Kerabat Hanover
Kerabat Hanover (Jerman: Haus Hannover ), adalah sebuah kerabat diraja Eropah yang berasal dari Jerman[1] yang pernah memerintah Hanover, Great Britain, dan Ireland dalam beberapa tempoh pada kurun ke-17 sehingga ke-20. Kerabat ini bermula pada tahun 1635 sebagai sebuah cabang kadet dari kerabat Brunswick-Lüneburg, membesar dengan prestij sehingga Hanover menjadi sebuah Electorate pada tahun 1692. George I menjadi monarki Hanover pertama dari Great Britain dan Ireland pada tahun 1714. Semasa kematian Ratu Victoria pada tahun 1901, takhta United Kingdom telah diserahkan kepada anak lelaki sulung baginda, Edward VII, seorang anggota dalam kerabat Saxe-Coburg dan Gotha. Anggota memerintah terakhir dari kerabat ini terlepas kepada Duchy Brunswick pada tahun 1918 apabila Jerman menjadi sebuah republik.
Kerabat Hanover | |
---|---|
Kerabat induk | Bonifaci → Obertenghi → Este → Welf |
Negara | |
Etimologi | Hanover |
Diasaskan | 1635 |
Pengasas | George, Duke Brunswick-Lüneburg |
Ketua sekarang | Ernst August, Putera Hanover |
Gelaran |
|
Penurunan takhta |
|
Nama rasmi kerabat ini adalah Kerabat Brunswick-Lüneburg, keturunan Hanover.[2] Keturunan kanan dalam Brunswick-Lüneburg, yang memerintah Brunswick-Wolfenbüttel, telah pupus pada tahun 1884. Kerabat Hanover yang masih tinggal kini adalah kerabat Welf, yang mana merupakan cabang kanan dalam kerabat Este. Ketua kerabat Hanover sekarang adalah Ernst August, Putera Hanover.
Sejarah
suntingDuke dan Elektor dari Brunswick-Lüneburg
suntingGeorge, Duke dari Brunswick-Lüneburg adalah anggota pertama dalam Kerabat Hanover.[3] Apabila Duchy Brunswick-Lüneburg dibahagikan pada tahun 1635, George mewarisi Prinsipaliti Calenberg dan memindahkan kediaman baginda ke Hanover. Anak lelaki baginda, Christian Louis, mewarisi Prinsipaliti Lüneburg daripada abang George. Calenberg dan Lüneburg kemudian dikongsi antara anak-anak lelaki George sehingga disatukan pada tahun 1705 oleh cucu lelaki baginda, yang juga dikenali sebagai George, yang mana kemudian naik takhta sebagai George I dari Great Britain. Semuanya memegang gelaran Duke Brunswick-Lüneburg. George meninggal dunia pada 1641 dan digantikan oleh:
- Christian Louis, anak lelaki sulung Duke George, Putera Calenberg (1641–1648) dan Putera Lüneburg (1648–1665). Beliau melepaskan Calenburg apabila menjadi Putera Lüneburg.
- George William, anak lelaki kedua Duke George, Putera Calenberg (1648–1665) dan Putera Lüneburg (1665–1705). Beliau melepaskan Calenburg apabila menjadi Putera Lüneburg selepas kematian abang beliau, Christian Louis.
- John Frederick, anak lelaki ketiga Duke George, Putera Calenberg (1665–1679).
- Ernest Augustus, anak lelaki ke-4 Duke George, Putera Calenberg (1679–1698). Beliau menjadi Putera Calenberg selepas kematian abang beliau John Frederick. Beliau diangkat sebagai prince-elector dari Empayar Suci Rom pada tahun 1692. Isteri Ernest Augustus, Sophia dari Palatinate, telah diistiharkan sebagai pewaris perempuan ke atas takhta England oleh Akta Penyelesaian 1701, yang mana mengdekrikan bahawa Katolik Rom tidak boleh menaiki takhta. Sophia pada masa itu adalah Protestant kanan berketurunan James I dari England yang layak.
