Kerajaan Campuran Negeri Perak 2008

Kerajaan Campuran Negeri Perak 2008 merupakan inisiatif parti-parti pembangkang DAP, PKR dan PAS membentuk kerajaan negeri Perak pada 13 Mac 2008. DAP, PKR dan PAS pada mulanya setuju melantik sesiapa sahaja menjadi Menteri Besar Perak sebagaimana kehendak Perlembagaan Negeri Perak.

Perbincangan dibuat di antara ketiga-tiga parti pada kira-kira jam 1 pagi selepas DAP memenangi 18 kerusi Dun, PKR (7) dan PAS (6). DAP memulakan jemputan untuk membentuk kerajaan negeri kerana jumlah kerusi dimenangi parti pembangkang adalah 31 berbanding 28 kerusi BN. PAS kemudian berbincang dengan KeADILan dan persetujuan di antara ketiga-tiga parti dicapai apabila DAP negeri bersetuju jawatan Menteri Besar disandang oleh ADUN Melayu Islam dari pihak BA (PAS-KeADILan).

Pengumuman atas pemuafakatan antara ketiga-tiga parti untuk menubuhkan kerajaan campuran dibuat kira-kira jam 2 pagi di Pejabat DAP negeri yang teletak hanya kira-kira 50 meter dari Pejabat Perhubungan PAS negeri.

Punca kemelut perlantikan Menteri Besar Perak sunting

Punca kemelut ini ialah DAP mendapat 18 kerusi sedangkan PKR 7 dan PAS 6 kerusi sahaja. Sementara Barisan Nasional mendapat 28 kerusi dan tidak boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Andaiannya Barisan Alternatif yang patut membentuk kerajaan.

Menurut persetujuan awal ketiga-tiga parti, beliaulah satu-satunya calon untuk jawatan tersebut yang akan dipersembahkan kepada Sultan. Tetapi kemudiannya atas campur tangan pemimpin DAP dan KeADILan pusat, tiga nama telah dicalonkan yang mewakili DAP, KeADILan dan PAS. Ketiga-tiga parti mencapai persetujuan untuk menyerahkan 3 nama kepada Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta di Ipoh dan terpulanglah kepada Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah untuk memilih calon yang sesuai. Surat persetujuan rasmi itu ditandatangani oleh wakil DAP, PKR dan PAS iaitu Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham , Bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohamad Nizar . Tiga nama yang dicalonkan ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (47); Bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi (52) dan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (51) sebagai Menteri Besar Perak ke-10. Di bawah Perlembagaan Negeri Perak, keputusan muktamad merupakan hak dan atas budi bicara baginda Sultan Perak. Dr Raja Nazrin telah memberikan perincian perkara tersebut.[1]

Sebagai langkah untung-rugi , Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham akan menjadi Timbalan Menteri Besar I dan seorang India akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar II. Dengan itu , kepentingan rakyat berbilang kaum khususnya Cina dan India telah diambilkira. Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (47 tahun) redha dengan keputusan tersebut. Pandangan Penasihat Undang-undang Negeri akan diambilkira.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah memperkenankan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin setelah dimaklumkan oleh Raja Dr Nazrin Shah . Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4.00 petang , Khamis, 13 Mac 2008. [2]

Mesyuarat Tergempar Pembangkang sunting

Lim Kit Siang yang menjadi ahli parlimen Ipoh Timur tiba-tiba membantah calon tersebut dan akan memboikot majlis perlantikan. Barisan pembangkang Perak termasuk DAP Perak terkejut dan mengadakan mesyuarat tergempar . Mengikut matematik mudah dan merit demokrasi, sepatutnya calon DAP yang lebih layak . Sejak bila Perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan orang Melayu berugama Islam sahaja yang layak menjadi Menteri Besar dan adakah berperlembagaan. Mesti ada jalan keluar agar orang Cina boleh menjadi Menteri Besar sebagaimana di Pulau Pinang. Sebenarnya ada klausa yang menyatakan bahawa Sultan Perak boleh menggunakan budibicara dalam melaksanakan syarat itu.

