Keracunan plumbum di Zampara

Satu siri keracunan plumbum berlaku di negeri Zamfara, utara Nigeria menyebabkan 163 orang terbunuh termasuk 111 kanak-kanak pada 2010.[1] Kematian berlaku dalam tempoh 5 bulan sejak Januari, 5 buah kampung di negeri Zampara.[2]

Negeri Zamfara

Penemuan wabak itu ditemui pada 4 Jun 2010. Lokasinya di Anka, Bungudu dan kini di Gusau. Kebanyakan kank-kanak yang mati itu di bawah umur 5 tahun.

Zampara kaya dengan sumber galian emas, tembaga, bijih besi dan mangan. Baru-baru ini, Presiden Nigeria Goodluck Jonathan merasmikan kilang memproses mineral. Penduduk kampung yang mati bekerja menggali emas.[3]

Punca sunting

Dr Henry Akpan selaku ketua epidemiologi Kementerian Kesihatan menyatakan ia berpunca daripada kegiatan melombong emas secara haram oleh penduduk tempatan . Jabatan Kesihatan telah menemui 355 kes dan 46 % terbukti benar. Kanak-kanak tersebut mati selepas menggali emas.

Pada mulanya penduduk menyatakan kematian berpunca daripada penyakit malaria. Tetapi kumpulan Médecins Sans frontières yang menjalankan ujian darah mendapati adanya bahan asing . BBC melaporkan adanya pencemaran terhadap air yang diminum.

Mulanya pegawai imunisasi kehairanan tentang hampir tidak ada anak-anak di beberapa desa terpencil di negeri Zampara. Masalah semakin rumit kerana penduduk Muslim melarang orang luar memasuki kawasan itu.

Terdapat tanda-tanda seperti muntah dan sakit perut , nausea dan lain-lain gejala. Kanak-kanak dilaporkan bermain-main di kawasan berair yang mungkin telah tercemar. Keracunan akan menyebabkan kerosakan otak , tekanan darah dan sistem saraf. Kadar kematian mula berkurang pada bulan April.

Tindakan sunting

Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Médecins Sans frontières membantu mengatasi wabak itu. Dua kem perubatan telah dibina oleh Jabatan Kesihatan. Pendidikan kesihatan diberi agar penduduk mengutamakan kebersihan semasa makan dan minum. Mereka diberi amaran betapa bahayanya perlombongan emas secara haram. Sebuah syarikat dari China diberi lesen menggali emas di sana. Tetapi penduduk tempatan turut menggali secara haram untuk mendapatkan keuntungan.

Rujukan sunting

  1. ^ "'Lead poisoning kills 163 in Nigeria'". Independent Online (Afrika Selatan). Independent News & Media. 4 Jun 2010.
  2. ^ Nigeria lead poisoning kills scores Al-Jazeera
  3. ^ "Nigeria: 160 die from lead as villages seek gold". Associated Press. 4 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-10. Dicapai pada 5 Jun 2010.