- George Louis, anak lelaki Duke Ernest Augustus dan Sophia, menjadi Elektor dan Putera Calenberg pada 1698 dan Putera Lüneburg apabila pakcik beliau, George William mati pada tahun 1705. Beliau mewarisi tuntutan ibu beliau ke atas takhta Great Britain apabila beliau mati pada 1714.
Monarki Great Britain, Ireland, dan Hanover
suntingPada tahun 1714, George Louis menjadi monarki Bitain pertama dari Kerabat Hanover dan dikenali dengan nama George I.[4]:13 Dinasti ini memberikan enam monarki dari Britain:
Dari Kerajaan beraja Great Britain dan Ireland (diubah pada tahun 1801 kepada United Kingdom Great Britain dan Ireland):[note 1]
- George I (r. 1714–1727) (Georg Ludwig = George Louis)
- George II (r. 1727–1760) (Georg August = George Augustus)
- George III (r. 1760–1820)
- George IV (r. 1820–1830)
- William IV (r. 1830–1837)
- Victoria (r. 1837–1901).
George I, George II, dan George III juga berkhidmat sebagai elector dan duke di Brunswick-Lüneburg, secara tak rasmi, Elector dari Hanover (cf. kesatuan peribadi).
Bermula pada tahun 1814, apabila Hanover menjadi sebuah kerajaan beraja, monarki Britain juga adalah Raja Hanover.
Selepas kematian William IV pada tahun 1837, kesatuan peribadi ke takhta United Kingdom dan Hanover berakhir. Pewarisan ke atas takhta Hanover dikawal oleh separa-undang-undang Salic (agnatic-cognatic), yang mana memberi keutamaan kepada semua pewaris lelaki berbanding perempuan, oleh itu ia tidak diserahkan kepada Ratu Victoria tetapi pakcik baginda, Duke Cumberland.[4]:13,14 Pada tahun 1901, apabila Ratu Victoria, monarki Britain terakhir dari Kerabat Hanover meninggal dunia, anak lelaki dan pewaris beliau Edward VII menjadi monarki Britain pertama dari kerabat Saxe-Coburg dan Gotha, Edward menggunakan nama keluarga baginda dari ayah baginda, Putera Albert dari Saxe-Coburg-Gotha.[4]:14
Raja Hanover selepas perpecahan kesatuan peribadi
suntingSelepas kematian William IV pada tahun 1837, berikut adalaj raja-raja Hanover yang meneruskan dinasti:
- Ernest Augustus, Raja Hanover (r. 1837–1851)
- George V (r. 1851–1866, diturunkan takhta)
Kerajaan beraja Hanover berkahir pada tahun 1866 apabila ia diilhak oleh Kerajaan beraja Prusia dan raja Hanover (dan duke Cumberland) terpaksa melarikan diri dan berada dalam buangan di Austria. Pada tahun 1866, pergolakkan antara kerabat Hanover dan Hohenzollern diselesaikan melalui sebuah perkahwinan antara Puteri Viktoria Luise dari Prusia dengan Ernest Augustus, Duke Brunswick, cucu lelaki raja yang terakhir.
Putera-bishop dari Osnabrück
suntingPada penghujung Perang Tiga Puluh Tahun, Perdamaian Westphalia (1648) menganugerahkan Putera-Bishop Osnabrück untuk digilirkan dengan seorang bishop Katolik dan sebuah cabang kadet dalam Brunswick-Lüneburg.[5] Oleh kerana perjanjian ini mengutamakan kadet berbanding pewaris dan putera memerintah, Osnabrück menjadi satu bentuk appanage (dengan penggiliran) dari Kerabat Hanover.
- Ernest Augustus, Elektor Brunswick-Lüneburg (r. 1662–1698), anak lelaki ke-4 bagi George, Duke Brunswick-Lüneburg
- Ernest Augustus, Duke York dan Albany (r. 1715–1728), anak lelaki ke-6 bagi Ernest Augustus, Elektor Brunswick-Lüneburg
- Putera Frederick, Duke York dan Albany (r. 1764–1802), anak lelaki ke2 bagi George III
Osnabrück adalah dimediatisasikan kepada Hanover pada tahun 1803.
