Kepanjangan vokal
Dalam bidang linguistik, kepanjangan vokal ialah jangka masa yang dicerap bagi sesuatu vokal. Selalunya kronem atau "kepanjangan" itu bertindak sebagai konsonan, misalnya dalam beberapa variasi bahasa Inggeris. Kepanjangan vokal merupakan faktor fonemik dalam bahasa-bahasa Arab, Czech, Estonia, Hindi, Sanskrit, Fiji, Finland, Jepun, Hawaii, Hungary, Slovenia, Latin Klasik, Nahuatl Klasik, Lombard, Jerman, Belanda, Latvia, Inggeris Lama, Samoa, Lao, Thai, dan Vietnam, antara lainnya, di samping memainkan peranan fonetik dalam kebanyakan loghat Inggeris di England, di samping juga beberapa loghat di Australia dan New Zealand.
Bahasa yang membezakan kepanjangan vokalnya biasanya membezakan dua kepanjangan iaitu vokal pendek dan vokal panjang. Banyak juga bahasa-bahasa yang langsung tidak membezakan kepanjangan vokal. Terdapat sebilangan kecil bahasa yang membezakan tiga kepanjangan vokal, misalnya bahasa Luiseño. Juga dalam sebilangan bahasa adanya perkataan yang mana vokal panjang diikuti oleh vokal lagi, cth: bahasa Jepun: hōō "burung phoenix" atau bahasa Estonia: jäääär "hujung ais".
Faktor yang mempengaruhi kepanjangan vokal
suntingTekanan sering diperkuatkan oleh kepanjangan vokal alofon, terutamanya yang leksikal. Contohnya, vokal panjang dalam bahasa Perancis sentiasa disebut dalam suku kata tertekan. Bahasa Finland yang ada dua kepanjang fonemik, menandakan tekanan dengan menambah kepanjangan alofon. Ini memberikan empat kepanjangan berbeza dan lima kepanjangan fizikal: vokal tertekan pendek dan panjang, vokal tak tertekan pendek dan panjang, dan satu vokal separuh panjang, iaitu vokal pendek yang terdapat dalam suku kata yang didahului oleh vokal pendek tertekan, cth. i-so.
Sesetengah bahasa yang menunjukkan perbezaan kepanjangan vokal hanya berbuat demikian dalam suku kata tertekan, misalnya loghat Jerman Aleman. Dalam bahasa-bahasa seperti Czech, Finland atau Latin Klasik, kepanjangan vokal juga dibezakan dalam suku kata tak tertekan.
Dalam bahasa Jepun, kebanyakan vokal panjang merupakan hasil perubahan fonetik pada diftong; au dan ou menjadi ō, iu menjadi yū, eu menjadi yō, dan kini ei semakin menjadi ē. Perubahan ini berlaku selepas kehilangan fonem antara vokal /h/. Contoh: Kyoto: kyauto → kyoːto; budak lelaki: seunen → syoːnen (shoːnen).
Kepanjangan vokal fonemik
suntingKebanyakan bahasa ada pembezaan fonemik antara vokal panjang dan pendek: Sanskrit, Jepun, Finland, Hungary, dsb.
Vokal panjang tidak semestinya merupakan fonem berasingan. Dalam bahasa Latin dan Hungary, vokal panjang merupakan fonem yang berasingan dari vokal pendek, maka menggandakan bilangan fonem vokal.
Depan | Pusat | Belakang | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
pendek | panjang | pendek | panjang | pendek | panjang | |
Tinggi | /ɪ/ | /iː/ | /ʊ/ | /uː/ | ||
Tengah | /ɛ/ | /eː/ | /ɔ/ | /oː/ | ||
Rendah | /a/ | /aː/ |
Vokal panjang Jepun pula dikupas sebagai dua vokal yang sama atau satu vokal diikuti dengan fonem palsu (H), maka bilangan vokalnya tetap lima.
Depan | Pusat | Belakang | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
pendek | panjang | pendek | panjang | pendek | panjang | |
Tinggi | /i/ | /ii/ atau /iH/ | /u/ | /uu/ atau /uH/ | ||
Tengah | /e/ | /ee/ atau /eH/ | /o/ | /oo/ atau /oH/ | ||
Rendah | /a/ | /aa/ atau /aH/ |
Bahasa Estonia ada tiga kepanjangan berbeza, yang ketiganya adalah suprasegmental, kerana berkembang dari variasi alofon yang disebabkan oleh penanda tatabahasa yang terpadam. Contohnya, vokal separuh panjang 'aa' dalam saada berasal dari aglutinasi *saata+ka "hantar+(perintah)", manakala vokal terpanjang 'aa' dalam saada berasal dari *saa+ta "dapat+(infinitif)". Salah satu daripada sebilangan kecil bahasa yang dikenalpasti ada tiga kepanjangan vokal tanpa mengira sifat vokal atau struktur sukukata, ialah bahasa Mixe; contoh: [poʃ] "jambu batu", [poˑʃ] "labah-labah", dan [poːʃ] "ikatan".
Penandaan dalam abjad Rumi
suntingIPA
suntingDalam Abjad Fonetik Antarabangsa, tanda ː (bukan titik bertindih, sebenarnya dua segitiga bersemuka dalam bentuk jam pasir) digunakan untuk memanjangkan vokal dan konsonan, boleh digandakan untuk memanjangkan lagi bunyinya, atau sebutir segitiga atas sahaja (ˑ) digunakan untuk menandakan bunyi "separuh panjang". Tanda bref digunakan untuk menandakan vokal atau konsonan pendek.
Bahasa Estonia membezakan tiga kepanjangan vokal:
- saada [saːta] "mendapat"
- saada [saˑta] "hantarkan!"
- sada [sata] "ratus"
Biarpun bukan fonemik, perbezaannya tetap kelihatan dalam sesetengah loghat Inggeris:
- bead [biːd] "manik"
- beat [biˑt] "memukul"
- bid [bɪˑd] "membida"
- bit [bɪt] "menggigit" (kala lampau)
Diakritik
sunting- Makron (ā), digunakan untuk menandakan vokal panjang dalam bahasa-bahasa Maori, Latvia dan pelbagai skim transkripsi, termasuk perumian Sanskrit dan Arab, perumian Hepburn untuk bahasa Jepun, dan Yale untuk Korea. Biarpun tiada dalam ejaan piawainya, tanda makron juga digunakan sebagai bantuan mengajar bahasa Latin dan bahasa Yunani Kuno.
- Bref (ă) digunakan untuk menandakan vokal pendek dalam sesetengah sistem transkripsi bahasa, dan juga bahasa Vietnam.
- Aksen tirus (á), digunakan untuk menandakan vokal panjang dalam bahasa-bahasa Czech, Slovak, Norse Lama, Hungary dan Ireland.
- Sirkumfleks (â), digunakan dalam bahasa Wales; adakalanya digunakan sebagai ganti makron, terutamanya dalam perumian Kunrei-shiki bagi bahasa Jepun.
- Aksen grava (à) is used in Scottish Gaelic.
- Ogonek (ą), digunakan dalam bahasa Lithuania untuk menandakan vokal panjang.
- Umlaut (ä), digunakan dalam bahasa Aymara untuk menandakan vokal panjang.