Kepimpinan Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 oleh Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 20 Ogos 2021 berikutan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 16 Ogos 2021 berikutan kehilangan sokongan majoriti daripada 120 orang ahli Dewan Rakyat di pihak kerajaan dan pembangkang dan tekanan daripada rakyat Malaysia akibat daripada pandemik COVID-19 di Malaysia dan pelaksanaan darurat oleh Muhyiddin pada awal bulan Januari 2021.

Ismail Sabri Yaakob telah dipilih sebagai calon perdana menteri oleh Barisan Nasional dan turut disokong oleh parti gabungan lain dalam kerajaan iaitu PN dan GPS serta beberapa ahli Dewan Rakyat daripada Bebas yang menyokong kerajaan.[1][2][3][4]

100 hari pertama sunting

Ismail Sabri mengumumkan bahawa pencapaian pentadbirannya sepanjang 100 hari pertama menjadi perdana menteri ialah sebanyak 90% berdasarkan KPI yang telah ditetapkan oleh beliau untuk menggambarkan prestasi beliau dan menteri kabinetnya dalam tempoh 100 hari pertama.[5][6][7] Pencapaian tersebut diterjemahkan dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula pada 9 Disember sehingga 12 Disember 2021 selama empat hari yang membolehkan rakyat melihat segala pencapaian kerajaan pimpinan Ismail Sabri dalam tempoh tersebut.[8][9]

Namun terdapat beberapa pihak mempersoalkan dan mempertikaitkan prestasi dan kejayaan 100 hari pertama kerajaan pimpinan Ismail Sabri termasuk daripada pihak parti pembangkang.[10]

Keluarga Malaysia sunting

 
Logo rasmi Keluarga Malaysia

Keluarga Malaysia merupakan idea yang diperkenalkan oleh Ismail Sabri pada 22 Ogos 2021 dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri.[11][12][13] Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Oktober 2021 di Kuching, Sarawak. Konsep ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan dalam memulihkan negara bagi menggembleng tenaga dalam cabaran menghadapi pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Rujukan sunting

  1. ^ "Umno picked Ismail Sabri as PM candidate after Zahid withdrew from being nominated, says Ahmad Maslan". The Star (dalam bahasa Inggeris). 18 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  2. ^ "BN names Ismail Sabri as its PM candidate". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 18 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  3. ^ "GPS stands by Ismail Sabri as choice for PM, says Santubong MP". The Star (dalam bahasa Inggeris). 18 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  4. ^ "Muhyiddin: PN's support for Ismail Sabri as PM conditional". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  5. ^ "'Rakyat yang tentukan KPI saya'- Ismail Sabri". Berita Harian. 3 Oktober 2021. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  6. ^ "Prestasi keseluruhan Kabinet, 90 peratus". Berita Harian. 9 Disember 2021. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  7. ^ "We have achieved 90% of 100-day KPIs, says Ismail". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 9 Disember 2021. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  8. ^ "Aspirasi Keluarga Malaysia: Rakyat boleh lihat kejayaan 100 hari semua kementerian, agensi kerajaan". Astro Awani. 9 Disember 2021. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  9. ^ "100,000 pengunjung Program Aspirasi Keluarga Malaysia". Berita Harian. 12 Disember 2021. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  10. ^ "KPI kabinet: Benarkah layak dapat 90 peratus, tanya Nurul Izzah". Malaysiakini. 14 Disember 2021. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  11. ^ "Ismail Sabri ajak bersepakat selamatkan Keluarga Malaysia". Harian Metro. 22 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  12. ^ "In first-ever speech, new PM asks MPs to save 'Keluarga Malaysia' together, offers Opposition leaders a chance to join Covid-19 fight". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 22 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  13. ^ "Malaysia's new PM strikes conciliatory tone in 1st address". AP News (dalam bahasa Inggeris). 22 Ogos 2021. Dicapai pada 5 Julai 2022.

Pautan luar sunting