Duke Brunswick
suntingPada tahun 1884, cabang senior dalam Kerabat Welf menjadi pupus. Mengikut undang-undang Salic separa, Kerabat Hanover akan dinaikkan kepada Duchy Brunswick, tetapi tekanan kuat dari Prusia menentang akan George V dari Hanover atau anak lelaki beliau, Duke Cumberland, diangkat ke sebuah negeri anggota dalam empayar Jerman, sekurang-kurangnya tanpa syarat-syarat yang ketat, termasuk mengangkut sumpah ke atas perlembagaan Jerman. Mengikut undang-undang pada tahun 1879, Duchy Brunswick mewujudkan sebuah majlis kemahkotaan sementara untuk mengambil alih selepas kematian Duke, dan jika perlu melantik seorang pemerintah.
Duke Cumberland membuat pengistiharan sendiri bahawa beliau adalah Duke Brunswick semasa kematian Duke, dan rundingan yang panjang berlangsung, tapi tidak pernah diselesaikan. Putera Albrecht dari Prusia telah dilantik sebagai pemerintah; selepas kematian beliau pada tahun 1906, Duke John Albert dari Mecklenburg telah mengantikan beliau. Anak lelaki sulung bagi Duke Cumberland meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta pada tahun 1912; si ayah kemudian melepaskan Brunswick bagi memberi laluan kepada anak lelaki beliau yang lebih muda, Ernest Augustus, yang telah mengahwini anak perempuan Kaiser, Victoria Louise pada tahun yang sama, bersumpah taat setia kepada empayar Jerman, dan dibenarkan untuk menaiki takhta Duchy pada bulan November 1913. Beliau adalah seorang mejar-jeneral semasa Perang Dunia I; tetapi telah diturunkan takhta sebagai Duke Brunswick pada tahun 1918. Bapa beliau juga dilucutkan dari gelaran-gelaran British pada tahun 1919, kerana "mengangkat senjata menentang Great Britain".
Setelah meninggalkan Istana Brunswick, duke dan keluarga beliau telah kembali dalam buangan di Istana Cumberland, Gmunden, Austria, akan tetapi pada tahun 1924; beliau telah menerima Istana Blankenburg dan beberapa estet dalam satu penyelesaian dengan Negeri Bebas Brunswick, dan berpindah ke sana pada tahun 1930. Beberapa hari sebelum Blankenburg diserahkan kepada Tentera Merah oleh pasukan tentera Britain dan A.S pada akhir tahun 1945, untuk dijadikan sebahagian daripada Jerman Timur, keluarga ini dengan pantas berpindah ke Istana Marienburg (Hanover) bersama-sama dengan seluruh perabut mereka, diangkut menggunakan trak-trak milik oleh tentera darat Britain, atas perintah dari Raja George VI.[6] Duke Ernest Augustus meninggal dunia di Istana Marienburg pada tahun 1953. Istana Herrenhausen milik beliau di Hanover musnah sepenuhnya semasa Perang Dunia II. Anak lelaki sulung beliau, Putera Ernest Augustus, menjual hartanah selebihnya di Herrenhausen Gardens pada tahun 1961, tetapi menyimpan "Princely House" yang terletak berhampiran, sebuah istana kecil yang telah dibina pada tahun 1720 oleh George I untuk anak perempuan beliau Anna Louise. Ia kini merupakan rumah persendirian cucu lelaki beliau, Ernest Augustus, bersama-sama dengan Istana Marienburg.
