India ialah negara demokrasi terbesar di dunia.[1] Perlembagaannya menyifatkan India sebauh republik demokratik yang berdaulat, sosialis dan sekular.[2] India mengendali bentuk kerajaan persekutuan dan sebuah parlimen dwidewan yang beroperasi berasaskan sistem parlimen gaya Westminster. Kerajaan India teridir daripada tiga cabang, iaitu Perundangan, Eksekutif, dan Kehakiman. Presiden India ialah ketua negara rasmi[2] yang dilantik secara tidak langsung oleh badan pemilih[3] untuk penggal lima tahun.[4] Namun begitu, ketua kerajaan sebenar ialah Perdana Menteri yang melaksanakan kebanyakan kuasa eksekutif.[2] Perdana Menteri dilantik oleh Presiden,[5] dengan syarat bahawa Perdana Menteri menikmati sokongan parti atau parti campuran yang meraih majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat di Parlimen.

Perundangan India berbentuk Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Dewan Pertuanan yang bergelar Rajya Sabha (Majlis Negeri-negeri) dan Dewan Rakyat yang bergelar Lok Sabha (Dewan Rakyat).[2] Rajya Sabha, sebuah perbadanan yang kekal, mempunyai seramai 250 ahli yang berkhidmat dalam penggal enam tahun.[6] Kebanyakan ahli-ahli ini dilantik secara tidak langsung oleh perundangan peringkat negeri dan wilayah seimbang kepada populasi negeri.[6] 545 ahli Lok Sabha dilantik secara terus oleh undian popular untuk mewakili kawasan pengundian masing-masing selama lima tahun.[6]

Cabang eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan Majlis Menteri-menteri (Kabinet selaku jawatankuasa eksekutifnya) yang diketuai Perdana Menteri. Mana-mana menteri yang memegang portfolio mestilah merupakan seotang ahli mana-mana dewan atau parliment. Dalam sistem parlimen India, cabang eksekutif ialah pihak bawahan kepada perundangan, dengan Perdana Menteri dan Majlis beliau bertanggungjawab secara langsung kepada Dewan Rakyat.[7]

Kehakiman bebas India terdiri daripada Mahkamah Agung yang diketuai Ketua Hakim India. Mahkamah Agung memegang bidang kuasa asal terhadap perselisihan antara negeri-negeri dan Pusat, bidang kuasa pendengaran rayuan terhadap 21 Mahkamah Tinggi India, dan kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-undang kesatuan dan negeri sebagai batal dan tidak sah jika didapati bertentangan dengan struktur asas Perlembagaan India.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Country profile: India". BBC. 9 Januari 2007. Dicapai pada 2007-03-21. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c d "Constitution of India". india.gov.in. National Informatics Centre (NIC). 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-10. Dicapai pada 2007-09-02. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Election of President". The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada 2007-09-02. The President shall be elected by the members of an electoral college
  4. ^ "Tenure of President's office". The Constitution Of India. Constitution Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-21. Dicapai pada 2007-09-02. The President shall hold office for a term of five years from the date on which he enters upon his office
  5. ^ "Appointment of Prime Minister and Council of Ministers". The Constitution Of India. Constitution Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-21. Dicapai pada 2007-09-02. The Prime Minister shall be appointed by the President and the other Ministers shall be appointed by the President on the advice of the Prime Minister.
  6. ^ a b c "Our Parliament A brief description of the Indian Parliament". www.parliamentofindia.gov.in. Dicapai pada 2007-06-16.
  7. ^ a b Matthew, K.M. Manorama Yearbook 2003. Malayala Manorama. m/s. pg 524. ISBN 8190046187. |pages= has extra text (bantuan)