Barisan Alternatif di Perak ini mudah retak dan sudah mula kecoh. Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak menjadi bingung sama ada mematuhi arahan Lim Kit Siang atau meneruskan persetujuan awal. Arahan Lim Kit Siang mestilah diambil kira kerana beliau dari Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang mulanya setuju pada hari Ahad, 9 Mac 2008. Lim Kit Siang hanya menerima Pengerusi DAP Negeri dan ADUN Sitiawan Ngeh Koo Ham, atau ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar Perak. [3]

Tindakan ini mungkin berkaitan tindakan kerajaan PAS di Kedah tidak melantik wakil DAP dalam barisan Exconya. Begitu juga tidak ada wakil DAP dalam kerajaan negeri Kelantan. Malahan kerajaan negeri Selangor menolak calon Cina menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor kerana tidak perlembagaan. PAS yang tidak toleran di Kelantan, Kedah dan Selangor menyebabkan Lim Kit Siang tertekan dan dikritik penyokongnya.

Pengerusi DAP Perak mengakui banyak pihak mengkritik dan mempertikaikan mengapa DAP yang menguasai 18 kerusi DUN tidak diberikan mandat untuk menerajui kerajaan campuran Perak. DAP akan dilihat gagal berunding dan tidak mampu memahami undang-undang.

Pembatalan majlis angkat sumpah sunting

Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Ke-10 Perak pada 13 Mac 2008, pukul 4 petang di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Akan tetapi, disebabkan bantahan oleh DAP, upacara tersebut ditangguhkan pada masa hadapan.

Presiden DAP, Lim Kit Siang, memohon maaf atas kenyataan beliau tempoh hari dan mengumumkan bahawa beliau akan membuat kenyataan mengenai pendirian terbaru DAP pada masa terdekat.[4][5]

Ugutan PKR sunting

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali, menyatakan bahawa PKR tidak berpuas hati terhadap komposisi barisan Exco negeri Perak.

Terdapat sepuluh kerusi exco (pegawai pentadbiran) di negeri Perak, yang pada masa sekarang lapan dariopada kerusi tersebut diperuntukkan untuk DAP, manakala selebihnya untuk PKR dan PAS. Kata Syed Husin, PKR meminta supaya komposisi tersebut dibincangkan semula agar mencerminkan komposisi bilangan penduduk di Perak. Sekiranya komposisi tersebut tidak diubah, PKR tidak akan menyertai pentadbiran Perak.

Perkara itu selesai setelah ketiga-tiga parti DAP, PKR, dan PAS bermesyuarat. Keputusannya, PKR mendapat tiga jawatan exco, DAP mendapat enam berbanding lapan, manakala PAS yang membentuk komposisi terkecil dalam pakatan baru itu kekal satu jawatan exco.[6]

Pelantikan Menteri Besar sunting

Pada 17 Mac 2008 pukul 11:40 pagi, Mohammad Nizar secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Pelantikan beliau sebagai Menteri Besar itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah.[7] Saksi perlantikan ialah Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.

Turut hadir ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran. Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang dan Pengerusi PKR Perak Zulkifli Ibrahim turut hadir.[8]

Turut hadir di majlis angkat sumpah jawatan ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Lim Kit Siang turut hadir dan kemudianmya berkesempatan menghadap Tuanku Raja Muda memohon ampun kepada baginda.

Amaran keselamatan sunting

Polis Perak berkali-kali mengingat penduduk negeri Perak agar bertenang dan tidak menghiraukan SMS yang kononnya berlaku beberapa kekacauan di Perak.

Mohammad Nizar merayu para penyokong supaya tidak mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan menubuhkan kerajaan baru sebaliknya mereka diminta mengadakan majlis kesyukuran secara kecil-kecilan di tempat masing-masing.

Pada hari Ahad, 16 Mac 2008, beratus orang Melayu berkumpul di Padang Polo, di tengah bandar Ipoh, bersebelahan Kelab Diraja Perak. Mereka membawa pelbagai kain rentang. Sebenarnya di atas permintaan polis, penganjur telah membatalkan perhimpunan ini.

Fitnah : kerajaan PAS sunting

Pada 17 Mac 2008 Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki membuat laporan polis kerana tersebarnya risalah memfitnah yang kononnya kerajaan Perak sekarang adalah kerajaan PAS yang mahu melaksanakan Islam. Antaranya menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil.

Barisan Exco Kerajaan Negeri sunting

Dasar / Pembaharuan kerajaan negeri sunting

Layanan yang adil dan saksama terhadap seluruh rakyat tanpa mengira kaum menjadi sadar utama kerajaan campuran di Perak.Tidak ada mana-mana kaum akan diberikan layanan istimewa berbanding kaum-kaum lain selaras dengan prinsip Islam yang menetapkan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira kaum. Dasar kolektif dan sebarang keputusan akan dibuat bersama .

