Kepulauan Tujuh

Kepulauan Tujuh ialah kumpulan besar pulau-pulau di barat laut Indonesia, di barat dan barat laut pesisiran pulau Borneo di Laut Cina Selatan.[1] Berdasarkan pembahagian negara, pulau-pulau ini milik wilayah Kepulauan Riau Indonesia. Kepulauan Tujuh terdiri daripada 4 kumpulan pulau, iaitu Pulau Badas, Pulau Tambelan, Pulau Natuna dan Pulau Anambas. Hujung paling barat daya kepulauan ini ialah 1°4′S 105°10′T.

RujukanSunting

  1. ^ "Kepulauan Tudjuh: Indonesia" Geographical Names (Information Technology Associates)