Para penuntut
suntingKetua-ketua kerabat Hanover selepasnya adalah:
- George V (1866–1878)
- Ernest Augustus, Putera Mahkota Hanover, Duke Cumberland dan Teviotdale Ketiga (1878–1923)
- Ernest Augustus, Duke Brunswick (1923–1953), anak lelaki penuntut sebelumnya
- Ernest Augustus, Putera Hanover (1953–1987)
- Ernest Augustus, Putera Hanover (1987–kini)
Keluarga ini telah tinggal di Austria sejak tahun 1866, oleh itu menjadi warganegara Austria selain Jerman dan Britain. Sejak Raja Ernest Augustus mengasaskan Duke Cumberland dan Teviotdale dan Earl Armagh oleh bapa baginda George III pada tahun 1799, golongan bangsawan Britain diwarisi oleh keturunan baginda. Pada tahun 1914, gelaran tambahan Putera dari Great Britain dan Ireland telah diberikan kepada anggota-anggota kerabat oleh Raja George V. Golongan dan gelaran bangsawan ini bagaimanapun dihentikan di bawah Akta Perlucutan Hak Gelaran 1917.[note 2] Bagaimanapun, gelaran Putera Diraja dari Great Britain dan Ireland telah dimasukkan ke dalam passport keluarga Jerman, bersama-sama gelaran-gelaran Jerman, pada tahun 1914. Selepas Revolusi Jerman 1918–19, dengan pembubaran keistimewaan golongan bangsawan,[note 3] gelaran secara rasminya menjadi sebahagian daripada nama akhir. Oleh itu, gelaran putera Britain masih lagi menjadi daripada sebahagian nama akhir keluarga dalam passport Jerman milik mereka, sementara ia tidak lagi digunakan dalam dokumen Britain.[7]
Pada 29 Ogos 1931, Ernest Augustus, Duke Brunswick, sebagai ketua Kerabat Hanover, mengistiharkan secara rasmi ia disambung semula, untuk diri beliau sendiri dan keturunan beliau, menggunakan bekas gelaran kehormat Britain sebagai gelaran penuntut sekunder, yang mana, "Putera Diraja dari Great Britain dan Ireland", cucu lelaki beliau, yang mana merupakan ketua kerabat sekarang juga dipanggil Ernest Augustus, terus menggunakannyacontinues to claim.[8] Beliau mempunyai hak di bawah Akta Pelucutan Hak 1917 untuk memulihkan semula gelaran kebangsawan Britain lelulur beliau Duke Cumberland dan Teviotdale dan Earl Armagh, akan tetapi beliau tidak melakukan demikian. Bapa beliau, Ernest Augustus, melakukannya, dan berjaya menuntut kewarganegaraan Britain selepas Perang Dunia II melalui ketetapan Akta Naturalisasi Sophia 1705.[9] Berdasarkan keputusan yang dibuat oleh House of Lords, kesemua anggota keluarga yang menggunakan nama akhir Guelph di UK menggunakan gelaran Baginda di dalam dokumen mereka.
Senarai anggota
suntingGaris keturunan daripada bapa
sunting- Oberto I, 912–975
- Oberto Obizzo, 940–1017
- Albert Azzo I, Margrave dari Milan, 970–1029
- Albert Azzo II, Margrave dari Milan, meninggal dunia 997 atau 1009
- Welf I, Duke Bavaria, 1037–1101
- Henry IX, Duke Bavaria, 1074–1126
- Henry X, Duke Bavaria, 1108–1139
- Henry si Singa, 1129–1195
- William dari Winchester, Lord Lunenburg, 1184–1213
- Otto I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1204–1252
- Albert I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1236–1279
- Albert II, Duke Brunswick-Lüneburg, 1268–1318
- Magnus si Alim, Duke Brunswick-Lüneburg, 1304–1369
- Magnus II, Duke Brunswick-Lüneburg, 1328–1373
- Bernard I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1362–1434
- Frederick II, Duke Brunswick-Lüneburg, 1408–1478
- Otto V, Duke Brunswick-Lüneburg, 1439–1471
- Heinrich, Duke Brunswick-Lüneburg, 1468–1532
- Ernest I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1497–1546
- William, Duke Brunswick-Lüneburg, 1535–1592
- George, Duke Brunswick-Lüneburg, 1582–1641
- Ernest Augustus, Elektor dari Hanover, 1629–1698
- George I dari Great Britain, 1660–1727
- George II dari Great Britain, 1683–1760
- Frederick, Putera Wales, 1707–1751
- George III dari United Kingdom, 1738–1820
- Ernest Augustus, Raja Hanover, 1771–1851
