Kenyir Geopark, merupakan sebuah Geopark Kebangsaan yang berada di Malaysia, ataupun lebih tepatnya di Negeri Terengganu yang terletak di daerah Hulu Terengganu [1].

Perihal sunting

Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan 209,199 hektar adalah tasik buatan terbesar di Asia Tenggara dan menjadi habitat kepada ribuan spesis flora dan fauna [2].

Keluasan itu merangkumi kawasan Tasik Kenyir seluas 26,000 hektar, 340 buah pulau, 15 kawasan geotapak antaranya penemuan fosil kesan tapak kaki dinasour, batu kapur Bukit Bewah, penara Gunung Gagau [2].

Ini termasuk 11 tapak warisan budaya seperti Batu Bersurat, Makam Tok Gajah, Kampung Tradisi, serta 10 lokasi biotapak antaranya Gua Bewah, Gua Taat, Sungai Lawit, Taman Orkid, Gunung Gagau dan Santuari Gajah [2].

Ia juga adalah lokasi di mana fosil dinosaur ditemukan selain penemuan rangka manusia tertua di Malaysia dikenali sebagai ‘Bewah Man’ - yang berusia 16,000 tahun dan fosil marin, Shikamaia Sp. (kerang gergasi) yang dianggarkan berusia 250 juta tahun di sekitar dinding gua berkenaan [2].

Usaha pewujudan dan pengiktirafan sunting

pada 31 Mei 2023, dalam mesyuarat Jawatankuasa Geopark yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Abdul Wahid Abu Salim di Putrajaya, telah mengiktiraf Tasik Kenyir, sebagai Geopark Kebangsaan, yang Bernama Kenyir Geopark, yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman [3], dan juga diketahui bahawa Usaha menjadikan Kenyir sebagai geopark bermula pada tahun 2015, Bagaimanapun pelbagai halangan terpaksa dilalui sebelum mendapat pengiktirafan itu [4], lalu pihak Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri berkata

"Mesyuarat NRECC turut menetapkan 2027 sebagai penilaian semula status Kenyir sebagai geopark,"

dan beliau juga berkata

pengiktirafan itu akan membuka dimensi baharu kepada sektor pelancongan Tasik Kenyir yang sememangnya sudah mendapat tarikan utama dalam kalangan pelancong.

[5], dan pihak Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata

turut menjelaskan pengisytiharan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo tidak akan membebankan mana-mana pihak atau menjejaskan pendapatan sedia ada kerana tidak membabitkan pewartaan.

[6].

Rujukan sunting

  1. ^ "Tasik Kenyir Diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan". bernama.com. BERNAMA (Malaysia). 31 Mei 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023. Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark"(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d Mastura Jamal Din (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir Kini Diisytihar Geopark Kebangsaan". www.trdi.my. TRDI (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan 209,199 hektar adalah tasik buatan terbesar di Asia Tenggara dan menjadi habitat kepada ribuan spesis flora dan fauna, Keluasan itu merangkumi kawasan Tasik Kenyir seluas 26,000 hektar, 340 buah pulau, 15 kawasan geotapak antaranya penemuan fosil kesan tapak kaki dinasour, batu kapur Bukit Bewah, penara Gunung Gagau, Ini termasuk 11 tapak warisan budaya seperti Batu Bersurat, Makam Tok Gajah, Kampung Tradisi, serta 10 lokasi biotapak antaranya Gua Bewah, Gua Taat, Sungai Lawit, Taman Orkid, Gunung Gagau dan Santuari Gajah, Ia juga adalah lokasi di mana fosil dinosaur ditemukan selain penemuan rangka manusia tertua di Malaysia dikenali sebagai ‘Bewah Man’ - yang berusia 16,000 tahun dan fosil marin, Shikamaia Sp. (kerang gergasi) yang dianggarkan berusia 250 juta tahun di sekitar dinding gua berkenaan.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ KAMALIZA KAMARUDDIN (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan". www.utusan.com.my. Utusan Malaysia (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Terengganu melakar satu lagi sejarah baharu dalam industri pelancongan apabila Tasik Kenyir mendapat perakuan dan diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dengan nama Kenyir Geopark.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ BERNAMA (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir is now a national geopark". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Ariffin said the recognition was one of the best achievements of the state government, which has long been trying to establish Kenyir as a geopark as contained in the Terengganu Sejahtera Master Plan (Pitas 2030), Efforts to make Kenyir a geopark began in 2015. However, various obstacles had to be overcome before obtaining the recognition.
  5. ^ BERNAMA (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Mesyuarat NRECC turut menetapkan 2027 sebagai penilaian semula status Kenyir sebagai geopark,(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ Mastura Jamal Din (31 Mei 2023). "Tasik Kenyir Kini Diisytihar Geopark Kebangsaan". www.trdi.my. TRDI (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. status Taman Geo Kebangsaan akan melonjakkan lagi nilai pelancongan dan ekonomi Tasik Kenyir dan secara tidak langsung akan meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat yang terdiri daripada masyarakat luar bandar dan Orang Asli.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Lihat Juga sunting