Bahá'í[1] ialah sebuah agama monoteisme yang mengajar nilai-nilai penting semua agama dan penyatuan seluruh umat manusia. Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Iran oleh Baháʼu'lláh. Bahá'í merupakan salah satu daripada agama-agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Sebagai contoh, Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Tapak Balai Keadilan Sedunia di Haifa, Israel yang merupakan badan pentadbir bagi penganut Bahá'í.
Kuil Báb di Haifa, Israel.
Kuil Bahá'u'lláh di Akko, Israel.

Agama ini muncul di Iran pada tahun 1847. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz (1850).

Pengasas Bahá'í iaitu Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung adalah disampaikan oleh pesuruh tuhan seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad dan terkini sekali adalah Báb. Pesuruh tuhan mewakili bahagian masing-masing dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Penganut Bahá'í percaya bahawa Bahá'u'lláh ialah pesuruh atau nabi terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu, walaupun ajaran Bahá'í tidak digolongkan ke dalam agama Samawi, ia tetap mengakui kenabian pengasas-pengasas kebanyakan agama di dunia.

Amanat utama Bahá'u'lláh adalah bahawasanya umat manusia terdiri daripada satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari kelak mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri daripada satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Bahá'í didakwa muncul daripada agama Islam Syiah, sepertimana agama Kristian didakwa muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha didakwa berasal daripada agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahá'í di lebih daripada 200 buah negara. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Rujukan sunting

  1. ^ "Bahai", Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu, DBP. Diambil pada 2011-02-14