Kepak ayam Buffalo

Kepak ayam Buffalo dalam masakan Amerika Syarikat adalah bahagian kepak ayam yang pada amnya digoreng, tidak dilapisi tepung roti, dan direndam di dalam sos pedas lada cayenne berasaskan cuka dan mentega.[1] Ia secara tradisinya dihidangkan panas, bersama-sama dengan batang saderi dan/atau batang lobak merah dengan kuah keju biru untuk mencelup. Ada juga kepak tanpa tulang, iaitu tulang humerus dan tulang lain telah dikeluarkan.

Kepak Ayam Buffalo
Semangkuk kepak ayam Buffalo pedas
Nama alternatifBuffalo wings Chicken wings
EponimBuffalo, New York Sunting ini di Wikidata
JenisHidangan ayam Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianPembuka selera, hidangan utama
Tempat asalAmerika Syarikat
Kawasan/rantauBuffalo, New York
Dicipta olehTeressa dan Frank Bellissimo
Suhu penghidanganHangat
Bahan utamaayam, sos pedas lada cayenne, mentega
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyediaan sunting

Sos pedas lada cayenne dan mentega atau marjerin cair adalah asas sos, yang mungkin kurang pedas, sederhana pedas, atau sangat pedas. Biasanya, kepak digoreng dalam minyak (walaupun kadangkala ia dipanggang atau dibakar) sehingga keperangan. Ia kemudiannya ditos, dicampur dengan sos, dan digoncang agar kepak benar-benar diliputi dalam sos.

Kepelbagaian sunting

 
Kepak ayam rangup dengan kentang goreng

Gelaran "Buffalo" juga kini biasa digunakan untuk makanan selain daripada kepak, termasuk jejari ayam, kentang goreng ayam, ketulan ayam, ayam popcorn, udang dan piza yang diperisakan dengan sos gaya Buffalo atau variasi daripadanya.

Rasa sayap Buffalo ditiru oleh beberapa hidangan. Kelainan biasa pada sos ala "buffalo" didapati dalam kerepek kentang yang dihasilkan oleh beberapa syarikat yang berbeza. Banyak daripada "Kerepek kentang Buffalo" juga menggabungkan perisa keju biru untuk meniru rasa kepak Buffalo sebenar.

Hari ini, terdapat pelbagai perisa kepak tersedia, selain gaya pedas asal Buffalo. Perisa termasuklah barbeku, lemon lada, lada Parmesan, bawang putih, masam manis, mustard madu, cili Thai dan jerk Caribbean. Sejak diperkenalkan buat pertama kali, restoran telah memperkenalkan beratus-ratus rasa kepak ayam yang berbeza.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Horwitz, Jeremy (January 1, 2008). "Chicken Wings, or, Why people Know About Buffalo". Buffalo Chow.com. Dicapai pada November 18, 2009. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar sunting