebal; ia kurang fleksibel, dan biasanya kekurangan keupayaan anti infantri, akan tetapi ia tidak mahal untuk dihasilkan, diselenggara dan dibekalkan semula berbanding kereta kebal.

Pemusnah kereta kebal bermeriam telah banyak mengambil alih peranan kereta kebal kegunaan am dan pelancar peluru berpandu anti kereta kebal sejak Perang Dunia II, dengan pengangkut ATGM berperisai ringan digunakan untuk menambah keupayaan anti kereta kebal jarak jauh, dan mengantikan kereta kebal di dalam pasukan kecil dan udara.

Meriam gerak sendiri sunting

Meriam gerak sendiri atau (bahasa Inggeris:self-propelled gun (SPG)) ialah sebuah meriam, samada ia merupakan dalam bentuk artileri, meriam anti-kereta kebal atau meriam anti-pesawat, dipasang pada sebuah kerangka kenderaan bermotor beroda atau berunut. Meriam sebegini boleh dikendalikan dengan menggunakan kuasanya sendiri berlawanan dengan meriam tunda yang bergantung pada sebuah kenderaan atau alat lain bagi bergerak ke medan pertempuran. Meriam gerak sendiri merupakan sejenis senjata sokongan tempur; ia digunakan oleh unit-unit sokongan tempur bagi membantu atau ditumpangkan kepada unit-unit tempur utama seperti infantri dan armor.

Beberapa meriam gerak sendiri digunakan dalam bentuk artileri menyerupai meriam howitzer tunda tradisional dan juga terletak di bawah perincian kelas artileri gerak sendiri, tetapi dua istilah ini tidak sama dan ia bukan merupakan sub-kumpulan atau pengkhususan bagi yang satu lagi.

Kelebihan taktikal terbesar dalam kes meriam artileri secara jelasnya adalah darjah mobiliti yang tinggi yang dimilikinya dibandingkan dengan artileri tunda. Ia bukan hanya penting dalam menawarkan kelebihan fleksibilti kepada pasukan tentera yang lebih baik, tetapi juga kritikal bagi mengelakkan serangan (tembakan balas bateri) daripada musuh dengan membenarkan kedudukan meriam ditukar serta merta selepas melepaskan sebutir atau dua butir peluru dan sebelum kedudukan mereka dapat diketahui (taktik "tembak-dan-lari"). Kelebihan kedua adalah dari segi meriam berperisai yang dapat memberi perlindungan kepada krew meriam.

Tankette sunting

 
Sebuah tankette di muzium Poland.

Tankette merupakan sebuah kenderaan tempur berperisai kecil yang mempunyai krew seramai satu atau dua orang. Sama seperti sebuah kereta kebal, ia bertujuan untuk memberi sokongan infantri atau pengawasan. Kebanyakannya tidak memiliki turet dan dilengkapi dengan satu atau dua laras mesingan, atau kadang kala dengan meriam berat atau pelancar bom. Tankette dikeluarkan sekitar tahun 1930 sehingga 1941, akan tetapi konsep ini kemudian ditolak disebabkan kegunaannya yang terhad dan mudah terdedah kepada senjata anti kereta kebal. Peranannya kemudian diambil alih oleh kereta berperisai.

Satu rekabentuk klasik adalah tankette Carden Loyd buatan Britain—diikuti dengan banyak model-model selepasnya. Jepun banyak menggunakan tankette, menghasilkan beberapa rekabentuk, yang mana mereka dapati sangat berguna di dalam peperangan hutan.

Tankette lain termasuk pengangkut Universal buatan Britain dan TKS buatan Poland.

Lihat juga sunting


Rujukan sunting

Pautan luar sunting