Ngeh Koo Ham mahu sebarang dasar baru mestilah dipantau terlebih dahulu .

Menteri Besar bagi semua rakyat sunting

Kerajaan Perak sekarang bukan kerajaan PAS, kerajaan DAP atau kerajaan PKR tetapi kerajaan rakyat . Menteri Besar akan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi. Tiada lagi diskriminasi dan polarisasi sama ada kenaikan pangkat, projek-projek pembangunan dan agihan bantuan.

Dasar dan amalan pentadbiran kerajaan yang terdahulu akan diteruskan sekiranya masih memberikan kebaikan kepada rakyat dan negeri ini. Mohammad Nizar mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perak sebelum ini,Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali dan mengharapkan pandangan positif demi kebaikan negeri Perak.[9]

JKKK / Kemas dan Balairaya sunting

Semua Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli jawatankuasanya berfungsi seperti biasa dan mereka tidak perlu panik. Mereka hendaklah berkhidmat dengan kerajaan yang ada sekarang serta bersedia menerima dasar-dasar dan syarat-syarat kerajaan yang baru .

Semua aktiviti di balai-balai raya dan di dewan orang ramai seperti aktiviti KEMAS boleh diteruskan seperti biasa, malah dewan orang ramai terbuka kepada semua pihak untuk menggunakannya. Tidak ada arahan mengosongkan balai balai raya dan dewan-dewan orang ramai, semua harta itu adalah milik kerajaan dan rakyat, bertukarnya kerajaan bukan bermakna harta kerajaan yang lama menjadi milik kerajaan yang terdahulu, ia tetap milik kerajaan dan rakyat .[10]

Pembatalan saman dan notis kompaun sunting

Semua saman dan notis kompaun yang membabitkan penjaja dan letak kereta yang diterima mereka daripada semua pihak berkuasa tempatan sehingga tarikh 17 Mac 2008 dibatalkan.[11]

Ahli Majlis Kerajaan Tempatan sunting

1/3 Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan terdiri daripada mereka berpengetahuan dan wibawa seperti golongan profesional, perniagaan dan akademik berbanding dianggotai oleh ahli politik keseluruhannya pada masa sekarang.

Tarif Air sunting

Penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus, memberikan geran kekal bagi taraf kediaman Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina, mewujudkan tabung kebajikan Perak bertujuan bantuan mala petaka dan sakit kronik, memperkenalkan konsep cukai pintu pada kadar istimewa bagi lokaliti tertentu mengikut taraf sosio ekonomi serta mewujudkan Ladang Rakyat yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi faedah rakyat miskin.

Hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan sunting

Walaupun dasar kerajaan negeri berbeza dengan kerajaan persekutuan, diharap tiada diskriminasi dalam peruntukan pembangunan.

Hubungan dengan institusi raja sunting

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah mahu hubungan kerajaan campuran dengan Raja sentiasa harmoni.[12] Kerajaan hendaklah memastikan hubungan baik antara Raja dengan rakyat dan rakyat dengan Raja. Raja dan istana adalah pelindung kepada adat dan kebesaran kerajaan yang sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu.

Institusi Raja yang merupakan sebahagian dari sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu kekal relevan dan memenuhi peranan secara berkesan sepanjang masa dari zaman kolonial Inggeris membawa kepada era pasca merdeka yang memilih sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.Institusi raja berfungsi sebagai payung negeri tempat rakyat dapat bernaung, merupakan sumber keadilan, mengurniakan keampunan, menawarkan keistimewaan, tunggak keutuhan, gerbang kebebasan dan payung kehormatan.

Pengumuman Pembaharuan 2 April 2008 sunting

Pada 2 April 2008, Menteri Besar mengisytiharkan enam perkara baru yang perlu dilakukan segera iaitu: [13]

  • 1/3 dari anggota majlis kerajaan tempatannya akan dilantik di kalangan bukan anggota mana-mana parti politik.
  • Mengisytiharkan semua harta milik anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
  • Memberikan kontrak secara tender terbuka dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat negeri Perak.
  • Menubuhkan penal Lembaga Aduan Rakyat untuk mendengar aduan tentang pegawai kerajaan, wakil rakyat dan anggota Exco kerajaan negeri.
  • Menubuhkan badan audit luar untuk menilai semua badan-badan kerajaan negeri secara berkala.
  • Memberikan geran kekal untuk penduduk kampong tersusun dan kampong baru setelah tarafnya disah atau digezetkan oleh kerajaan dan penduduk berkenaan memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan.

Rujukan sunting