Kepulauan Virgin
Kepulauan Virgin (Bahasa Inggeris: Virgin Islands, Bahasa Sepanyol: Islas Vírgenes) terletak di sebelah timur rantaian Antillen Laut Caribbean.[1] Pulau-pulau yang ada dalam gugusan ini dibahagikan mengikut pentadbiran negara besar yang memerintah iaitu:
- Kepulauan Virgin British
- Kepulauan Virgin Amerika Syarikat
- Kepulauan Virgin Sepanyol milik Puerto Rico.
![]() | |
Geografi |
---|
Kepulauan ini mula dikenali di luar penduduk asal oleh Christopher Columbus - beliau menamakan pulau ini sempena Ursula Colonia, seorang puteri raja yang dikatakan membawa sebanyak 11,000 anak dara sebagai pengapit bertemu seorang penguasa Romawi yang bakal dikahwini bersama. (Bahasa Sepanyol: Santa Úrsula y las Once Mil Vírgenes).
RujukanSunting
- ^ Lazell, Dr James (2005). Island: Fact and Theory in Nature (dalam bahasa Inggeris). University of California Press. m/s. 382. ISBN 9780520931596.