Ketungan, juga dikenali sebagai ketuk-ketuk, ialah sebuah buluh atau kayu berongga yang dijadikan alat bunyian. Kentungan biasanya mempunyai satu lubang, namun kadangkala ada dua atau tiga (ditoreh menjadi bentuk "H"). Lubang tersebut menghasilkan nada yang berbeza mengikut kelebaran dan ketebalannya. Alat ini dapat dijumpai di Afrika, Asia Tenggara dan Oceania. Di Afrika kentungan digunakan untuk berkomunikasi dari jarak auh dan diletakkan di kawasan yang bersesuaian seperti di tepi sungai atau di lembah.[1]

Pemalu orang Bamileke di Wilayah Barat Kameroon.

Kentungan dibuat dengan kebuk supaya apabila pengetuk memalu kentungan getaran yang terhasil akan melantun di dalam kebuk. Kebuk tersebut bergema dan menyebabkan bunyi yang diketuk menjadi lebih kuat dan keluar mengikut lubang yang sama. Jika kebuk penggema padan dengan saiz lubang, ruangnya akan dapat menghasilkan satu gelombang bunyi yang sempurna dengan nadanya, dan kentungan dapat hasilkan bunyi yang lebih kuat dengan tenaga yang rendah daripada satu paluan.

Orang Vanuatu menoreh balak dengan corak dan rongga, serta satu lubang menegak di depan. Gendang jenis ini dapat menghasilkan bunyi yang lebih mendalam apabila luarnya diketuk dengan pengetuk.

Kentungan yang disusun, julat nada C3–C4

Senarai kentunganSunting

GaleriSunting

Lihat jugaSunting

  • Muzik buluh
  • Gendang dalam komunikasi
  • Dram tanki
  • Kertuk kayu

NotaSunting

  1. ^ Hart, M., Lieberman, F., & Sonneborn, D. A. (1991) Planet drum: a celebration of percussion and rhythm. h. 52.
  2. ^ Gato drum, Metropolitan Museum of Art, New York.
  3. ^ Mercurio, Philip Dominguez (2006). "Traditional Music of the Southern Philippines". PnoyAndTheCity: A center for Kulintang - A home for Pasikings. Dicapai pada June 12, 2006.

RujukanSunting

  • Hart, M., Lieberman, F., & Sonneborn, D. A. (1991). Planet drum: a celebration of percussion and rhythm. New York: Harper Collins. ISBN 9780062504142.

Pautan luarSunting