- George V dari Hanover, 1819–1878
- Ernest Augustus, Putera Mahkota Hanover, 1845–1923
- Ernest Augustus, Duke Brunswick, 1887–1953
- Ernest Augustus, Putera Hanover, 1914–1987
- Ernst August, Putera Hanover, b. 1954
- Putera Ernest Augustus dari Hanover, b. 1983
Legasi
suntingBanyak bandar dan wilayah di seluruh empayar Britain telah dinamakan bersempena dengan nama Kerabat Hanover dan para anggotanya yang memerintah, seperti negeri A.S Georgia, bandar-bandar A.S. Hanover, Massachusetts, Hanover, New Hampshire, Hanover, Pennsylvania, Hanover Township, Kaunti Jo Daviess, Illinois, kaunti Kaunti Hanover, Virginia, Kaunti Caroline, Virginia, Kaunti Brunswick, Virginia, Kaunti New Hanover, North Carolina, Kaunti Brunswick, North Carolina, Kaunti King George, Virginia, tempat-tempat seperti Georgia di New Jersey (seperti New Brunswick, NJ), Vermont, Arkansas dan South Dakota, tujuh bandar di A.S. dan Kanada dinamakan bersempena dengan nama Ratu Charlotte, selain wilayah-wilayah Kanada seperti New Brunswick dan bandar-bandar Hanover, Ontario, Guelph, Ontario, dan Victoria, British Columbia, di bandar-bandar di Afrika Selatan seperti Hanover, Northern Cape, negeri di Australia seperti Victoria (Australia) dan bandar Adelaide, enam bandar di UK dan 13 di A.S dinamakan Brunswick, selain setiap satu di Australia dan New Zealand, dan 50 buah bandar dinamakan Victoria di seluruh dunia. Terdapat juga pelbagai nama jalan dan dataran seperti Hanover Square, Westminster, Hanover Square (Manhattan), Hanover Square, Syracuse atau Queen Street, Brisbane di mana persimpangannya juga dinamakan bersempena dengan nama anggota dalam kerabat ini.
Senibina Georgia juga memberi perbezaan gaya senibina antara tahun 1714 hingga 1830 di negara-negara berbahasa Inggeris.
Lihat juga
sunting- Jurai keturunan monarki Hanover Britain
- Era George untuk raja George I, II, III, IV
- Sejarah Hanover
Petikan
sunting- ^ Pada tahun 1801, kerajaan beraja Britain dan Ireland bergabung, membentuk United Kingdom Great Britain dan Ireland.
- ^ Privately however the British Royal Family (of the House of Saxe-Coburg and Gotha, alias House of Windsor) continued to call their German branch the Cumberlands, for instance when Edward VIII described his visit to the family in Gmunden in a letter to his mother in 1937.
- ^ In 1919 royalty and nobility lost their privileges as such in Germany, hereditary titles thereafter being legally retained only as part of the surname, according to Article 109 the Weimar Constitution.
Rujukan
sunting- ^ "house of Hanover | Facts, History, & Monarchs | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-09.
- ^ "Royal Arms of Britain". Heraldica. Dicapai pada 10 May 2016.
The House of Brunswick Luneburg being one of the most illustrious and most ancient in Europe, the Hanoverian branch having filled for more than a century one of the most distinguished thrones, its possessions being among the most considerable in Germany;
- ^ Orr, Clarissa Campbell, penyunting (2002). Queenship in Britain 1660–1837: Royal Patronage, Court Culture and Dynastic Politics (ed. 1st). Manchester: Manchester University Press. ISBN 9780719057694.:195
- ^ a b c Picknett, Lynn; Prince, Clive; Prior, Stephen; Brydon, Robert (2002). War of the Windsors: A Century of Unconstitutional Monarchy. Mainstream Publishing. ISBN 1-84018-631-3..
- ^ Duggan, J. N. (2011). Sophia of Hanover: From Winter Princess to Heiress of Great Britain, 1630–1714. London: Peter Owen Publishers. ISBN 9780720614237.
Berdasarkan Perdamaian Westphalia, "See of Osnabrück" akan dipegang secara bergilir-gilir antara seorang calon Katolik dan Protestant; bishop Protestant mestilah seorang anak lelaki yang lebih muda dari keluarga Brunswick-Lüneburg.
