Kesultanan Banjar

Kesultanan Banjarmasin
(Dilencongkan dari Kerajaan Banjar)
Banjar

Kesultanan di bawah Sultan Sulaiman, 1809 M
Berdiri 1520-1905
Didahului oleh Kerajaan Negara Daha
Digantikan oleh [[]]
Ibu kota Kuin, Banjarmasin
Muara Tambangan, Martapura
Batang Banyu, Martapura
Kayu Tangi (Karang Intan)
Sungai Mesa, Banjarmasin
Bahasa Banjar
Agama Islam Sunni (Rasmi)

, Kaharingan

Pemerintahan
-Raja pertama
-Raja terakhir
Monarki
Sultan Suriansyah (1526-1550)
Sultan Tamjidullah Alwazikh Billah (1857-1860)
Sejarah
-Didirikan
-Zaman kejayaan
-Dibubarkan Sepihak
-Pemerintahan Darurat
-Didirikan kembali

1526
1778-1857
11 Juni 1860
24 Januari 1905
24 Juli 2010-sekarang tanpa kuasa

Kesultanan Banjar atau Kesultanan Banjarmasin adalah sebuah kerajaan Islam yang berdiri di Kalimantan. Kerajaan ini pada mulanya berpusat di Banjarmasin Kalimantan Selatan, tetapi kemudiannya berpindah ke Martapura di Kabupaten Banjar. Kesultanan Banjar adalah penerus kerajaan Negara Daha, sebuah kerajaan Hindu yang beribu kota di kecamatan Daha Selatan. Ketika di Banjarmasin, Kesultanan ini mendapat nama sebagai Kesultanan Banjarmasin.

Sejarah

sunting

Ketika awal abad ke-16, Kalimantan Selatan diperintah oleh kerajaan Negara Daha. Di daerah-daerah takluknya, sebuah pajak atau cukai haruslah dibayar oleh kerajaan daerah itu kepada raja Daha. Ini menyebabakan daerah Banjarmasin berkeinginan untuk keluar daripada pengaruh Daha. Ketua daerah Banjarmasin, Patih Masih, kemudiannya berbincang dengan ketua daerah lain iaitu Patih Balit, Patih Muhur, Patih Balitung dan Patih Kuwin[1] untuk memerdekakan daerah mereka daripada kerajaan Daha. Mereka kemudiannya berpakat untuk meminta tolong daripada Raden Samudera, seorang cucu Maharaja Sukarama; seorang raja Daha. Raden Samudera ketika itu sedang dalam penyembunyian di daerah Muara Barito kerana ancaman bapa saudaranya, Pangeran Tumenggung yang ketika itu adalah raja Daha. Dibawah pimpinan Raden Samudera, tercetuslah pemberontakan Banjar ini dengan bantuan Kesultanan Demak dari Jawa[1]. Setelah berjaya menumpaskan kerajaan Daha, Raden Samudera memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Suriansyah[1] dan dimahkotakan sebagai sultan Banjar pertama.

Kesultanan Banjar kemudiannya kalah di tangan tentera Belanda pada tahun 1905 dan sultan terakhirnya ialah Sultan Tamjidullah III Abdul Rahman[2].

Rujukan

sunting

Lihat Juga

sunting

Pautan Luar

sunting