Kenneth Bruce Gorelick (lahir 5 Jun 1956), lebih dikenali dengan nama pentas Kenny G, ialah seorang pemain saksofon Amerika Syarikat yang dilahirkan di Seattle kepada sebuah keluarga Yahudi. Album 1986 beliau, Duotones, membawanya menerima kejayaan komersial.[1] Kenny G ialah antara artis terlaris sepanjang zaman, dengan penjualan global berjumlah lebih dari 75 juta rakaman.[2]

Kenny G
Kenny G pada 2013
Latar belakang
Nama lahirKenneth Bruce Gorelick
Juga dikenali sebagai
Kenny G
Kelahiran (1956-06-05) 5 Jun 1956 (umur 67)
Seattle, Washington, Amerika Syarikat
Berasal dariAnn Arbor, Michigan, A.S.
GenreSmooth jazz
Kontemporari dewasa
PekerjaanPemuzik, penulis lagu, penerbit rakaman
InstrumenSaksofon soprano
Saksofon alto
Saksofon tenor
Seruling
Tahun aktif1973 – 1982 (kumpulan)
1982 – kini (solo)
Syarikat rakaman
Arista (1982 – 2006)
Concord (2006 - kini)
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.kennyg.com

Kehidupan awal sunting

Kenny G dilahirkan di Seattle, Washington. Ibunya berasal dari Saskatchewan, Kanada. Keluarganya beragama Yahudi, dan beliau dibesarkan di Seward Park, yang merupakan pusat komuniti Yahudi di bandar itu. Beliau mulai tertarik dengan saksofon ketika mendengar persembahan di The Ed Sullivan Show.[1] Beliau mula bermain saksofon, alto Buffet Crampon, pada tahun 1966 ketika berusia 10 tahun.[3]

Kenny G bersekolah di Whitworth Elementary School, Sharples Junior High School, Franklin High School, dan Universiti Washington, semuanya di bandar kelahirannya, Seattle. Ketika beliau memasuki sekolah menengah, beliau tidak dapat menyertai kugiram jazz namun mencuba nasib sekali lagi pada tahun berikutnya dan menerima pelawaan.[4][5] Rakan sekelas beliau di Franklin High School, Robert Damper (piano, keyboard) bermain dalam kugirannya.[6][7] Semasa belajar di sekolah menengah, beliau menghadiri kelas saksofon dan klarinet dari Johnny Jessen, seminggu sekali selama setahun.

Beliau juga ahli pasukan golf sekolah menengahnya. Beliau telah menjadi peminat sukan ini sejak abangnya, Brian Gorelick, memperkenalkannya kepada sukan golf ketika beliau berusia sepuluh tahun.[5]

Kerjaya sunting

Kerjaya Kenny G bermula dengan pekerjaan sebagai pembantu untuk Love Unlimited Orchestra milik Barry White pada tahun 1973; beliau berusia 17 dan masih di sekolah menengah.[8][9] Beliau terus bermain secara profesional sambil mengikuti jurusan di bidang perakaunan di Universiti Washington di Seattle, dan lulus dengan menerima ijazah magna cum laude.[8][10] Beliau bermain bersama kumpulan funk Cold, Bold and Together[10] sebelum menjadi ahli The Jeff Lorber Fusion.[9] Beliau memulakan kerjaya solonya selepas tempohnya bersama Lorber.[9]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album percutian sunting

Album secara langsung sunting

Album himpunan terbaik sunting

Album kompilasi sunting

Album saduran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kenny G Is Still the Smooth Jazz King". Barnes & Noble.com. Oktober 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2007. Dicapai pada 7 April 2007.
  2. ^ Hwang, Kellie (2 Julai 2013). "7/5: Kenny G performing at Wild Horse Pass Casino". The Arizona Republic. Dicapai pada 23 September 2013.
  3. ^ Kenny G (19 Jun 2009). "Some more Q&A". Kenny G Rhythm and Romance. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2010. Dicapai pada 1 April 2010.
  4. ^ Diaz, Jaime (Disember 2006). "After selling millions of records, Grammy winner Kenny G wants to conquer golf". Golf Digest. Dicapai pada 7 April 2007.
  5. ^ a b Kroichick, Ron (7 Februari 2007). "Kenny G can swing with the best of them". Scripps News. ScrippsNews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2007. Dicapai pada 7 April 2007.
  6. ^ "Robert Damper". Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 24, 2014. Dicapai pada Oktober 24, 2014.
  7. ^ "Gene Stout. Seattle-bred sax star Kenny G wows crowd in Jazz Alley debut". The Seattle Times. 27 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2014. Dicapai pada 24 October 2014.
  8. ^ a b Glenn, Alan (1995). "Kenny G". Encyclopedia.com. HighBeam Research, Inc. Dicapai pada 1 April 2010.
  9. ^ a b c Yanow, Scott. "Kenny G Biography". AllMusic. Dicapai pada 7 April 2007.
  10. ^ a b Zimmerman, Kevin (30 September 2002). "Kenny G Has Time on his Side". BMI.com. Dicapai pada 7 April 2007.

Pautan luar sunting