- ^ Viktoria Luise (Herzogin zu Braunschweig und Lüneburg) (1977). The Kaiser's Daughter: Memoirs of H. R. H. Viktoria Luise, Duchess of Brunswick and Lüneburg, Princess of Prussia. Prenticse-Hall. ISBN 978-0-13-514653-8.
- ^ "In der Prinzenrolle". HAZ – Hannoversche Allgemeine.
- ^ Ernst August (geb.1954) Prinz von Hannover at welfen.de (dalam bahasa Jerman)
- ^ Attorney-General v HRH Prince Ernest Augustus of Hanover [1957] 1 All ER 49
Bacaan lanjut
sunting- Black, Jeremy (2003). "Georges I & II: Limited monarchs". History Today. 53 (2): 11+.
- Black, Jeremy (2004). The Hanoverians: The History of a Dynasty.
- Fraser, Flora. (2005). Princesses: The Six Daughters of George III. Knopf.
- Plumb, J. H. (1974). The First Four Georges (ed. Revised). Hamlyn.
- Redman, Alvin (1960). The House of Hanover. Coward-McCann.
- Robertson, Charles (1911). England under the Hanoverians.
- Schweizer, Karl W.; Black, Jeremy (1989). Politics and the Press in Hanoverian Britain. E. Mellon Press.
- Simms, Brendan; Riotte, Torsten, penyunting (2009). The Hanoverian Dimension in British History, 1714–1837. Cambridge University Press. doi:10.1017/CBO9780511496936. ISBN 9780511496936.
- Van der Kiste, John (1992). George III's Children. Sutton Publishing.
- Bultmann, William A. "Early Hanoverian England (1714–1760): Some Recent Writings," in Elizabeth Chapin Furber, ed. Changing views on British history: essays on historical writing since 1939 (Harvard University Press, 1966), pp 181–205
- O’Gorman, Frank (1986). "The Recent Historiography of the Hanoverian Regime". Historical Journal. 29 (4): 1005–1020. doi:10.1017/S0018246X00019178.
- Snyder, Henry L. "Early Georgian England," in Richard Schlatter, ed., Recent Views on British History: Essays on Historical Writing since 1966 (Rutgers UP, 1984), pp. 167–196, historiography
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kerabat Hanover |
- (dalam bahasa Jerman) Official website of the House of Welf
- Succession laws in the House of Welf
- British German Royal Heritage Route 2014
- House of Hanover Archive.org
- British Hanoverian Family tree
Kerabat Hanover Cabang kadet bagi Kerabat Welf
| ||
Gelaran baharu |
Kerabat memerintah dari Duchy Brunswick-Lüneburg 1235–1692 |
Duchy menaik menjadi Electorate by Maharaja Leopold I untuk bantuan yang telah diberikan dalam Perang Sembilan Tahun |
Gelaran baharu Duchy menjadi Electorate
|
Kerabat memerintah dari Elektorat Hanover 1692–1803 |
Elektorat dibubarkan Diduduki oleh Perancis semasa Perang Napoleon |
Didahului oleh Kerabat Stuart |
Kerabat memerintah dari Kerajaan beraja Great Britain 1714–1800 |
Kerajaan beraja digabungkan melalui Akta Kesatuan 1800 |
Kerabat memerintah dari Kerajaan beraja Ireland 1714–1800 | ||
Gelaran baharu Kesatuan Great Britain dan Ireland
|
Kerabat memerintah dari United Kingdom 1801–1901 |
Diikuti oleh: Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha |
Gelaran baharu Elektorat menjadi kerajaan beraja
pada Kongres Vienna |
Kerabat memerintah dari Kerajaan beraja Hanover 1814–1866 |
Kerajaan beraja dibubarkan Diilhak oleh Prusia dalam Perang Austria-Prusia |
Didahului oleh Kerabat Brunswick-Wolfenbüttel-Bevern |
Kerabat memerintah dari Duchy Brunswick 1913–1918 |
Duchy dibubarkan Revolusi Jerman selepas kekalahan dalam Perang Dunia I |