Buka menu utama

Wikipedia β

Kerajaan Kutai atau Kerajaan Kutai Martadipura (Martapura) ialah kerajaan Hindu Kutai yang memerintah Kalimantan Timur sekitar kurun ke-4 Masihi. Ketika kerajaan ini diasaskan, pakar sejarah berpendapat ia bukanlah kerajaan Hindu. Namun, penggantinya iaitu Mulawarman sudah pun menganut agama Hindu.

Dalam prasasti Yupa yang bertarikh 400 SM[1], Raja Kudungga, seorang pembesar Kerajaan Champa, ialah pengasas kerajaan ini. Beliau mempunyai tiga orang putera dan salah satu puteranya ialah Mulawarman.[1] Menurut prasasti itu lagi, Mulawarman pernah menganugerahkan pendeta Brahman dua puluh ribu ekor lembu. Bagi memperingati peristiwa ini, pendeta-pendeta itu mencatatnya dalam prasasti Yupa. Mulwarman pula mempunyai seorang putera bernama Acwa Varman.[1]

Pada abad ke-16, kerajaan ini tewas di tangan Kesultanan Kutai Kartanegara. Dalam peperangan tersebut, raja terakhirnya, Maharaja Dharma Setia terbunuh di tangan Raja Kutai Kartanegara iaitu Sultan Ali Pangeran Anum Panji Mendapa.

RujukanSunting

Lihat JugaSunting