Kepulauan Zanzibar

Kepulauan Zanzibar (Swahili: Funguvisiwa la Zanzibar, Arab: أرخبيل زنجبار‎) ialah sekumpulan pulau yang terletak di kawasan pesisir Tanzania, Afrika Timur dan berkedudukan di selatan Laut Somali. Kepulauan ini terdiri daripada empat buah pulau utama, tiga daripadanya berpenghuni manakala sebuah pulau lagi dijadikan sebagai pulau terumbu karang, dan sebilangan pulau-pulau kecil.[2] Kepulauan ini juga dikenali sebagai "Kepulauan Rempah" memandangkan masayarakat yang menghuni kepulauan ini banyak menanam rempah ratus seperti lada hitam dan kayu manis.

Kepulauan Zanzibar
Nama asli:
Funguvisiwa la Zanzibar
Kedudukan Kepulauan Zanzibar di Tanzania
Geografi
LokasiLautan Hindi
Koordinat5°41′0″S 39°32′0″E / 5.68333°S 39.53333°E / -5.68333; 39.53333
Pentadbiran
KawasanZanzibar, Kawasan Pwani
Capital and largest Bandar terbesarZanzibar City (pop. 205,870[1])

Kebanyakan daripada pulau-pulau ini tertakluk kepada pemerintahan wilayah separa autonomi Zanzibar di Tanzania, tetapi salah satu pulau utama, Pulau Mafia tertakluk kepada pemerintahan kawasan Pwani yang mentadbir dari tanah besar Tanzania (Tanganyika).

Geografi sunting

Pulau sunting

Kepulauan ini terletak di timur pesisir Pesisir Swahili, yakni di Lautan Hindi. Kepulauan ini terdiri daripada empat pulau utama, yakni:

Pulau-pulau kecil pula terletak di sekeliling pulau-pulau utama, dan lazimnya tidak berpenghuni. Iklim di Kepulauan Zanzibar lazimnya panas dan sangat lembap.

Unguja sunting

Pulau Unguja atau Pulau Zanzibar ialah pulau terbesar dan paling utama di Kepulauan Zanzibar. Pulau-pulau kecil yang berada di sekitar Pulau Unguja ialah:

  • Bawe
  • Changuu
  • Chapwani
  • Chumbe
  • Daloni
  • Kwale
  • Miwi
  • Mnemba (berpenghuni)
  • Murogo Sand Banks
  • Nyange

  • Pange
  • Popo
  • Pungume
  • Sume
  • Tele
  • Tumbatu (berpenghuni)
  • Ukombe
  • Uzi (berpenghuni)
  • Vundwe

Pemba sunting

Pulau Pemba ialah pulau kedua terbesar Kepulauan Zanzibar selepas Pulau Unguja. Pulau-pulau yang berada di sekitar pulau ini termasuklah:[4]

  • Fundo (berpenghuni)
  • Funzi
  • Jombe
  • Kashani
  • Kisiwa Hamisi
  • Kisiwa Kamata
  • Kisiwa Mbali
  • Kisiwa N´gombe
  • Kojani (berpenghuni)
  • Kokota (berpenghuni)
  • Kuji
  • Kwata
  • Makoongwe (berpenghuni)

  • Matumbi Makubwa
  • Matumbini
  • Misali
  • Njao
  • Panani
  • Panza (berpenghuni)
  • Shamiani (berpenghuni)
  • Sumtama
  • Uvinje (berpenghuni)
  • Vikunguni

Flora dan fauna sunting

Pulau Unguja memiliki fauna yang berkait dengan tanah besar Afrika ketika Zaman Air Batu terakhir. Pulau ini memiliki beberapa spesis endemik seperti monyet Procolobus kirkii yang terancam dan harimau bintang Zanzibar, Panthera pardus pardus.[1] Pulau ini memiliki terumbu karang berdekatan pesisir pantai pulau dan memiliki biokepelbagaian marin yang ketara.[5][6]

Pihak IUCN dan Tabung Alam Sedunia kini banyak terlibat dalam pelbagai projek hidupan liar di kepulauan ini. Flora dan fauna Zanzibar juga tertakluk kepada Akta Hidupan Liar Zanzibar.

Nota sunting

1. Spesis ini diiktiraf telah pupus, tetapi sebuah rakaman yang menunjukkan kelibat harimau bintang di Pulau Ungunja telah ditangkap menerusi sebuah rancangan daripada saluran Animal Planet pada 2018. Siasatan sedang dijalankan sama ada harimau itu ialah harimau bintang Zanzibar.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tanzania: Regions, Districts, Wards, Cities and Urban Localities – Population Statistics in Maps and Charts". citypopulation.de.
  2. ^ Lizzie Williams (2005). Africa Overland. New Holland Publishers. ISBN 1-77007-187-3.
  3. ^ Implementation of the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, United Republic of Tanzania, Committee on Economic, Social and Cultural Rights, United Nations Economic and Social Council, E/C.12/TZA/1-3, 28 March 2011, page 5
  4. ^ Pemba - The Clove Island 1:100,000 (ed. ketiga). Dept. of Surveys and Mapping. 2013.
  5. ^ "People and Culture – Zanzibar Travel Guide". Zanzibar-travel-guide.com. Dicapai pada 27 August 2010.
  6. ^ Molly Moynihan, "Water Quality and Eutrophication: The Effects of Sewage Outfalls on Waters and Reefs Surrounding Stone Town, Zanzibar", Independent Study Project Collection, 2010, p. 8.
  7. ^ Li, J. (2018). "Zanzibar Leopard Captured on Camera, Despite Being Declared Extinct". Inside Edition. Dicapai pada 2018-09-15.

Pautan luar sunting